Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof memaklumkan tawaran pengambilalihan oleh Sunway Berhad terhadap IJM Corporation Bhd (IJM Corp) dibuat secara sama rata kepada semua pemegang saham. Jelas beliau perkara itu tidak melibatkan sebarang rundingan khas dengan mana-mana pihak tertentu. Beliau berkata demikian ketika menjawab dakwaan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Inkues berhubung kematian Zara Qairina Mahathir hari ini meneliti keterangan berkaitan dua rakaman video dan dua keping gambar dikemukakan di Mahkamah Koroner di sini, yang memperlihatkan hubungan arwah dengan ‘Pelajar A’. Bahan visual itu dikemukakan peguam Shahlan Jufri semasa sesi menyoal ibu Pelajar A, iaitu seorang daripada lima pelajar didakwa menghina Allahyarham, yang kemudiannya diminta […]
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan bahawa program Malaysia My Second Home (MM2H) tidak seharusnya dipolitikkan kerana ia terbuka kepada penyertaan warga asing dari seluruh dunia. Beliau berkata, program tersebut bukan hanya tertumpu kepada peserta dari negara tertentu seperti China dan Taiwan, sebaliknya memberi peluang kepada semua individu yang memenuhi […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya melancarkan kohort ketiga Accelerated Leadership Programme Series (ALPs), membabitkan 40 pegawai Berpotensi Tinggi (HiPo). Program yang pernah memenangi anugerah ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan MCMC untuk memperkukuh keupayaan kepimpinan serta memastikan kesinambungan dan kelestarian barisan kepimpinan dalam Suruhanjaya. MCMC dalam […]
Polis Antarabangsa (INTERPOL) mengeluarkan notis merah bagi penangkapan salah seorang taikun minyak terbesar Indonesia berhubung skandal rasuah bernilai AS$17 bilion (kira-kira RM67 bilion), menurut pihak berkuasa. Mohammad Riza Chalid, yang digelar taikun minyak, dikehendaki pihak berkuasa di Indonesia kerana didakwa terbabit rasuah di syarikat minyak milik kerajaan, Pertamina, antara 2018 hingga 2023, termasuk pengubahan wang […]
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan kejadian seks luar tabii daripada seorang pelakon lelaki di di Kuala Lumpur pada Ahad. Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus yang memaklumkan menerima laporan berkenaan pada jam 6.11 petang. “Kes ini membabitkan lelaki tempatan berusia 35 tahun dan ia masih dalam siasatan pihak polis,” katanya […]
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow memberi ruang sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan bebas berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan di negeri itu. Beliau berkata SPRM telah mengesahkan siasatan sedang dijalankan dan kerajaan negeri tidak akan campur tangan atau menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara itu. “Sejak […]
Sambutan Hari Keselamatan Internet 2026 pada 8 Feb ini akan menumpukan kepada usaha memperkukuh peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan Internet anak-anak selain meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman jenayah siber. Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Bukhari Yahya berkata acara komuniti berskala besar di Tasik Titiwangsa, akan diisi dengan pelbagai […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke pekarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves untuk meninjau persiapan penganut Hindu menjelang hari Thaipusam Ahad ini. Menurut Anwar, tinjauan itu dibuat bagi memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan keselesaan diberi perhatian sewajarnya agar penganut Hindu dapat beribadat dalam keadaan baik. “Saya melihat dengan jelas kekuatan Malaysia sebagai […]
Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) menyatakan sokongan padu terhadap inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenalkan rangka undang-undang baharu bagi menguatkuasakan larangan pembelian petrol RON95 oleh kenderaan pendaftaran asing. Dalam kenyataan media pada Khamis, Pengerusi MPPN, Mohd Khair bin Ngadiron menegaskan langkah tersebut merupakan asas penting memastikan subsidi petrol yang diperuntukkan […]










