Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 16 Disember, disifatkan sebagai percaturan berani dan berisiko dengan perubahan portfolio dan penampilan muka baru yang dilihat boleh mencabar keupayaan pentadbiran kerajaan. Pelbagai reaksi tercetus termasuk daripada pembangkang yang mengaitkan pelantikan beberapa menteri dengan kepentingan kaum dalam rombakan Kabinet itu. Bagaimanapun pengamat mengakui […]
Category Archives: YANG VIRAL
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memperkukuh komitmen jangka panjangnya dalam melahirkan bakat berkemahiran tinggi apabila menawarkan biasiswa MCMC CARE dan MCMC LEGASI 2025 kepada 25 pelajar cemerlang dalam bidang komunikasi dan multimedia. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata inisiatif biasiswa berkenaan mencerminkan usaha berterusan MCMC dalam membangunkan modal insan strategik negara bagi memperkukuh […]
Langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melaksanakan inisiatif ‘Deemed Licence’ dipuji kerana bertujuan untuk memperkukuh tadbir urus platform digital dan meningkatkan keselamatan dalam talian di Malaysia. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, polis menyokong usaha MCMC kerana ekosistem digital masa kini menuntut pendekatan pengawalseliaan yang lebih responsif terhadap ancaman seperti jenayah […]
Selaras dengan hasrat kerajaan Madani untuk menjadikan internet di Malaysia lebih selamat kepada kanak-kanak dan keluarga, semua penyelia perkhidmatan internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan terdaftar sebagai pemegang lesen ASP(C) mulai 1 Januari 2026. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, semua […]
Enam belas orang maut manakala sekurang-kurangnya 40 lagi cedera dalam insiden tembakan di Pantai Bondi, Australia, menurut polis pada awal Isnin. “Polis mengesahkan 16 orang maut dan 40 orang masih menerima rawatan di hospital susulan insiden tembakan di Bondi semalam,” menurut kenyataan polis New South Wales di laman X. Kenyataan polis bagaimanapun tidak menyatakan sama […]
Tahukan anda jenayah serius yang semakin meningkat di seluruh dunia termasuk Malaysia adalah bahan penderaan seksual kanak-kanak atau ‘child sexual abuse material’ (CSAM)? Ini terjadi seiring dengan perkembangan pesat teknologi dan komunikasi di mana anak-anak kita didedahkan dengan gajet serta media sosial pada usia yang terlalu muda. CSAM bukan sekadar muncul dalam bentuk rakaman penderaan, […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kekuatan pentadbiran negara termasuk prestasi kerajaan, bergantung secara langsung kepada komitmen dan dedikasi penjawat awam di semua peringkat. Beliau menyifatkan peranan penjawat awam, daripada barisan tertinggi sehingga petugas peringkat paling asas sebagai tonggak utama yang memastikan Malaysia kekal bergerak ke hadapan walaupun berdepan ketidaktentuan politik dan dasar […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada kontinjen negara yang beraksi di temasya Sukan SEA Thailand. Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyeru kontinjen negara untuk beraksi dengan penuh fokus, ketenangan dan keyakinan sepanjang kejohanan berlangsung. “Selamat berjuang kepada kontinjen negara di temasya Sukan SEA Thailand, yang secara rasmi bermula hari ini. “Beraksilah […]
Ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas mengatakan beliau dan kerajaan Madani menolak cadangan Bank Dunia untuk mengapungkan harga petrol pada nilai pasaran… tapi persoalannya kenapa? Ketika Bank Dunia mencadangkan harga petrol diapungkan mengikut pasaran, kerajaan membuat keputusan menolak saranan tersebut dan menegaskan subsidi bersasar lebih relevan […]
Thailand melancarkan serangan udara di sempadan yang dipertikaikan dengan Kemboja selepas kedua-dua negara saling menuduh satu sama lain melanggar proses gencatan senjata yang dibantu pihak Malaysia. Sekurang-kurangnya seorang askar Thailand maut, manakala empat lagi cedera dalam pertempuran yang meletus di sekitar dua kawasan di Ubon Ratchathani, menurut kenyataan tentera Thailand. “Kini pihak Thailand mula menggunakan […]










