TAHUKAH ANDA

Harga diesel turun 2 sen

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 2 sen seliter kepada RM3.23 seliter bagi tempoh 22 Ogos 2024 hingga 28 Ogos 2024.

Kementerian Kewangan memberitahu, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Manakala, harga runcit petrol RON97 dan RON95 pula katanya, kekal pada paras RM3.47 serta RM2.05 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” katanya dalam kenyataan Rabu.

Selain itu, katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.- 21/8/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button