Keretapi bertembung di Bandung, tiga maut

SEKURANG-KURANGNYA tiga orang maut apabila dua kereta api bertembung di Bandung, wilayah Jawa Barat, Indonesia pada Jumaat, kata seorang pegawai kementerian pengangkutan.
Keretapi Turangga menghala ke Bandung bertembung dengan keretapi Lokal Bandung Raya kira-kita pukul 6.00 pagi waktu Indonesia Barat.
Rakaman video yang disiarkan oleh saluran berita MetroTV dan Kompas TV menunjukkan beberapa gerabak kereta api tergelincir sepenuhnya, manakala penumpang sedang dibantu keluar daripada gerabak lain.
Ambulans berada di tempat kejadian untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital terdekat, kata polis.
Dua daripada mangsa adalah pengendali kereta api itu, kata ketua pengarah kereta api kementerian pengangkutan, Mohamad Risal Wasal.
Tidak jelas apa yang menyebabkan nahas atau berapa ramai orang di dalam kereta api itu.
Semua penumpang sudah dikeluarkan, kata pihak berkuasa.