Category Archives: YANG VIRAL

Anwar lancar misi bantuan kemanusiaan 30 kontena Malaysia ke Gaza

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 rakyat Palestin di Gaza. Majlis pelepasan rasmi disempurnakan Anwar sempena Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Masyarakat Tempatan bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, yang turut dihadiri isteri beliau Datuk […]

Malaysia gesa AS-Iran guna saluran diplomasi cari penyelesaian – Anwar

Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menggunakan saluran diplomasi untuk cari penyelesaian dan bukannya terus meningkatkan ketegangan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyeru masyarakat antarabangsa supaya bertindak segera tanpa mengamalkan sikap dwistandard. Beliau menegaskan, penghentian permusuhan dengan serta-merta dan tanpa sebarang syarat adalah amat mustahak. “Serangan Israel ke atas Iran dan tindakan […]

Dakwaan jatuhkan kerajaan: AGC mahu siasatan bebas, tindakan tanpa kira kedudukan

Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Jumaat menegaskan bahawa siasatan berhubung dakwaan wujud cubaan menjatuhkan kerajaan serta mengganggu kestabilan negara perlu dilaksanakan secara menyeluruh, profesional dan bebas daripada sebarang campur tangan. Dalam kenyataan pada Jumaat, AGC memaklumkan bahawa mana-mana pihak yang didapati terlibat, sekiranya ada, hendaklah dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa tanpa mengira kedudukan atau […]

Polis siasat konspirasi jatuhkan kerajaan libatkan agensi media antarabangsa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan cubaan untuk menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara membabitkan seorang individu berpengaruh tempatan dengan sebuah agensi media antarabangsa. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, ia susulan laporan yang diterima pihaknya semalam. Siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang […]

Tak sampai 24 jam… polis tahan suspek cubaan bunuh komander AKPS

Pantas… tak sampai 24 jam kejadian yang hampir beragut nyawa komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam semalam, polis sudah menahan suspek yang melepaskan tembakan tersebut. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ketika ini proses soal siasat sedang dijalankan. “Kita sudah buat tangkapan tak sampai 24 jam. Sekarang sedang […]

Pegawai agensi jaga sempadan ditembak ketika ke masjid subuh tadi… ini motifnya

Motif awal kejadian Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam ditembak dua lelaki ketika ingin ke masjid dipercayai untuk menakut-menakutkan pegawai penguat kuasa. Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata, pihaknya percaya motif kejadian itu kerana ada individu yang tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa sama ada AKPS dan polis yang […]

Penyedia platform media sosial tidak boleh lepas tangan isu penipuan dalam talian

Platform media sosial tidak boleh melepaskan tanggungjawab apabila kes penipuan dalam talian terus meningkat. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata lonjakan kes scam yang direkodkan pada Januari lalu membuktikan keperluan untuk meneliti aspek keselamatan dan reka bentuk platform itu sendiri. “Saya fikir ada sesuatu yang tidak kena dengan platform media sosial. Kita anggap platform-platform media […]

Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia ganti Suhaimi Sulaiman

Patah tumbuh hilang berganti….Jawatan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia sekali lagi disandang oleh bekas orang kanan Astro Awani. Hari ini bekas Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia yang baharu. Beliau mengantikan Datuk Suhaimi Sulaiman yang secara rasmi menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia pada Jumaat lalu. Ashwad sebelum ini berkhidmat […]

PM: Kabinet akan bincang isu tarif AS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kabinet akan mengadakan perbincangan lanjut pada Jumaat ini, berhubung isu tarif Amerika Syarikat (AS). “Baru kita respons. Tunggu hari Jumaat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri dan pelancaran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan di Kuala Lumpur hari ini. Beliau ditanya berhubung keputusan […]

PN gesa tubuh Suruhanjaya Diraja siasat perjanjian RM1.1 bilion

Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas siasatan bertaraf Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat perjanjian mega antara kerajaan pusat dengan sebuah syarikat asing dianggarkan bernilai RM1.1 bilion. Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, ahli-ahli Parlimen PN terkejut dan bimbang susulan laporan media berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu. Menurut […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.