Category Archives: YANG VIRAL

Anwar kata kalau beliau Ketua Menteri Pulau Pinang akan pohon RM200 juta…

Bukan sekadar cakap saja….Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan geran padanan berjumlah RM50 juta bagi tempoh lima tahun dengan RM10 juta setahun untuk inisiatif Penang Silicon Design @5km+. Inisiatif Penang Silicon Design @5km+ yang diterajui Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi agensi utamanya, InvestPenang, dicipta untuk merevolusikan industri semikonduktor Malaysia dan sejajar sepenuhnya dengan Strategi […]

Marah dan hilang sabar dalam mesyuarat…PM mohon maaf secara terbuka dua kali

Ini jarang berlaku. Semalam,Khamis pada Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana marah dan hilang sabar pada Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN), kelmarin,Rabu. Hari ini Jumaat beliau memohon maaf dalam mesyuarat jemaah menteri. Punca marah dan hilang sabar itu ialah […]

“Makcik Kemboja” mengaku bersalah hina Melayu..didenda RM40,000

Ini yang dikatakan “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Ingat lagi pada usahawan wanita, Mariyah Yaakob,48 yang digelar ‘Makcik Kemboja’ yang bikin kecoh pada November tahun lalu menerusi satu video yang dakwa orang Melayu malas. Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh Melaka pada Jumaat kenakan hukuman denda RM40,000 atas kesalahan mengeluarkan kenyataan jelik dalam […]

Kes fitnah: Ahli Parlimen PAS Kepala Batas kena bayar RM750,000 kepada 3 pemimpin DAP

Gara gara dakwaanya tiga pemimpin DAP ada pertalian keluarga dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng …Ahli Parlimen PAS Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad perlu ‘bayar mahal’ selepas kalah dalam saman fitnah. Pengerusi Lajnah Perpaduan Dewan Muslimat PAS Pusat itu membuat dakwaan berkenaan terhadap Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok. Di Mahkamah […]

Gambar yang mengundang mengundang pelbagai spekulasi…

Ramai yang menduga ia besar kemungkinan ada kaitan dengan sukan bola sepak. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah nampak serius berbincang dengan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah. Mengikut laman facebook HRH Crown Prince of Johor pertemuan ini berlangsung semalam,Isnin. Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan […]

Detik PM Timor-Leste rasa amat terharu mendengar pendirian Anwar…

Perdana Menteri Timor-Leste, Xanana Gusmao memeluk erat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama di Putrajaya pada Isnin. Ini selepas Anwar menyatakan sokongan Malaysia untuk Timor-Leste menjadi anggota tetap Asean. Beliau berkata Malaysia berharap dapat mengalu-alukan penyertaan Timor-Leste sebagai anggota tetap tahun depan apabila ia memegang jawatan sebagai pengerusi blok serantau itu. […]

Mangsa banjir di 6 negeri terus berkurangan pagi Khamis, Pahang kekal

Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor, Perak dan Melaka terus berkurangan pagi ini manakala tiada perubahan di Pahang. Jumlah terkini mangsa banjir di tujuh negeri yang terjejas ialah 48,549 orang berbanding 52,596 orang malam tadi manakala kes kematian kekal tujuh orang. Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir […]

KEMASKINI : Mohamad Sabu akur titah Sultan Selangor kekalkan nama Universiti Pertanian Malaysia

Isu cadangan untuk tukar balik nama Universiti Putra Malaysia (UPM) ke nama asalnya Universiti Pertanian Malaysia sudah beres. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu pada Ahad kata beliau akur titah Sultan Selangor supaya dikekalkan nama Universiti Putra Malaysia (UPM). “Saya mengambil maklum bahawa keputusan dibuat baginda Sultan Selangor dan canselor UPM adalah muktamad. “Saya […]

Azmin Ali Setiausaha Agung Bersatu baharu

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu yang baharu berkuat kuasa, hari ini bagi sesi 2024-2027 menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Pengumuman itu dibuat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui satu kenyataan, hari ini. Selain Azmin, turut diumum Datuk Seri Rina Harun sebagai Bendahari Agung dan Tun Faisal Ismail Aziz dilantik […]

37,189 mangsa banjir di 6 negeri : PM

Kerajaan memaklumkan mangsa banjir yang terjejas meningkat kepada lebih 37,000 di enam negari setakat pagi ini. Justeru itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkemas penyelarasan jentera agensi Persekutuan dan negeri sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) ini. Menerusi pemakluman di Dewan Rakyat, Anwar berkata keselamatan dan kebajikan mangsa […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.