Category Archives: TAHUKAH ANDA

Rasionalisasi subsidi RON95 sasar lindungi 85 peratus pengguna

Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi sedang mengusahakan mekanisme untuk merasionalisasikan subsidi petrol RON95 yang dijangka dilaksanakan tahun ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. “Kita akan melancarkan rasionalisasi subsidi RON95 menggunakan prinsip yang sama (seperti rasionalisasi diesel) dengan harga dua peringkat, dengan sasaran melindungi 85 peratus daripada penduduk agar mereka tidak terkesan […]

Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam kepengerusian ASEAN – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu dinyatakan Presiden Indonesia Prabowo Subianto dalam pertemuan tertutup semasa majlis makan tengah hari yang diadakan di ibu negara hari ini. “Kunjungan rasmi […]

Lagi kisah kena scam pelaburan… kontraktor rugi RM5.9 juta

Sekarang ini hari-hari kita baca kisah rakyat Malaysia kena scam pelaburan yang bukan sikit-sikit… juta-juta jumlahnya. Yang pelik tu… macam mana orang ramai boleh percaya dan pindah duit jutaan ringgit kepada no akaun yang hanya dapat daripada orang yang tidak dikenali. Ini kisah terbaru di Kajang Selangor, apabila seorang kontraktor syarikat swasta kerugian lebih RM5.9 […]

Mesin ganti manusia… AI bakal pengaruhi 30 peratus pekerjaan di Malaysia

Jangan terkejut… dalam masa 10 tahun akan datang sektor pengilangan, perkhidmatan dan teknologi maklumat akan mengalamai perubahan ketara dari segi penggunaan tenaga manusia yang diganti oleh kecerdasan buatan (AI). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata analisis terkini kerajaan menunjukkan lebih 30 peratus pekerjaan di Malaysia akan dipengaruhi oleh AI dalam tempoh 10 […]

Amerika dakwa Tencent syarikat tentera China

Pemilik aplikasi media sosial WeChat, Tencent dimasukkan dalam senarai terkini Amerika Syarikat (AS) sebagai syarikat yang yang dikatakan bekerjasama dengan tentera China. Dua syarikat teknologi China yang sedang berkembang di seluruh dunia, Tencent yang merupakan gergasi permainan dan media sosial dan pembuat bateri CATLmasuk dalam senarai terbaru itu. Senarai itu berfungsi sebagai amaran kepada syarikat […]

Projek HSR diteruskan jika dibiayai swasta sepenuhnya

Pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dapat diteruskan sekiranya dibiayai sepenuhnya syarikat swasta tanpa membebankan kerajaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen kerajaan terhadap projek mega terpaksa ditangguhkan buat masa ini ekoran perlu menyelesaikan beberapa isu tertunggak. Katanya, kerajaan kini lebih memberi tumpuan terhadap projek membabitkan rakyat seperti infrastruktur asas […]

Angkara hadiah ‘Pramugara Switzerland’… Penjawat awam rugi RM217,080

Seorang penjawat awam wanita kerugian RM217,080 apabila hanyut dalam melayari cinta palsu sindiket ‘love scam’ yang menyamar sebagai lelaki Switzerland bekerja sebagai pramugara baru-baru ini. Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, pihak polis daerah Segamat menerima laporan daripada mangsa pada 5 Januari 2025 mengenai kejadian. “Mangsa wanita warga tempatan berusia 41 tahun […]

Lepas We Chat dan Tik Tok… Telegram pulak dapat Lesen Media Sosial

Selepas We Chat dan Tik Tok…. Telegram adalah penyelia media sosial ketiga diberikan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Penyedia (ASP (C)) untuk beroperasi di Malaysia, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau berkata Telegram berjaya memperoleh lesen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 2 Jan, menjadikannya penyedia perkhidmatan ketiga dilesenkan di bawah keperluan pelesenan […]

MOT tekad perangi isu kenderaan berat lebih muatan

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memfokuskan usaha menangani isu kenderaan berat dengan muatan berlebihan khususnya menerusi aspek perundangan tahun ini, kata menterinya Anthony Loke. Beliau berkata pihaknya meneliti keperluan pindaan dan penambahbaikan terhadap undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 […]

Jangan pinggir mana-mana negeri dalam kempen Melawat Malaysia 2026 – PM

Semua kementerian memberi tumpuan meningkatkan keupayaan dalam bidang pelancongan, pelaburan dan ekonomi tanpa meminggirkan mana-mana negeri menerusi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata unjuran pendapatan sebanyak RM147.1 bilion yang bakal dijana termasuk sasaran kehadiran 35.6 juta pelancong menerusi TMM2026 mampu dicapai dengan pembabitan semua pihak. “TMM2026 adalah satu […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.