Category Archives: TAHUKAH ANDA

2,571 kes tibi dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-5

Sebanyak 2,571 kes penyakit Tuberkulosis (Tibi) dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-5 (ME 5/2026) merangkumi tempoh 1 Jan hingga 7 Feb lepas dengan kadar insiden 7.5 bagi setiap 100,000 penduduk. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah itu meningkat 229 kes atau 9.8 peratus berbanding 2,342 kes bagi tempoh sama pada 2025. Menurut KKM, Tibi ialah penyakit berjangkit […]

MCMC tumpas sindiket Fake BTS di Johor

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menumpaskan satu lagi sindiket pemancaran Stesen Pangkalan Palsu atau Fake Base Transceiver Station (Fake BTS) menerusi operasi di sekitar Bukit Chagar, Johor Bahru, pada Selasa. Operasi bersepadu itu dijalankan susulan maklumat awam serta pemantauan teknikal dan analisis rangkaian MCMC yang mengesan aktiviti pemintasan rangkaian telekomunikasi dan penyebaran khidmat pesanan […]

Kes tibi… jangkitan di Selangor tertinggi di seluruh negara

Sebanyak 10 kluster baharu kes jangkitan tuberkulosis (tibi) direkodkan di seluruh negara sehingga 7 Februari lalu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Selangor tertinggi berbanding negeri lain dengan empat kluster melibatkan 10 kes. “Selangor mencatatkan empat kluster (10 kes), diikuti Johor satu kluster dengan 37 kes, Kedah, Kelantan dan Perlis masing-masing satu kluster, […]

Kewarganegaraan automatik anak lahir luar negara berkuat kuasa 1 Jun

Pelaksanaan pemberian kewarganegaraan automatik kepada anak lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara, dijangka berkuat kuasa 1 Jun depan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, pihaknya kini berada dalam proses peringkat akhir memuktamadkan pindaan kaedah-kaedah kewarganegaraan bagi membolehkan sistem dalam talian sebagai sistem pra-pendaftaran digunapakai. “Saya […]

Kerajaan kaji sekat kad kredit asing beli petrol RON95

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji mekanisme bagi menyekat penggunaan kad kredit asing untuk pembelian petrol RON95 di negara ini, kata Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali. Menurut Armizan, ia bagi memastikan subsidi hanya dinikmati rakyat yang layak. Armizan memberitahu, KPDN juga sedang meneliti beberapa pindaan perundangan termasuk tindakan terhadap individu […]

Ibu bapa dibenar kendali akaun media sosial anak bawah 16 tahun

Ibu bapa dibenarkan mengendalikan akaun media sosial untuk anak berusia di bawah 16 tahun, tetapi ia masih memerlukan pemantauan penuh. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kebenaran itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengadakan sekatan pembukaan akaun baharu kepada kanak-kanak di bawah umur, sambil menegaskan tanggungjawab mengawasi akaun berkenaan terletak sepenuhnya kepada ibu bapa. “Saya […]

Nancy gesa siasat penipuan rumah Kebajikan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menggesa orang ramai agar berhati-hati dan tidak menjadi mangsa penipuan melibatkan rumah kebajikan palsu yang menuntut bayaran. Nancy, yang juga Ahli Parlimen Santubong, menegaskan bahawa rumah kebajikan kerajaan tidak mengenakan sebarang yuran kemasukan. Beliau berkata walaupun terdapat syarat kelayakan bagi individu yang mencari perlindungan atau […]

Larangan kenderaan berat guna jalan raya ketika cuti Tahun Baharu Cina

Semua kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya pada 14 & 15 Februari serta 21 & 22 Februari 2026 ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Kementerian Pengangkutan berkata, langkah itu bagi memastikan kelancaran trafik serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Larangan melibatkan beberapa kategori lori berat, treler, lori kontena serta kenderaan pengangkut bahan binaan […]

Malaysia di landasan pertumbuhan ekonomi amat kukuh

Bank Negara Malaysia (BNM) dijadualkan mengumumkan keputusan rasmi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat minggu depan, dengan prestasi ekonomi negara dilihat kekal kukuh berdasarkan trajektori anggaran awal pertumbuhan. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata sekiranya keputusan rasmi itu mengikut hala tuju anggaran awal iaitu pertumbuhan sebanyak 5.7 peratus bagi suku keempat […]

Mahkamah rekod Perintah Persetujuan selepas permohonan maaf Murray Hunter

Murray Hunter (MH) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memasuki satu Perintah Persetujuan melalui prosiding dalam talian di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam pada Khamis, di hadapan Hakim Noor Hayati Mat. MCMC dalam kenyataan memaklumkan, perintah berkenaan direkodkan dalam satu tindakan saman fitnah yang difailkan oleh MCMC terhadap MH. Jelas MCMC, ia […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.