Category Archives: FOKUS

TPM Zahid sahkan lihat dokumen titah tambahan bekas YDP Agong Najib jalani tahanan di rumah

Tandatanya siapakah ‘saksi kritikal’ yang akan sokong dakwaan Datuk Seri Najib Razak wujudnya Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah…terjawab pada Rabu. Orang berkenaan ialah ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi. Menerusi afidavit yang difailkan […]

KEMASKINI : Kes tembak di KLIA…polis masih percaya motif cuma isu peribadi antara suspek dan isterinya

Polis setakat ini masih percaya motif kejadian tembakan di balai berlepas KLIA awal pagi Ahad lalu masih berkisar tentang isu peribadi di antara suspek dan isterinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain kata ,”buat masa ini tidak ada motif lain.” Bercakap di sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di […]

‘Menteri bodoh’…ini reaksi PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh kata ‘menteri bodoh’ pada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak betul dalam konteks kerajaan perpaduan. Ketika ditemui wartawan selepas satu majlis Shah Alam pada Ahad untuk dapat reaksi hal berkenaan beliau kata,“Saya tidak melayan kenyataan seperti itu. Pada fikiran saya, ia bukan […]

Ini sejadah mini bukan alas kaki…Aeon Big akui silap pada label

Lihat betul betul pada gambar sebelah kiri produk warna hijau muda (yang dibesarkan) memaparkan imej Kaabah yang didakwa sebagai alas kaki…manakala sebelahnya ialah beberapa sejadah mini. Sejadah mini dalam pelbagai rupa kebanyakan papar gambar Kaabah memang banyak dijual di sana sini. Ia mudah dibawa dan digunakan untuk sembahyang. Sejadah mini juga kerap dijadikan door gift […]

Lelaki Israel mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan kaitan senjata api

Suasana di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi Jumaat curi perhatian ramai bila lelaki Israel,Shalom Avitan yang dicekup bersama enam pistol dan peluru didakwa atas dua pertuduhan. Dia dibawa masuk ke bilik mahkamah pada jam 9.30 pagi dan dikawal ketat beberapa anggota polis yang memakai penutup muka. Bagi tuduhan pertama Avitan, 38, didakwa di bawah seksyen […]

YDP Agong terima mengadap pemimpin UMNO dan DAP…Dr Akmal Saleh hadir sama

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap pimpinan kanan parti UMNO dan DAP di Istana Negara pada Selasa. Pemimpin yang hadir mengadap Seri Paduka Baginda ialah Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO; Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka; Timbalan Setiausaha Agung DAP, YB Liew Chin Tong dan Ketua Pemuda […]

KEMASKINI : Isu kalimah Allah : 1,145 kasut jenama Vern’s telah dirampas…

Polis akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam siasatan untuk menentukan kebenaran isu logo mirip kalimah Allah pada kasut jenama tempatan Vern’S. Ketua Polis Negara Razarudin Husain kata,” Jabatan Siasatan Jenayah akan berurusan dengan Jakim untuk melihat (sama ada) adakah itu (logo) mengikut model kasut tersebut atau itu adalah khat yang melambangkan tulisan […]

Pasangan suami isteri disyaki jual senjata pada lelaki Israel didakwa di mahkamah…

Pasangan suami isteri warga tempatan yang ditahan kerana disyaki jual senjata kepada lelaki Israel, Shalom Avitan yang dicekup polis pada 27 Mac lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Klang pada Isnin. Pasangan berkenaan ialah Sharifah Faraha Syed Husin, 41, dan Abdul Azim Mohd Yasin, 43. Mengikut kertas pertuduhan, Sharifah Faraha didakwa telah didapati dalam milikannya senjata […]

Vern’s keluar kenyataan minta maaf….hentikan jualan kasut…anggap logo disalahtafsir

Ekoran dari meletupnya isu lakaran menyerupai kalimah Allah di tapak kasut jenama tempatan Vern’s…pihak pengurusan syarikat itu segera mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada petang Ahad. Syarikat itu telah menghentikan jualan kasut berkenaan serta bersedia untuk memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli kasut berkenaan. Apapun kata Vern’s pihaknya sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.