Ramai yang sebak melihat ibu bapa Allahyarham Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain yakni Zulkarnain Idros dan isterinya, Hawa Osman sujud syukur di luar kamar mahkamah di Putrajaya pada Selasa selepas Mahkamah Rayuan buat keputusan enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Mahkamah Rayuan menyifatkan pembunuhan keatas Zulfarhan tujuh […]
Category Archives: YANG VIRAL
Joe Biden tarik diri…sokong Kamala Harris tanding Presiden Amerika Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Ahad buat pengumuman mengejut tarik diri daripada pilihan raya Presiden Amerika. Dalam kenyataan menerusi laman X beliau sebaliknya menyokong Naib Presidennya Kamala Harris, sebagai calon Parti Demokrat untuk berentap dengan bekas Presiden Donald Trump dalam pilihan raya yang akan diadakan […]
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Sabtu bertitah akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur, ikhlas dan adil serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata. Titah Seri Paduka Baginda, ia demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan negara. “Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang telah memberikan kepercayaan dan penghormatan kepada saya untuk memikul […]
Ahli parlimen Macang,Kelantan dari PN Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pada Khamis digantung daripada menghadiri sidang parlimen selama enam bulan ekoran usul Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membangkitkan surat layang ketika perbahasan. Keputusan itu dibuat setelah usul itu tersebut diluluskan dengan undian 110 anggota parlimen. Seramai 63 ahli parlimen yang lain menentang, manakala tiga […]
17 Julai 2014…sudah 10 tahun berlalu peristiwa menyayat hati yang gemparkan dunia…pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) ditembak jatuh di kawasan konflik di timur Ukraine. Ia berlaku tidak lama selepas pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam. Kejadian mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya. Mangsa adalah dari 17 […]
Setelah agak lama tidak bersiaran podcast ‘Yang Bakar Menteri’ dikendali oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli kembali Isnin malam. Ia boleh ditonton menerusi link ini : https://www.youtube.com/watch?v=lNmIx3ssUIM&t=49s Kali ini Timbalan Presiden PKR itu mengundang blogger sensasi Parpukari atau nama sebenarnya Salim Iskandar. Salim kini antara lain giat kendali youtube ‘Cili Kasi Taruk’ yang banyak mengkritik kerajaan […]
Suasana kempen pemilihan Presiden Amerika di Butler, Pennsyvania, pada Sabtu gempar bila bekas Presiden Donald Trump cedera di telinga selepas terkena tembakan. Tembakan itu dilepaskan ketika beliau sedang berucap diatas pentas pada kempen berkenaan. Penembak yang melakukan serangan itu ditembak mati. Selain itu seorang penyokong Trump turut terbunuh akibat terkena tembakan manakala dua lagi cedera […]
Kisah hubungan yang bermasalah antara balu kepada Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud,Raghad Kurdi Taib dengan anggota keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak itu sudah menjadi satu rahsia umum. Malah semasa hayat Abdul Taib yang meninggal dunia pada 21 Februari lalu pada usia 87 sudah berlegar ‘macam macam cerita’. Antaranya tindakan undang undang dua anak Abdul […]
Keputusan tidak mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen bekas ahli Bersatu dibuat selepas semua perkara dikaji, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul. Ketika memberikan petua mengenainya di Dewan Rakyat pada Khamis, beliau menegaskan untuk kekal dengan keputusan itu yang telah dimaklumkan melalui surat kepada Ketua Whip Bersatu yang juga Ahli Parlimen Beluran Datuk […]
Empat orang pegawai SPRM berada hampir sejam di Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) di Putrajaya pada Selasa sebelum dilihat keluar dengan membawa beberapa dokumen. Mereka tiba kira kira 11.20 pagi bagi mendapatkan dokumen susulan isu membabitkan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp). Difahamkan, pasukan SPRM itu mahu mendapatkan dokumen berkaitan di pejabat Cawangan Kawal Selia dan […]










