FOKUS

Mengejutkan…Laporan Ketua Audit Negara pasal Majlis Profesor Negara

Ini kes berat kerana ia melibatkan nama baik cerdik pandai dan golongan menara gading yang dihormati masyarakat.

Hal ini berbangkit gara gara Laporan Ketua Audit Negara melibatkan Majlis Profesor Negara (MPN).

MPN ialah sebuah majlis profesor yang dibiayai kerajaan di universiti-universiti Malaysia.

Laporan Ketua Audit Negara pula bukan satu hal main main kerana ia sebuah agensi kerajaan yang antara lain memantau untuk memastikan tabir urus kewangan kerajaan berada dilandasan yang betul.

MPN pula bukan kecik anak tetapi dianggotai oleh kalangan cerdik pandai yang terpilih dalam satu wadah berprestij.

Apa yang agak mengejut ialah Laporan Kedua Audit Negara mengenai MPN dapati apa yang ia dakwa telah menyalahgunakan pembiayaan kewangannya.

Ketua Audit Negara Wan Suraya Wan Mohd Radzi mengeluarkan satu kenyataan akhbar mengumumkan laporan audit terkini pada Khamis.

Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan MPN menerima geran mengurus daripada kerajaan berjumlah RM35.84 juta bagi tempoh tahun 2015 hingga 2018, serta 2022 dan 2023.

MPN sebuah entiti di bawah Jabatan Perdana Menteri yang melapor kepada Menteri Pengajian Tinggi.

Menteri menjadi penasihat kepada MPN.

Menurutnya antara menyalahgunakan pembiayaan kewangannya termasuk membayar elaun besar RM207,000 kepada pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tanpa kelulusan menteri.

Juruaudit juga mendapati RM373,516 dana MPN digunakan untuk membayar operasi dua syarikat milik ahli lembaga pemegang amanah.

Ahli berkenaan tidak mengisytiharkan kepentingan mereka dalam syarikat itu.

Tumpuan audit adalah untuk aktiviti dari 2019 hingga 2023.

Menurut laman web MPN, pengerusinya sejak 2019 ialah ahli antropologi UKM Shamsul Amri Baharuddin manakala pensyarah sains politik UUM Mohamed Mustafa Ishak adalah timbalan pengerusinya.

Ketua Audit Negara mengesyorkan JPM mengkaji semula MPN sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan.

“Status MPN perlu diputuskan sebelum dipertimbangkan samada ada penyaluran peruntukan geran kepada MPN wajar diteruskan (atau tidak),” kata laporan itu.

Ketua Audit Negara juga menggesa JPM mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan MPN.

“Bagi ketakteraturan yang dikenal pasti dengan merujuk kepada agensi penguatkuasaan berkaitan dan pengurusan MPN perlu dirombak secara menyeluruh,” tegasnya.- 4/6/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button