KEMBARA

Melaka akan lancar ‘Smart AI Tourism Melaka’ menjelang September

Melaka akan melancarkan ‘Smart AI Tourism Melaka’ menjelang September depan untuk memperkukuh ekosistem pelancongan digital di negeri itu selain menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, insiatif yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) itu akan memudakan pelancong untuk mengenal pasti lokasi tumpuan pelancongan sekali gus mempertingkatkan pengalaman pelawat ke Malaysia.

“Smart AI ini akan menjadi jurubahasa akan menjadi pemandu pelancong dalam pelbagai bahasa untuk memperkenalkan kawasan-kawasan tarikan pelancong di Melaka termasuk kawasan-kawasan sejarah yang akan diluncurkan pada September.

“Smart AI Tourism Melaka ini juga akan menarik lebih ramai pelancong datang berkunjung di Melaka kerana panduan yang diberikan dalam bentuk dunia digital ini lebih memudahkan serta memberi maklumat dengan cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Apresiasi dan Sinergi Telekomunikasi Negeri Melaka 2025 di ibu negara.

Berkenaan liputan rangkaian di Kawasan Berpenduduk (CoPA), Melaka menyasarkan capaian 100 peratus liputan 4G dan 5G menjelang tahun 2027.

Justeru sokongan dan kerjasama berterusan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta syarikat telekomunikasi diperlukan bagi mencapai hasrat itu.

Pada majlis sama, turut berlangsung pemeteraian memorandum persefahaman (MoU)dan kerjasama strategik antara Melaka ICT Holdings Sdn. Bhd. (MICTH) dengan tiga syarikat telekomunikasi utama negara.-18/7/2025

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button