FOKUS

Menara Ilham milik keluarga Allahyarham Tun Daim disita kali kedua…

Menara Ilham setinggi 58 tingkat terletak di Jalan Binjai di seberang jalan bekas komplek Ampang Park.Bangunan ketujuh tertinggi di Kuala Lumpur ini yang juga tidak jauh dari KLCC kelihatan indah sekali samada dari pandangan dekat dan jauh.

Mereka yang lalu lalang di kawasan itu mungkin tidak tahu ia adalah bangunan milik keluarga bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

Bangunan berharga lebih RM 2.5 billion itu siap dibina pada 2015.Selain dulunya menjadi pejabat utama bagi Daim ia antara lain menempatkan hotel empat bintang, ruang pejabat dan apartmen.

Daim meninggal dunia pada usia 86 pada 13 November 2024.

Kebelakangan ini ia menjadi bangunan yang agak kontrovesial ekoran siasatan SPRM keatas harta milik Allahyarham dan keluarganya.

Pada 18 Disember 2023 Menara Ilham itu pernah disita mengikut Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah.

Hari ini Khamis 5 Jun SPRM sekali lagi mendapat kebenaran daripada timbalan pendakwa raya untuk menyita bangunan itu.

[ Sementara itu isteri Allahyarham Daim ,Toh Puan Na’imah Abdul Khalid akan mencabar tindakan SPRM keatas Menara Ilham di mahkamah dengan sert5a merta.

Peguam beliau kata tindakan sita itu satu gangguan dan dilakukan di luar batasan undang undang.]

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, sitaan itu berdasarkan Notis Penyitaan Harta Tak Alih mengikut Seksyen 51(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) bertarikh 4 Jun 2025.

“Menerusi notis ini, kebenaran sitaan ini dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya mengikut Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dengan Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan maklumat diberikan oleh Pegawai SPRM bahawa ia berkait dengan suatu kesalahan mengikut subseksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.

“Sehubungan itu, adalah diperintahkan bangunan Menara Ilham disita oleh Pegawai Penyiasat SPRM dan segala urusan berhubung pindah milik harta tidak alih berkenaan kini adalah dilarang dan kegagalan untuk mematuhi Notis ini adalah kesalahan mengikut AMLATFPUAA 2001,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Ini adalah tindakan terbaru SPRM dalam siasatan mereka keatas harta keluarga Daim.

Kelmarin SPRM telah membeku tujuh hartanah dan satu akaun bank milik Na’imah adalah bagi mengelakkan ia dilupuskan ketika siasatan sedang dijalankan.

Hartanah terlibat ialah tiga kediaman mewah di London ialah antara tujuh hartanah dan satu akaun bank didakwa milik Na’imah dan keluarga, dibekukan oleh SPRM membabitkan nilai berjumlah 132 juta pound (RM758.2 juta).- 5/6/2025

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button