Desas desus mengenai kemungkinan ini sudah lama berlegar.Hari ini CEO Petronas Tengku Tan Sri Muhammad Taufik Aziz sendiri mengesahkan khabar yang kurang sedap ini. Beliau memberitahu Petronas akan mengurangkan tenaga kerjanya sebanyak kira-kira 10 peratus yakni melibatkan lebih 5,000 kakitangan menjelang akhir tahun ini. Pada satu majlis taklimat media beliau menjelaskan langkah berkenaan adalah bagi […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Peguam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mohon tangguh prosiding perbicaraan kes saman sivil oleh bekas penyelidik beliau, Muhammed Yusoff Rawther yang dijadual pada 16 Jun ini. Disamping itu rayuan telah difailkan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang menolak permohonannya untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, antaranya […]
Isteri kepada Allahyarhambelas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid pada Rabu keluarkan satu kenyataan pertikai perintah mahkamah bekukan tujuh aset dan satu akaun bank yang didakwa miliknya dan keluarganya. Beliau mendakwa keputusan yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa bersifat dendam, membuli dan tidak bermotifkan undang-undang. “Saya tidak akan […]
Jangan mudah lupa atau buat-buat lupa… Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 adalah tidak sah. AGC mengambil maklum berhubung kenyataan yang dibuat Tun Dr Mahathir mengenai pengampunan berkenaan, di mana beliau secara […]
Perkembangan baharu mengenai Majlis Media Malaysia (MMM) dijangka diumumkan semasa kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 pada 14 Jun depan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata MMM diwujudkan dengan misi jelas, iaitu mempertahankan kebebasan media, memastikan laporan yang adil dan bertanggungjawab, serta menjadi saluran untuk orang ramai menyuarakan aduan terhadap media secara […]
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak wujud sebarang ketegangan sehingga menghangatkan suhu dalaman UMNO berikutan keputusan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz keluar parti. Presiden UMNO itu berkata, kebanyakan akar umbi berpandangan tindakan Tengku Zafrul meletak jawatan dalam parti adalah wajar. “Saya tidak nampak ‘suhu kepanasan’ berlaku dalam […]
Hari ini Ahad 1 Jun Datuk Seri Rafizi Ramli menghadiri acara pertama beliau di cabangnya di Pandan dekat Kuala Lumpur sejak tewas jawatan Timbalan Presiden PKR pada 23 Mei lalu. Acara itu ialah Karnival Belia Madani yang diadakan di tempat letak kereta depan Hospital Ampang. Setelah hilang jawatan nombor dua dalam kepimpinan PKR kepada Nurul […]
Jangan salah faham… permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merujuk beberapa persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan tidak bertujuan memberikan kekebalan mutlak kepada mana-mana individu. Sebaliknya, Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan bahawa permohonan ini tidak bertujuan untuk mendapatkan tafsiran terhadap isu perlembagaan yang belum pernah diputuskan. AGC memaklumkan antara persoalan yang dibangkitkan ialah sama […]
Setiap tahun Dialog Shangri-La di Singapura ditunggu sebagai acara yang menghimpunan tokoh serantau dan antarabangsa untuk membincangkan soal keamanan dan keselamatan. Tahun ini, sebagai Pengerusi ASEAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja menyertai Dialog Shangri-La ke-22 tetapi akan memberikan ucapan khas. Jemputan itu mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan kepimpinan Malaysia dalam mengekalkan keamanan dan […]
Polis menahan 13 individu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) disyaki terlibat dalam jenayah mencuri kabel komunikasi dipercayai dengan niat untuk mensabotaj sistem komunikasi utama di Selangor dan Kuala Lumpur. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua suspek yang ditahan menerusi Op Lusuh Mulia itu melakukan jenayah berkenaan di laluan […]










