Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menyerahkan surat pelantikan kepada Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif yang akan menjalankan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur (KL) baharu bermula esok,Khamis. Dr Maimunah merupakan wanita pertama jadi Datuk Bandar Kuala Lumpur. Perdana Menteri itu berkata, pelantikan berkenaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Subseksyen […]
Category Archives: YANG VIRAL
Pilihanraya kecil (PRK) DUN Mahkota yang merupakan PRK kesepuluh diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022 akan berlangsung pada 28 September ini. Penamaan calon pula akan diadakan pada 14 September. Ia dimaklum oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Sri Ramlan Harun pada sidang akhbar di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya Rabu. Kerusi […]
Harapan yang diletakan pada pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom (berbaju hitam) untuk merangkul satu pingat yang berprestij untuk negara di Sukan Olimpik Paris 2024 berkecai. Ini setelah pelumba berusia 28 tahun itu asalnya dapat tempat ke empat dalam perlumbaan final di Velodrom Saint Quentin en Yvelines itu. Pada acara itu emas dirangkul […]
Badang negara menggambarkan betapa kecewanya beliau apabila terlepas peluang meraih pingat dengan perbezaan satu kilogram (1kg) berbanding mengalami kekalahan teruk. Reaksi itu dikongsi Mohamad Aniq Kasdan apabila terlepas penamat podium dalam acara angkat berat kategori 61kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024, semalam. Bercakap kepada Bernama, atlet berusia 20 tahun itu berkata beliau membuat percaturan […]
Tandatanya siapa Ketua Setiausaha Negara baharu menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 10 Ogos ini terjawab. Pejabat Perdana Menteri beritahu pada Rabu Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar,55 dilantik ke jawatan itu. Katanya perlantikan itu telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dipercepat bagi membolehkan rakyat negeri itu menikmati kemudahan jalan raya lebih baik. Beliau berkata, pembinaan lebuh raya itu yang sudah tertangguh agak lama, perlu disegerakan tanpa sebarang alasan. “(Lebuhraya) Pan Borneo Sarawak hampir siap. Sabah terkontang-kanting lagi. Jadi, sudah dipersetujui dengan kerajaan […]
Satu perkara menarik ialah sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Srettha Thavisin menjadi Perdana Menteri Thailand kedua mereka lebih kerap adakan pertemuan dua hala untuk selesaikan segera urusan semasa khususnya melibat hal di sempadan kedua negara. Pada Sabtu Anwar dan Srettha sekali lagi adakan pertemuan.Kali ini di Kompleks CIQ Sungai Golok. […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyertai kira-kira 3,000 jemaah menunaikan solat jenazah ghaib buat Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di Masjid Negara. Solat jenazah ghaib yang diadakan sejurus selepas Solat Jumaat itu dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni. Turut serta Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Komunikasi […]
Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei berkata adalah menjadi kewajipan bagi Iran untuk membalas dendam atas pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di negara itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA). Dalam kenyataan pada Rabu, Ayatollah Khamenei mengucapkan takziah atas pemergian Haniyeh dalam serangan ke atas kediamannya di ibu negara Iran, Tehran. “Penjenayah […]
Perjuangan rakyat Palestin menerima khabar duka pada Rabu bila pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh dalam satu serangan Zionis keatas bangunan dimana beliau menginap di Tehran, ibukota Iran. Kematian Allahyarham ( gambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan tidak lama dulu) disahkan oleh Pengawal Revolusi Iran. Khabarnya Allahyarham berada di Tehran untuk […]










