Selepas Mahkamah Tertinggi Amerika Syarikat mengharamkan Tik Tok di negara tersebut, Eropah dicadangkan untuk mengikuti langkah tersebut. Cadangan itu diutarakan kata Menteri Luar Estonia, Margus Tsahkna, pada Ahad, selepas mendakwa platform perkongsian video pendek itu menyebarkan maklumat palsu, lapor Sputnik/RIA Novosti. “Selama beberapa tahun kebelakangan ini, kita menyaksikan TikTok menyebarkan maklumat palsu dan menjadi platform […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Jaringan internet bukanlah setakat kemudahan untuk layari laman web,media sosial dan berkomunikasi menerusi telefon bimbit. Mungkin ramai tidak sedar bagaimana ia antara lain boleh bantu meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara. Dibawah usaha ini Kementerian Komunikasi lancar Program Rintis Future Health For All (FH4A). Program Rintis FH4A diperkenalkan sebagai inisiatif strategik yang bertujuan untuk mengaplikasikan teknologi […]
PERBINCANGAN sedang berjalan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Microsoft yang merupakan pemilik LinkedIn mengenai pelesenan platform media sosial itu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau berkata perbincangan berkenaan bertujuan melihat sama ada LinkedIn memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mendaftar bagi mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan (ASP) di Malaysia. “Kita dapati LinkedIn mempunyai […]
Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS)pada Jumaat mengesahkan undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan TikTok di negara ini melainkan syarikat induknya yang berpangkalan di China, ByteDance, melupuskan kepentingannya dalam aplikasi media sosial popular yang digunakan hampir 200 juta rakyat Amerika, lapor Agensi Anadolu. Pelupusan itu dijangka tidak berlaku kerana tarikh akhir pengharaman TikTok adalah Ahad ini, 19 […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa melawat projek kebanggaan Malaysia di tengah London iaitu pembangunan semula seluas 42 ekar Battersea Power Station sebagai sebahagian daripada rangka kerja lawatannya ke United Kindom. Anwar yang juga Menteri Kewangan bertemu dengan Pengerusi Battersea Project Holding Company Ltd, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif […]
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang berurusan dengan laman pencarian kerja terkemuka LinkedIn berhubung aduan penipuan (job scam). LinkedIn yang dimiliki oleh Microsoft sebelum ini dikecualikan daripada memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan (ASP) kerana tidak memiliki pengguna berdaftar melebihi lapan juta seperti yang disyaratkan. Bagaimanapun, kata Fahmi, perbincangan lanjut sedang […]
Malaysia antara lokasi penting yang perlu berada dalam radar para pelabur dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar yang sedang dalam lawatan kerja di London, United Kingdom (UK) berkata, ia kerana kestabilan politik dan kesiapsiagaan Malaysia untuk menyahut perubahan teknologi dunia. “Sewaktu berucap pada pelancaran produk oleh YTL Group UK, saya maklumkan hadirin […]
Ketegasan kerajaan melindungi kumpulan rentan terutama kanak-kanak terserlah selepas lima lagi lelaki berdepan tuduhan di mahkamah di Johor dan Putrajaya, kerana memiliki bahan lucah dan pornografi, selain terbabit kes cabul dan pengantunan seksual kanak-kanak (sexual grooming). Dalam kes di Mahkamah Sesyen Muar, Johor, pada 15 Januari, lelaki berusia 19 tahun yang juga bekas pelajar sebuah […]
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh telah buka Oxford Learners’s Dictionary untuk berentap dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari DAP Nga Kor Ming mengenai maksud sebenar ‘ham’. Katanya ikut kamus berkenaan ‘ham’ bermaksud daging yang datangnya dari babi dan bukannya proses pembuatan makanan seperti didakwa menteri itu. Nga dalam satu hantaran di X, […]
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta. Menurut sumber, empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 50 hingga 60 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira 7 malam semalam. “SPRM […]










