Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dimeterai antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) pada Oktober tahun lalu tidak lagi terpakai berikutan keputusan Mahkamah Agung AS membatalkan sebahagian besar langkah tarif menyeluruh yang sebelum ini diperkenalkan oleh Presiden AS Donald Trump Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, dalam ART ditandatangani tahun lalu […]
Category Archives: YANG VIRAL
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) agak sinonim dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Ini kerana Ahli Parlimen Muar itu bukan sahaja pengasas MUDA tetapi juga pengerak utama parti. Namun beliau terus tegas dengan pendirian menolak untuk menerajui semula parti itu kerana kes mahkamah yang dihadapinya belum beres. Pemilihan sulong MUDA di Petaling Jaya hari ini menyaksikan […]
Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima wang RM50,000 tanpa balasan daripada anak bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, lapan tahun lepas. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), (Pendaftaran & Perkhidmatan Perniagaan) SSM, Khuzairi Yahaya, 55, didakwa menerima untuk dirinya suatu […]
Dua lagi pemimpin BERSATU yang menyokong Timbalan Presiden parti itu yang dipecat, Datuk Seri Hamzah Zainudin, digantung daripada keahlian parti tersebut, berkuat kuasa 10 Mac. Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ketua Srikandi (Wanita), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, digantung keahlian selama dua penggal pemilihan BERSATU atau enam tahun. Ronald yang berkongsikan surat Lembaga […]
Inisiatif Rumah Bangsa oleh UMNO tidak bersifat paksaan sebaliknya bekas ahli yang berhasrat kembali menyertai semula parti itu perlu melakukannya dengan kerelaan hati, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata kekuatan UMNO adalah pada akar umbi parti itu secara berkumpulan bukannya individu. Justeru, Mohamad menjelaskan meskipun UMNO dan rakan parti komponen dalam […]
Tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari, Profesor Diraja Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, meninggal dunia pada pukul 6.47 petang 8 Mac. Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Masjid Al-Taqwa pada pagi Isnin (9 Mac) sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Dilahirkan pada tahun 1931 di Bogor, Jawa Barat, Indonesia, Allahyarham dikenali sebagai antara […]
Jumlahnya bukan sedikit…ia melibatkan wang berjumlah RM13 billion. Itulah angka jumlah wang yang tidak dituntut sehingga 31 Januari tahun ini yang direkodkan oleh Jabatan Akauntan Negara. Hal ini diberitahu Akauntan Negara, Datuk Zainani Jusoh pada sidang media di Tanah Merah Sabtu. Menurutnya RM7 bilion kekal dalam akaun amanah tidak dituntut manakala selebihnya sudah dilaraskan dalam […]
Pergolakan di Asia Barat yang berlaku hari ini menjadi bukti pentingnya untuk memperkukuh perpaduan dan keberanian menyatakan pendirian. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata konflik itu jelas menunjukkan dunia Islam hari ini masih tiada upaya untuk menyatakan pendirian dengan jelas. “Perkembangan ini menggusarkan kita dan menunjukkan kelemahan ketara dunia Islam untuk menyuarakan pandangan secara […]
Chai Jin Shern, atau juga dikenali sebagai James Chai, seorang bekas pembantu kepada bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli sedang dicari SPRM bagi membantu siasatan satu kes. SPRM dalam satu kenyataan hari ini tidak sebut butiran lanjut siasatan. Alamat terakhirnya di Shah Alam, Selangor Chai adalah salah seorang daripada beberapa bijak pandai yang dilantik […]
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menuding jari kepada ahli Parlimen kerajaan atas kegagalan dapat kelulusan Dewan Rakyat semalam untuk Rang Undang-undang (RUU) mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri. Beliau menegaskan pada sidang media di Parlimen hari ini apa yang perlu dipersalahkan adalah Ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir menyokong RUU itu sedangkan blok kerajaan sudah […]










