Cuba sendiri fikir…apa agaknya mesej yang ingin disampaikan Datuk Seri Rafizi Ramli menerusi poster terbaru pada podcastnya ‘Yang Bakar Menteri’ yang dimuatnaik di laman facebooknya pada awal petang Khamis?
Berbeza dengan masa lampau…Timbalan Presiden PKR dan Menteri Ekonomi itu sertakan tajuk besar ‘Yang Berhenti Menteri?’ pada poster itu.
Nampak macam ia satu gimik gempak sakan yang pasti mencuri perhatian ramai.
Poster berkenaan adalah untuk beritahu beliau akan adakan podcastnya pada jam 9 malam 10 Mei ini di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Seri Kembangan, Selangor.
Sejak buat podcast ‘Yang Bakar Menteri’ ini adalah kali pertama beliau bersiaran secara langsung di depan khalayak ramai.
Kebelakangan ini sudah lama Rafizi tidak muncul di podcastnya.
Kali terakhir beliau bersiaran adalah pada 30 September tahun lalu.
Dari tulisan pada kisah poster berkenaan dapat ditafsirkan seolah Rafizi hendak cerita semua berkaitan polimek tentang dirinya kebelakangan ini.
“Saya akan mengambil kesempatan ini untuk memberikan penjelasan dan menjawab segala persoalan berkaitan isu dan polemik yang hangat diperkatakan dalam satu dua minggu kebelakangan ini,” katanya.
Timing podcast itu pada 10 Mei sudah tentu dapat beri indikasi itu tentang jalan ceritanya.
Ia sehari selepas selesai proses pencalonan untuk pemilihan jawatan pimpunan pusat PKR pada 8 dan 9 Mei.
Sehingga berita ini ditulis petang Khamis Rafizi masih belum umum secara rasmi samaada hendak pertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR atau tidak.
Dalam pada itu Nurul Izzah Anwar telah muncul sebagai orang yang banyak dapat sokongan untuk bertanding jawatan itu.
Ini berdasarkan kenyataan terbuka minta beliau bertanding yang dibuat oleh PKR negeri negeri,ketua ketua cabang dan kalangan pimpinan berpengaruh dalam parti itu.
Bagaimanapun Nurul Izzah juga belum buat pengumuman rasmi samaada hendak masuk gelanggang atau tidak.
Seorang lagi yang mungkin masuk bertanding jawatan itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Namun ada kalangan pemerhati politik duga beliau mungkin berundur melihat pada perkembangan terbaru untuk jawatan itu.- 8/6/2025 OLEH HIEKAL ROSLI