Malaysia menyifatkan kemasukan Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11 ASEAN sebagai detik bersejarah dan momen paling menyentuh hati dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di ibu negara, pada Ahad. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau terharu melihat reaksi wartawan Timor-Leste yang berterima kasih kepada Malaysia selepas negara itu diterima sebagai anggota baharu ASEAN. “Selesai […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Dalam kesibukan jadual menerima kunjungan pemimpin antarabangsa di Putrajaya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa bertemu Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, Menurut Anwar menerusi hantaran di Facebook, pertemuan itu antara lain menumpukan kepada usaha memperkukuh ekosistem bola sepak di Malaysia dan rantau ASEAN. “Antara yang dibincangkan termasuk pelaksanaan […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihak yang terlibat menghasilkan dan menyebarkan berita palsu kononnya kerajaan akan menutup sekolah pondok tidak berdaftar di Kedah dan Kelantan. Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terlibat selaras dengan peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. “Semalam telah di […]
ASEAN menyambut baik usaha menamatkan keganasan di Gaza menerusi fasa pertama Pelan Damai Gaza yang dikemukakan Presiden Donald Trump bagi mengakhiri konflik di wilayah itu. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkembangan tersebut menandakan langkah penting ke hadapan dalam usaha mencapai keamanan yang berkekalan di Gaza. “Perkembangan ini menandakan langkah penting ke hadapan, dan […]
Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul telah membatalkan lawatannya ke Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN di Malaysia susulan kemangkatan Permaisuri Sirikit, menurut jurucakap kerajaan, Siripong Angkasakulkiat, pada Sabtu. Kabinet dijadualkan bermesyuarat pada pagi Sabtu bagi membincangkan persiapan upacara pengebumian, lapor Reuters. Bekas Permaisuri yang juga ibu kepada Raja Thailand, Vajiralongkorn, mangkat lewat malam Jumaat pada usia 93 […]
Keadaan banjir di Perak terus memburuk apabila seramai 1,776 mangsa di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) serta Manjung telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 4 pagi, Jumaat. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, sebanyak 23 PPS telah dibuka bagi menempatkan mangsa daripada 609 keluarga. Daripada jumlah itu, 20 PPS […]
Pasport milik menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, telah dibatalkan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan, pembatalan dibuat susulan permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Saya difahamkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bahawa SPRM telah mengemukakan permohonan untuk membatalkan pasport individu tersebut. […]
Pasaran kurier Malaysia dijangka mencecah antara RM6.8 hingga RM6.9 bilion tahun ini, seiring peningkatan pesat sektor e-dagang dan penambahbaikan infrastruktur digital negara. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata perkembangan itu turut diperkukuh dengan pelancaran Bukit Raja Selatan (BRS) Sorting Centre, pusat pengisihan berteknologi tinggi terbaharu SPX Express di Selangor. Menurut beliau, kemudahan berkeluasan lebih 30,000 […]
Saman trafik dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diselaras bermula 1 Januari 2026, di bawah sistem baharu yang seragam, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata, sistem itu dilaksana berdasarkan prinsip ‘the less you delay, the less you pay’, sekali gus menggantikan kempen ad-hoc tawaran diskaun sebelum ini. Mengikut struktur […]
Sekurang-kurangnya RM1 juta perlu disediakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya berhasrat untuk mengheret isu tujuh pemain warisan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Kos berkenaan adalah anggaran kasar yang mungkin lebih rendah atau melebihi RM1 juta apabila ia babitkan pembayaran yuran rayuan, yuran guaman, yuran kepakaran dan kos pendahuluan rayuan. Peguam sukan, Zhafri Aminurashid memaklumkan, […]










