Category Archives: FOKUS

Perang tariff: China ancam tindak balas terhadap negara berunding dengan AS…

Pulak dah… nampaknya tak selesai perang tarif Amerika Syarikat (AS) dengan Chna ini dalam masa terdekat. Terbaru China mengancam negara-negara lain yang membuat perjanjian perdagangan dengan AS sehingga mengugat kepentingan Beijing dan berikrar untuk mengambil tindakan balas terhadap mereka dalam perang tarif yang semakin memuncak. Seiring dengan perang perdagangan penuh yang dilancarkan Washington terhadap China, […]

KDN siasat video papar Jalur Gemilang tak lengkap pada ekspo bayi

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan siasatan berhubung satu video yang memaparkan Jalur Gemilang tidak lengkap pada sebuah ekspo bayi di ibu negara baru-baru ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata aspek siasatan akan dilaksanakan sama seperti yang dibuat dalam siasatan isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap pada muka hadapan sebuah akhbar. […]

Kenyataan Hadi ‘kemenangan politik lebih penting dari tunai haji dan umrah’ tidak mempunyai asas ilmu…

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibidas selepas mendakwa ‘kemenangan politik’ bagi Islam patut diutamakan, berbanding menunaikan haji atau umrah. Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan Hadi ketika kempen PRK Ayer Kuning itu tidak mempunyai asas dalam Islam dan dibuat semata-mata demi kepentingan politik. Katanya, ibadah umrah dan haji […]

Tiada rombakan kabinet ekoran pemilihan PKR – PM

Kalau ada menduga akan berlaku rombakan kabinet ekoran pemilihan PKR yang menyaksikan ada Menteri dan timbalan Menteri tewas jawatan Ketua Cabang…sila lupakan kemungkinan itu. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim secara jelas dan terang kata tiada rombakan akan dibuat. Menurutnya pemilihan adalah urusan parti dan bukan hal kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan. Bercakap kepada wartawan […]

Lagi kes Jalur Gemilang tanpa bulan sabit…

Ibarat macam penyakit yang berjangkit…ada kes baru paparan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit. Kalau sebelum ini kesilapan serius itu melibatkan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily kes baru ini berlaku di pameran barangan bayi di sebuah komplek membeli belah dekat Bangsar. Pada pameran dari 17 hingga 20 April itu Jalur Gemilang berkenaan dipaparkan di salah […]

Dangkal ilmu dan jahil…PM tibai pengulas politik Amerika persenda lawatan Presiden China ke Malaysia

Dengar cerita ramai geram mendengar komentar pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly perlekeh lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Vietnam,Malaysia dan Kemboja yang dakwanya ‘tak ada duit’. “Hai Presiden Xi, biar saya berterus terang. Mereka tiada duit langsung. Mereka tak boleh tolong kamu, mereka tak akan beli barang kamu sebab mereka tak ada […]

Ini ulasan PM pasal isu bendera akhbar Sin Chew…

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengulas mengenai isu bendera yang tidak lengkap di muka depan akhbar Sin Chew Daily menyifatkan kesilapan itu bukanlah soal yang ringan. Namun beliau mahu akhbar itu diberi ruang untuk buat penjelasan. “Ini bukan soal yang ringan dan kita mesti ikut proses undang-undang. “Tetapi saya juga mesti beritahu supaya […]

Isu Jalur Gemilang Sin Chew lebih sesuai diadili Majlis Media

Isu melibatkan penyiaran grafik Jalur Gemilang tanpa simbol bulan sabit merah oleh akhbar Sin Chew Daily lebih sesuai diadili Majlis Media Malaysia, daripada menjadi isu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Justeru, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A. Kadir Jasin berkata, adalah sangat baik sekiranya penubuhan Majlis Media Malaysia disegerakan. […]

Majlis Media Malaysia berperanan atasi isu kesilapan bahan penerbitan

Majlis Media Malaysia boleh mengambil tanggungjawab untuk meneliti dan mengambil langkah wajar dalam mengatasi isu kesilapan bahan penerbitan termasuk yang menyentuh penggunaan salah logo dan lambang kebangsaan oleh media massa. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata buat masa ini, kes-kes seumpama itu akan diadili menerusi siasatan pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja […]

YDP Agong murka kesilapan akhbar Sin Chew papar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit

Kebiasaan Yang di-Pertuan Agong jarang sekali membuat teguran terbuka terhadap sesuatu isu. Jadi andaian yang boleh dibuat disini ialah apa yang berlaku ini sangat serius. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Rabu buat teguran terhadap akhbar berbahasa Cina yang paling berpengaruh di negara ini,Sin Chew Daily. Ini kerana akhbar yang ditubuhkan pada tahun 1929 itu […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.