Category Archives: KEMBARA

Inisiatif angkat semula industri pelancongan Langkawi… Pakej 3H2M serendah RM500

Berita gembira untuk yang merancang percutian ke Langkawi sebab sekarang ini ada pakej percutian tiga hari dua malam (3H2M) berserta lima aktiviti eksklusif dengan harga serendah RM500 di Langkawi. Pakej terbaru itu dilancar Tourism Malaysia Wilayah Utara bersama penggiat industri tempatan bagi menghidupkan semula industri pelancongan pulau ini pasca pandemik COVID-19, berkuat kuasa serta-merta. Pengarah […]

BFF2025 jana pulangan ekonomi RM35 juta, 400 peluang pekerjaan

Penganjuran Borneo Flora Festival 2025 (BFF2025) di Labuan dijangka memberikan pulangan ekonomi yang memberangsangkan, termasuk nilai tambah kasar (GVA) sekitar RM35 juta serta mewujudkan 400 peluang pekerjaan sementara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, berkata nilai setara publisiti (AVE) dijangka mencecah RM8 juta, sekali gus mengukuhkan penjenamaan destinasi Labuan. […]

Kapal persiaran mewah China pilih Selangor jadi ‘rumah kedua’

Sektor pelancongan Selangor dijangka menerima suntikan baharu apabila kapal persiaran mewah dari China, Piano Land, bakal menjadikan Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang (PKCT) sebagai pelabuhan tetap atau home port bermula suku keempat tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling berkata, langkah itu akan merancakkan ketibaan pelancong antarabangsa secara langsung ke negeri berkenaan, […]

Lipis destinasi sulung ‘Geopark Odyssey’

Daerah Lipis dipilih lokasi pertama bagi penganjuran Program Geopark Odyssey oleh Tourism Malaysia Wilayah Timur. Ia sebagai usaha mempromosikan potensi pelancongan geopark di Pahang menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Mohd Azizul Yahaya berkata, daerah Lipis memiliki keunikan tersendiri melalui pelbagai segmen pelancongan yang merangkumi pelancongan geo, eko, warisan dan pendidikan. […]

Melaka akan lancar ‘Smart AI Tourism Melaka’ menjelang September

Melaka akan melancarkan ‘Smart AI Tourism Melaka’ menjelang September depan untuk memperkukuh ekosistem pelancongan digital di negeri itu selain menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, insiatif yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) itu akan memudakan pelancong untuk mengenal pasti lokasi tumpuan pelancongan sekali gus mempertingkatkan pengalaman pelawat […]

Pameran ‘Ayo Kuliah di Malaysia’ dapat sambutan hangat di Indonesia

Malaysia menganjurkan pameran pendidikan tinggi terbesar di Indonesia, sebagai sebahagian usaha menarik lebih ramai pelajarnya dan memperkukuh kerjasama akademik serantau di bawah Kepengerusian ASEAN 2025. Pameran ‘Mega Ayo Kuliah di Malaysia 2025’ anjuran Education Malaysia Global Services (EMGS) berlangsung di Jakarta Pusat bermula kelmarin hingga hari ini dan Bekasi, Jawa Barat pada 15 Julai. Menampilkan […]

Malaysia negara ke 13 paling aman di dunia, ke dua di ASEAN

Malaysia berada pada kedudukan ke-13 dunia dan kedua paling aman dalam kalangan negara ASEAN dengan 1.469 mata, menurut Indeks Keamanan Global (GPI) 2025. Namun, ia mencatat penurunan satu anak tangga berbanding tahun sebelumnya. Singapura kekal negara paling aman di ASEAN dan menduduki tempat ke-6 dunia dengan skor 1.357, tidak berubah daripada tahun sebelumnya. Negara-negara ASEAN […]

Kuala Lumpur Fashion Week 2025 sokong kreativiti tempatan

Acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 yang bakal bermula 4 hingga 10 Ogos ini akan meneruskan komitmen untuk membawa jenama fesyen tempatan ke peringkat yang lebih tinggi. Pengasas KLFW, Andrew Tan berkata acara berprestij itu juga akan terus menjadi platform utama yang mendukung kreativiti tempatan yang tulen, berani dan inovatif. “Itulah sebabnya KLFW 2025 […]

Pelancongan mesra muslim… Malaysia terus unggul di pentas global

Malaysia berada di tangga kelima sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim dan mengekalkan kedudukan teratas dalam Indeks Ekonomi Islam Global selama 10 tahun berturut-turut. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, nilai pasaran pelancongan halal global menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Katanya, pada 2023 sahaja, pasaran pelancongan halal dianggarkan bernilai AS$256.5 bilion dan dijangka […]

Filem ‘Worth The Wait’ promosi Malaysia ke peringkat global

Tourism Malaysia memperkukuh usaha mempromosi pelancongan negara dengan memanfaatkan kuasa filem antarabangsa selari dengan persiapan menuju Tahun Melawat Malaysia 2026. Filem terbaharu berjudul Worth The Wait menjadi platform inisiatif berkenaan, hasil kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan syarikat produksi antarabangsa. Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Manoharan Periasamy […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.