Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bijaksana sentiasa menjadi lambang keluhuran dan penyatuan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Titah-titah Seri Paduka Baginda juga sentiasa menjadi panduan luhur bagi Kerajaan MADANI dalam membentuk serta melakar dasar dan melaksanakan tanggungjawab, menjunjung aspirasi rakyat serta memastikan kesejahteraan menyeluruh dapat dinikmati segenap lapisan masyarakat,” kata […]
Category Archives: YANG VIRAL
Malaysia telah berkongsi pengalaman dan hala tuju dalam pelaksanakan dwirangkaian 5G dengan negara rantau Asia Pasifik menerusi penyertaan dalam Mesyuarat Menteri Asia Pacific Telecommunity (APT-MM) 2025 kali ini, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Beliau yang julung-julung kali mengetuai delegasi negara ke APT-MM yang berlangsung dari 30 hingga 31 Mei berkata dalam masa sama, tumpuan […]
Komitmen kuat Malaysia untuk mewujudkan persekitaran digital yang selamat dan dipercayai bukan lagi satu pilihan, sebaliknya satu keperluan untuk melindungi kepentingan negara, kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam ucapannya di Mesyuarat Menteri-Menteri Asia-Pacific Telecommunity (APT) di Tokyo, menegaskan kemajuan teknologi digital yang pesat membawa banyak manfaat, namun turut mendedahkan masyarakat […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gejala rasuah di negara ini perlu ditangani secara tegas berlandaskan prinsip dan perundangan, bukannya dengan persepsi, fitnah atau maki hamun. Beliau berkata, Kerajaan MADANI tidak sesekali membenarkan pemimpin memunggah hasil dan kekayaan negeri serta negara bagi menjadikan diri mereka kaya, manakala rakyat hidup kesusahan, sedangkan negara ini mempunyai […]
Sejak Mei lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan pelaksanaan OPS GASAK bagi mengekang ketirisan serta penyelewengan tong Gas Petroleum Cecair (LPG) bersubsidi namun timbul persoalan tentang penarikan subsidi tong LPG. Sehubungan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali memberi penjelasan berhubung isu tersebut dalam […]
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan telah sampai ke penghujungnya malam ini, dengan pemimpin pelbagai negara yang hadir terlibat dalam perbincangan strategik bagi memajukan integrasi serantau dan meneruskan diplomasi peringkat tinggi untuk menangani masalah yang dihadapi di rantau ini termasuk krisis di Myanmar. Dalam perbincangan yang merangkumi pelbagai isu, pemimpin-pemimpin ASEAN memuji Perdana […]
Pemimpin ASEAN mengesahkan komitmen kukuh untuk menegakkan keamanan, kestabilan, serta kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan, di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap ketegangan maritim serantau. Menerusi Kenyataan Pengerusi yang dikeluarkan selepas berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, pemimpin menegaskan keperluan untuk mengekalkan perintah serantau berasaskan peraturan dan menggesa semua pihak supaya melaksanakan kawalan […]
Pemimpin Asia Tenggara pada Isnin menerima pakai Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama, yang menjadi asas kepada hala tuju pembangunan dan kerjasama serantau bagi dua dekad akan datang. Deklarasi tersebut, yang diluluskan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini, melambangkan pencapaian penting dalam komitmen blok serantau itu untuk membina komuniti yang lebih […]
ASEAN menyatakan dengan jelas dan tegas bahawa undang-undang kemanusiaan antarabangsa mesti dihormati dan dipatuhi di Gaza, kata Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique A. Manalo. “ASEAN sangat jelas. ASEAN menyokong penuh aspek kemanusiaan dan keperluan untuk menghormati undang-undang antarabangsa di Gaza dan juga di Palestin,” katanya. Tentera Israel kini dilaporkan menguasai 77 peratus wilayah Gaza […]
Perdana Menteri Anwar Ibrahim tampil mempertahankan keputusan melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dengan beritahu ini pertama kali dalam sejarah beliau melihat SPRM lebih berani bertindak terhadap individu yang mempunyai kekayaan berbilion ringgit, termasuk “tauke besar”. “Saya percaya melihat kepada perkembangan SPRM (selama) puluhan tahun, inilah kali pertama SPRM berani menggeledah […]










