Category Archives: TAHUKAH ANDA

“Inilah pentingnya kita jaga air Johor, aset Johor sendiri…” – TMJ

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan baginda akan memantau dan cuba menyelesaikan masalah air yang berlaku di beberapa kawasan di Johor dengan segera. Dalam hantaran di aplikasi X, baginda menegaskan adalah penting bagi negeri Johor menjaga air dan asetnya sendiri, bukan berada di bawah syarikat yang dilantik kerajaan persekutuan. “Saya akan pantau dan cuba […]

Mesyuarat sempadan Thailand-Kemboja dialih ke KL … US, China dijemput hadir

Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) antara Thailand dan Kemboja yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Phnom Penh, akan diadakan di Kuala Lumpur pada 5 Ogos ini. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pertukaran lokasi itu dibuat atas permintaan kerajaan Thailand yang mencadangkan Malaysia sebagai lokasi berkecuali. “Pihak Thailand minta mesyuarat GBC tidak dilakukan di […]

Bantuan RM100 dikredit terus ke MyKad, tidak perlu pohon – Amir Hamzah

Bantuan tunai RM100 akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, tanpa perlu memohon. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah ini adalah sebahagian daripada pelaksanaan inisiatif Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu. “Pengkreditan […]

PRN Sabah: Hajiji nafi kerjasama GRS-PH belum muktamad

Keputusan mengenai kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 dibuat secara bersama antara pemimpin parti komponen GRS sebelum diputuskan. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor turut menafikan dakwaan kononnya beliau membuat keputusan sendiri berhubung kenyataannya, baru-baru ini. “Tidak, kita telah berbincang dalam GRS, dengan semua presiden […]

16 program berimpak tinggi diluluskan tingkat kesejahteraan masyarakat India – PMO

Kerajaan telah meluluskan sebanyak 16 program berimpak tinggi untuk manfaat masyarakat India sehingga bulan ini. Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan memaklumkan, kesemua program tersebut telah diluluskan melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). Menurut PMO, program-program tersebut memberi tumpuan kepada tiga bidang utama pembangunan masyarakat. Katanya, ia merangkumi pendidikan dan latihan; kerohanian dan kebudayaan […]

Bantuan rakyat Malaysia tembusi Gaza melalui sempadan Jordan

Sebanyak 2,400 tan bantuan kemanusiaan sumbangan rakyat Malaysia berjaya menembusi Gaza awal pagi semalam melalui pintu masuk Jambatan Raja Hussein di Jordan. Penghantaran tersebut merupakan kejayaan pertama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia merentasi sempadan sejak Israel menutup semua laluan masuk ke Palestin pada 2 Mac lepas. Pengarah Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma (KHOM) Nik […]

Thailand mengadu… Kemboja langgar gencatan senjata

Kerajaan Thailand pada Selasa mengadu kepada masyarakat antarabangsa, menuduh Kemboja melakukan serangan berterusan selepas perjanjian gencatan senjata mereka berkuat kuasa pada tengah malam. Kerajaan berkata dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa pasukan tentera Kemboja melanggar gencatan senjata yang dipersetujui pada rundingan di Kuala Lumpur pada Isnin antara kedua-dua perdana menteri. “Kerajaan Thai dengan ikhlas menyokong […]

Kerajaan teliti kewajipan label kandungan AI kawal maklumat palsu

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti keperluan mewajibkan pelabelan kandungan yang dihasilkan atau diubah suai menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai langkah kawal selia terhadap penyebaran maklumat palsu dalam media sosial. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata antara pelabelan yang dicadangkan ialah AI Generated atau AI Enhanced bagi membantu pengguna mengenal […]

Terima kasih PM Anwar… Reaksi rakyat Thailand dan Kemboja selepas pengumuman damai

Perang memang melelahkan… terutamanya kepada lebih 200 ribu penduduk di sempadan Thailand dan Kemboja yang terpaksa dipindahkan ke zon selamat berikutan konflik bersenjata antara dua negara jiran tersebut. Syukurlah petang Isnin, perang yang masuk hari kelima itu berakhir dengan pengumuman gencatan senjata tanpa syarat oleh kedua-dua pihak. Berkat kepimpinan berkesan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri […]

Vape akan diharamkan di seluruh negara… kajian di peringkat akhir

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menuju ke arah pengharaman sepenuhnya penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau ‘vape’ bagi mengekang isu itu secara lebih berkesan. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, bagaimanapun berkata pelaksanaan pengharaman itu perlu dibuat secara teliti mengambil kira pelbagai aspek termasuk kesan kepada perundangan, penguatkuasaan dan kesihatan awam. Menurutnya penelitian menyeluruh sedang […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.