Dinding Starbucks Tawau disembur cat ‘Free Palestine’ dan ‘Boikot’

‘Free Palestine’ dan ‘Boikot’ telah disembur dengan cat pada dinding cawangan Starbucks di Jalan T2 Tawau pada pagi Jumaat.
Perbuatan oleh dua individu tak dikenali itu disedari kira-kira 8.30 pagi oleh penyelia tapak bangunan itu.
Laporan polis telah dibuat mengenai kejadian itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superintendan Champin Piuh berkata semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengesyaki ia dilakukan oleh dua individu.
Bagaimanapun, katanya, rakaman CCTV itu kurang jelas.
“Polis giat mengesan suspek yang terbabit dalam kes ini dan sekiranya dikenali pasti, tindakan undang undang akan diambil,” katanya.
Starbucks antara kedai yang menjadi sasaran boikot susulan serangan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.19/4/2024