YANG VIRAL

Annuar Musa jangka BN-PH menang besar di PRK DUN Mahkota

Sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat ulasan Tan Sri Annuar Musa mengenai kemungkinan BN-PH menang besar dalam pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Mahkota di Kluang,Johor pada 28 September ini tentu mencuri perhatian ramai.

Ia seolah pembangkang sudah awal awal kibar bendera putih.

Annuar yang ulas menerusi laman facebooknya pada Ahad jangka BN dengan mudah menambah undi mereka mungkin melebihi 30,000 undi.

Menurut beliau kawasan DUN Mahkota merupakan kubu terkuat BN-PH.

Katanya keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac 2022 menunjukkan bahawa BN memperoleh lebih 16,000 undi manakala PH pula mendapat lebih 11,000 undi di DUN Mahkota.

Kata beliau, jumlah undi yang dicatatkan kedua-dua gabungan itu telah pun menghampiri 28,000 undi.

“Apa lagi dalam PRK, dengan segala jentera Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang sudah pun dikerahkan bekerja untuk ‘team perpaduan’ MADANI.

“PN bermodalkan hanya 7,000 undi sahaja di PRN lalu. Lebih 20,000 undi lebih rendah dari undi diperolehi BN PH.

“Majoriti BN dalam PRK kali ini pastinya melebihi 20,000 undi dan ia manifestasi kejayaan jajaran baru mereka bersama ‘Kerajaan Perpaduan’,” katanya.

“Dijangkakan BN dengan mudah menambah undi mereka seperti di (DUN) Nenggiri. Mungkin melebihi 30,000 undi.

“PN bermodalkan hanya 7,000 undi sahaja di PRN lalu. Lebih 20,000 undi lebih rendah dari undi diperolehi BN PH.

“Majoriti BN dalam PRK kali ini pastinya melebihi 20,000 undi dan ia manifestasi kejayaan jajaran baru mereka bersama ‘Kerajaan Perpaduan’,” katanya

Sebagai rekod, Kerusi DUN Mahkota kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang, Johor.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon BN memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 5,166 undi.

Pada PRN itu, Sharifah Azizah meraih 16,611 undi dalam saingan empat penjuru menewaskan Taqiuddin Che Man dari Amanah, Mohamad Nor Lingan yang mewakili Perikatan Nasional (PN) serta calon Parti Warisan, Mohamed Noor Suleiman.

Semalam, BN mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussein Syed Abdullah sebagai calon mewakili parti tersebut.- 8/9/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button