Category Archives: FOKUS

Presiden Majlis Profesor berdepan 7 pertuduhan pecah amanah…

Dua individu termasuk Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) Raduan Che Rose mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tujuh pertuduhan, masing-masing pecah amanah dan bersubahat, membabitkan nilai RM271,000 pada 2023 dan April lalu. Menurut dua pertuduhan, Raduan, 64, selaku Presiden MPN didakwa secara tidak jujur meluluskan transaksi RM71,000 ke dalam akaun […]

Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas dakwaan menghasut isu 3R masa kempen PRK Nenggiri

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Gua Musang pagi Selasa atas dakwaan menghasut dalam ucapan semasa ceramah kempen pilihanraya kecil Nenggiri di Felda Perasau pada 14 Ogos. Bekas Perdana Menteri itu minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dibacakan kepadanya di mahkamah itu di […]

Vavada казино мобильная версия скачать

Vavada казино мобильная версия для Android Устали от необходимости искать доступ к любимым игровым платформам через браузер на своем смартфоне? Если вы являетесь владельцем устройства на базе операционной системы от Google и стремитесь к мгновенному погружению в мир азарта, то существует простое и удобное решение. Возможность играть в слоты, настольные игры и другие развлечения напрямую […]

Isu Najib terus bergema di Perhimpunan Agung UMNO…

Usaha pembebasan bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini meringkuk dalam penjara terus menjadi salah satu isu yang menguasai Perhimpunan Agung UMNO 2024 yang sedang berlangsung sekarang. Pada permulaan perhimpunan di Dewan Merdeka WTC,Kuala Lumpur pagi Jumaat para perwakilan diberitahu oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa […]

Zahid dakwa Muhyiddin cuma ada 105 SD sokongan bukan 115

Apa agaknya Tan Sri Muhyiddin Yassin nak jawab dengan pendedahan terbaru oleh Datuk Seri Zahid Hamidi berkaitan jumlah sokongan Akuan Bersumpah (SD) Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum 2022. Pengerusi Perikatan Nasional dakwa beliau telah serahkan sebanyak 115 SD kepada Istana Negara pada waktu itu. Jumlah berkenaan – jika benar – melayakan beliau […]

UMNO kekal kerjasama dengan 18 parti kerajaan perpaduan…juga terus guna lambang dacing pada PRU16

Bendera Barisan Nasional dengan logo dacing akan kekal berkibar menjadi lambang gabungan itu pada pilihanraya umum ke 16 nanti. Keputusan itu diumum oleh Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Zahid Hamidi pada sidang media pada hari pertama Perhimpunan Agung Umno 2024 di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur pada Rabu. Katanya kesemua calon daripada […]

Kertas siasatan kes Muhyiddin kini di Pejabat Peguam Negara

Kertas siasatan berhubung ucapan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, yang didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 66 saksi bagi membantu siasatan. “Polis juga telah merakam keterangan daripada Tan Sri […]

Muhyiddin serah 114 surat akuan bersumpah sokong beliau jadi PM masa beri keterangan polis…

Tan Sri Muhyiddin Yasin yang selesai beri keterangan sejam kepada polis isu ucapan beliau di kempen pilihanraya kecil Nenggiri yang didakwa hina institusi raja tetap berpendirian beliau ‘tak bersalah’. Menerusi kenyataan bertulis yang diedar kepada media Pengerusi Perikatan Nasional itu mendakwa video ucapan masa kempen pada 15 Ogos telah diputar belit dan disunting pihak tertentu […]

17 ADUN PN Pahang sokong titah Tengku Mahkota siasat ucapan Muhyiddin

Semua 17 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang dari Perikatan Nasional yakni 15 PAS dan 2 Bersatu pada Selasa mendokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang supaya pihak berkuasa jalankan siasatan berhubung ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa berkempen di pilihanraya kecil Nenggiri. Mereka dari blok pembangkang DUN Pahang juga menzahirkan ikrar taat setia tidak berbelah bahagi […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.