Category Archives: FOKUS

DBKL ‘rehatkan’ tiga anggota penguatkuasa terlibat kes Abang Belon

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah ambil langkah ‘rehatkan’ sementara tiga anggota penguatkuasa yang terlibat dalam insiden pergelutan dengan seorang penjaja belon di Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur pada Jumaat malam lalu. Serentak dengan itu Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif kata DBKL memandang serius kejadian ini dan tidak akan berkompromi […]

Dari kecoh ‘pak cik petai’ ke ‘abang belon’….

Baru ini heboh kisah ‘pak cik petai’ di Port Dickson…kini dua hari menjelang Hari Raya Aidilfitri timbul pula insiden ‘abang belon’ . Ini gara gara tindakan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa kasari seorang penjual belon tanpa lesen di kaki lima Jalan Tunku Abdul Rahman,Kuala Lumpur Jumaat malam. Insiden ini telah mencetuskan kemarahan […]

Jangan sebarang komen di media sosial… boleh kena tindakan undang-undang

Dah jadi trend akhir-akhir ini media sosial dipenuhi dengan komen dan pandangan berbentuk spekulasi serta provokasi daripada netizen berkaitan pelbagai isu, menjadikannya semakin sukar untuk dikawal. Ibarat kata pepatah ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’, netizen yang melontarkan komen sedemikian boleh memberi kesan kepada emosi serta kesejahteraan mental seseorang individu. Tanpa disedari, ramai […]

PM kata penyelesaian isu tapak masjid tunjuk kebijaksanaan, kekuatan dan kemuliaan Islam…bukan kelemahan

Kehadiran ramai anggota polis sekitar kawasan majlis pecah tanah pembangunan Masjid MADANI di di Jalan Munshi Abdullah,Kuala Lumpur pagi Khamis dapat mengambarkan betapa hangatnya isu melibatkan sebuah kuil Hindu diatas tanah milik Jakel Tradings Sdn Bhd itu. Namun disebalik pelbagai persepsi dan spekulasi khususnya di media sosial…majlis yang di kawasan Masjid India yang sibuk disempurnakan […]

TIDAK BENAR…kerajaan bagi pampasan RM2 juta pada kuil…juga kes ini tidak boleh dijadikan rujukan kes akan datang

Spekulasi yang hangat berlegar berkaitan pemberian pampasan kepada pihak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman untuk berpindah ke tapak baharu…nyata tidak benar. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa pada Rabu tampil menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya kerajaan beri pampasan berjumlah RM2 juta kepada pihak kuil itu. Spekulasi ini […]

Tak timbul isu beli pesawat Boeing sebab Anwar mahu jumpa Trump…

Pembelian pesawat baharu Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) dilaksanakan mengikut prosedur serta terma ditetapkan, kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim. Beliau menafikan dakwaan pihak pembangkang kononnya pembelian pesawat berkenaan mempunyai kepentingan tertentu. Muhammad Kamil berkata pembelian pesawat itu tidak seharusnya dipersoalkan pembangkang memandangkan dilakukan mengikut pendekatan sedia ada yang telah diamalkan […]

KEMASKINI: Jalan terus…PM letak batu asas bina masjid Jalan Masjid India Khamis ini…pengurusan kuil setuju pindah

Selari dengan pandangan ramai pihak…Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sahkan kehadirannya ke majlis meletakkan batu asas pembinaan masjid di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Khamis ini…yakni tempat yang menjadi kontroversi isu kuil. Serentak dengan itu beliau menegaskan bahawa kontroversi isu tanah di situ mesti dikendalikan mengikut kedaulatan undang-undang. Anwar berkata kuil Dewi Sri Pathrakaliamman itu […]

PAS anggap pendirian Anwar pasal isu kuil tepat

PAS tampil menyokong pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu kuil di Jalan Masjid India Kuala Lumpur. Menerusi laman facebooknya Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menganggap pendirian diambil Perdana Menteri itu sebagai “tepat”. Ahli Parlimen Pasir Mas berpendapat, pertikaian mengenai keberadaan kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di situ bukanlah berkaitan isu agama sebaliknya undang-undang. “Harapnya […]

Tarif elektrik baharu dimuktamad, kerajaan tampung kos pembekalan

Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif elektrik baharu yang dijangka berkuat kuasa 1 Julai 2025. Cadangan itu mengambil kira kos pembekalan elektrik sebenar serta memastikan kadar yang lebih kompetitif dan mampan dalam jangka panjang. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menjelaskan, komponen terbesar dalam pengiraan tarif […]

Ismail Sabri nafi tarik sokongan pada Kerajaan Perpaduan

Khabar angin ini sudah lama berlegar dan akhirnya tuan tubuhnya yakni bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri menjawabnya. Beliau yang kini sedang disiasat SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya telah menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan. Katanya beliau tetap memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Kebelakangan ini berlegar khabar […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.