Malaysia berhasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan dana bagi tujuan berkenaan, selain menzahirkan penghargaan kepada negara-negara yang turut sama memberikan kerjasama bagi melaksanakan misi kemanusiaan itu. “Saya berhubung dengan Presiden (Mesir) Abdel Fattah […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Dunia seni kehilangan seorang lagi bintang.Bekas vokalis dan pemain bass bagi kumpulan Carefree yang kemudian bergerak solo,Jay Jay atau nama sebenar Mohd Fauzi Darus meninggal dunia pada usia 67 tahun. Allahyarham meninggal dunia sekitar 9.30 Ahad malam di sebuah hospital swasta di Kota Damansara. Berita duka ini disahkan oleh Datuk Hattan yang mendapat khabar mengenainya […]
Penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial secara dasarnya telah menyatakan kesediaan untuk dilesenkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau berkata perkara itu dinyatakan pada pertemuan dan sesi libat urus bersama beberapa penyedia perkhidmatan itu di Singapura, baru-baru ini. Bagaimanapun Fahmi berkata setakat ini masih belum ada penyedia perkhidmatan berkenaan yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan […]
Kocakan air dalam cawan itu biasa dalam hal ehwal keluarga.Semuanya telah selesai menerusi musyawarah adik-beradik. Itulah kata kata yang ditulis Setiausaha Agung Parikatan Nasional( PN) Datuk Seri Hamzah Zainuddin menerusi laman facebooknya petang Sabtu. Ia tertera pada sekeping gambar beliau bersama pimpinan PN sedang berbual dipercayai di Gua Musang. Mereka berada di Gua Musang untuk […]
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Jumaat mengeluarkan satu kenyataan untuk mematikan spekulasi negatif berhubung pemilihan bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri,Kelantan. Beliau menegaskan PAS menyokong penuh pencalonan Mohd Rizwadi bagi mewakil PN. Hadi […]
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN kawasan Mahkota, Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, yang dilaporkan mengalami pendarahan dalaman meninggal dunia pada jam 12.25 tengah hari Jumaat. Allahyarham yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang sejak 1993 merupakan bekas Ketua Wanita UMNO Johor, dan memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor […]
Sudah 15 tahun berlalu sejak kes Teoh Beng Hock,pembantu kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor dari parti DAP ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam. Dia yang berusia 30 tahun waktu itu dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan itu selepas disoal siasat semalaman di Ibu Pejabat SPRM Selangor di bangunan itu […]
Datuk Sri Anwar Ibrahim kata pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas,Ismail Haniyeh ada unsur sabotaj kerana Zionis tidak mahu perjanjian damai berjaya. Dalam perbualan telefon dengan anggota biro politik Hamas Basem Naim,Perdana Menteri juga berkata Malaysia sangat marah kerana masyarakat antarabangsa telah gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak. Anwar juga berkata Ismail memperjuangkan perjanjian […]
Biasalah…bila makin dekat dengan pilihanraya kecil (PRK) seperti yang bakal diadakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri,Kelantan maka berlegarlah macam macam taktik kotor. Bagi melemahkan pihak lawan maka usaha itu lebih bertumpu kepada melaga-lagakan antara parti gabungan. Terbaru tular mesej yang mendakwa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub beliau memberi arahan kepada […]
Peraturan terhadap media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet yang bakal diperkenal kerajaan adalah bertujuan mengatasi penyebaran jenayah serta maklumat berbahaya, sekali gus mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk semua pengguna. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan sedar mungkin ada beberapa sekatan atau peraturan yang tidak popular namun ia perlu demi kesejahteraan masyarakat. “Marcapada […]










