Category Archives: YANG VIRAL

PM mahu projek ternakan babi Bukit Tagar dinilai semula

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan isu kontroversi- kawasan ternakan babi baharu di Bukit Tagar akan dinilai semula, dengan penekanan diberikan terhadap aspek persekitaran dan keresahan rakyat pelbagai kaum yang tinggal berhampiran kawasan terbabit. Beliau berpandangan kebimbangan masyarakat setempat wajar diberi perhatian serius, walaupun teknologi ternakan yang dicadangkan adalah yang terbaik. “Saya akan bincang […]

Kenaikan gaji penjawat awam bukan angka semata-mata…

Kenaikan gaji penjawat awam fasa kedua di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) hari ini bukan sekadar angka semata-mata, sebaliknya merupakan pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen golongan berkenaan dalam memacu pembangunan Malaysia. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan kenaikan gaji baharu itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 12 tahun dan terbesar dalam sejarah […]

MINDEF beri kerjasama penuh kepada SPRM

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menegaskan komitmen untuk memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam semua siasatan berkaitan kes rasuah yang sedang dikendalikan agensi berkenaan. Menurut kenyataan Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, komitmen itu selari dengan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan integriti bagi memastikan institusi pertahanan negara bebas daripada sebarang amalan yang boleh mencemarkan […]

RM450 juta disalurkan untuk bangun bandar pintar Selangor

Sejumlah RM450 juta diperuntukkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menyokong pelaksanaan inisiatif Bandar Pintar Selangor. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan peningkatan peruntukan daripada permohonan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM350 juta. Menurutnya, pelaksanaan bandar pintar ini akan memperkukuh keupayaan perancangan dan pengurusan bandar bagi Selangor melalui penggunaan […]

Titah Agong akan dilaksana dengan tegas oleh Kerajaan MADANI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan dilaksanakan oleh kerajaan MADANI dengan tegas. Anwar yang juga Menteri Kewangan menyifatkan Titah Diraja Seri Paduka Baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 pada Isnin sebagai jelas dan berprinsip. “(Titah Yang di-Pertuan Agong) jelas dan baik, (kerajaan) […]

Cabaran UMNO untuk kembali sebagai Rumah Bangsa Melayu

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang melabuhkan tirainya pada 17 Januari meninggalkan strategi penting buat parti Melayu itu berdepan landskap politik Malaysia yang semakin berpecah, ketika Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kian menghampiri. Di pentas PAU 2025, UMNO dilihat berusaha menjenamakan semula parti dan mencari hala tuju baru sebagai medan penyatuan Melayu, antaranya dengan menubuhkan […]

Reaksi orang bujang dapat ‘duit poket’ dari kerajaan MADANI… “bantuan sementara tunggu gaji”

Golongan bujang yang layak di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerima bantuan bulanan sehingga RM100 mengikut kelayakan masing-masing bermula hari ini. Penyaluran SARA secara bulanan kepada 3.1 juta rakyat Malaysia dalam kategori bujang mampu membantu meringankan beban komitmen dan kos sara hidup rakyat. Bantuan tersebut yang diagihkan mulai hari ini itu juga disifatkan tepat […]

Reformasi MADANI berakar pada keadilan dan integriti

Perdana Menteri menegaskan lebih banyak usaha perlu dilakukan bagi memastikan reformasi di bawah kerangka MADANI benar-benar berasaskan kepada keadilan, integriti dan prinsip moral, dengan menekankan bahawa kemajuan tidak boleh hanya bergantung kepada pendekatan rutin semata-mata, tetapi memerlukan penyelesaian terhadap kegagalan sistemik yang berakar umbi. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dasar yang retorik tetapi gagal diterjemahkan […]

Kerajaan anjur acara khas peringati 50 tahun pemergian Tun Razak 

Kerajaan akan menganjurkan satu acara khas bagi memperingati ulang tahun ke-50 pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak, yang akan dilaksanakan sempena Bulan Kebangsaan tahun ini. Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet hari ini, dan pelaksanaannya akan […]

Kerajaan MADANI tekad perkukuh urusan hal ehwal Islam secara inklusif – PM

Kerajaan MADANI akan terus membulatkan tekad untuk memperkukuh urusan hal ehwal Islam secara inklusif dan berkesan melalui semangat musyawarah antara negeri serta berpaksikan Perlembagaan Persekutuan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua itu akan didukung oleh nilai dan aspirasi Malaysia MADANI, demi kesejahteraan umat serta keharmonian negara yang berpanjangan. Beliau berkata demikian selepas menghadiri […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.