pelacur3

UPDATE: Rosyam Nor mohon maaf…bagi penjelasan cadang rumah pelacuran pekerja asing

Selepas cadanganya buka rumah pelacuran kepada pekerja asing untuk ‘melepas’ cetus kontroversi Datuk Rosyam Nor tampil memohon maaf.

Pelakon,penerbit,pengarah dan usahawan terkenal itu kata dia tak sangka kenyataan untuk program podcast dekat Suhan Channel jadi tular dan sensasi.

Cadangannya telah mengundang raksi pelbagai pihak termasuk menteri agama,mufti dan pendakwah bebas.

“Kecoh satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran kononnya saya ada buat kenyataan berkaitan perkara tersebut.

“Apa-apa hal, terlebih dahulu saya minta maaf sebab tak sangka benda ini akan jadi viral,” katanya menerusi hantaran di Instagram (IG), Selasa.

Dalam pada itu Rosyam menyeru orang ramai untuk menonton video penuh yang dimuatnaik ke akaun TikTok Suhan Channel dan membuat penilaian sewajarnya.

“Tapi video itu sebenarnya untuk program podcast saya dekat Suhan Channel. Itu adalah perbincangan, jadi saya rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel.

“Sebelum menilai dan menghukum, tonton dahulu keseluruhan video apa yang dibincangkan.

“Terima kasih kerana peka dengan keadaan, sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” katanya.- 9/1/2024

BERITA SEBELUM INI : ‘Masak’ Rosyam Nor…cadang buka rumah pelacuran untuk pekerja asing

Hairan juga macam mana Rosyam Nor boleh cakap begitu.Namun katanya itu adalah pandangan peribadinya.Dia mungkin betul dan dia mungkin salah.

Gara gara meluahkan cadangan itu pelakon,penerbit,pengarah dan usahawan yang dikenali ramai itu jenuh kena hentam di alam siber dan di dunia nyata.

Rosyam cetus kontroversi bila dia cadang agar rumah pelacuran yang khusus untuk pekerja asing di negara ini diwujudkan sebagai langkah mengekang jenayah rogol.

Katanya di negara itu sudah ada sekitar 3 juta pekerja asing.

Dia bertanya di mana mereka ini hendak ‘melepas’.

Rosyam menerusi podcast atau audio siar, Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik ke TikTok Suhan Channel semalam menyifatkan pusat pelacuran perlu ada untuk ‘kemudahan’ warga asing lelaki yang kebanyakannya meninggalkan isteri di negara mereka.

Setakat berita ini ditulis petang Selasa podcast itu ditonton lebih 700,000 kali.

Lebih 2,300 orang telah beri komen.Kebanyakan tidak setuju

“Sekarang pendatang asing ada lebih kurang tiga juta yang bekerja di Malaysia. Isteri ditinggalkan.

“Namanya pun lelaki. Kalau tak nak, tak apa, fahamkan maksud saya? Tak keluarkan , dia nak tonjol kat mana?” katanya.

“Dia tengok anak bini kita, anak dara kita lalu. Silap-silap, dia rogol anak dara kita. Dia boleh jadi sampai ke tahap itu sebab benda ini bermain dalam fikiran.

“Mereka pun pun duduk di sini, malam-malam tak ada kerja, tengok benda sama juga. Tengok ‘porno’ juga. Jadi, bila ada rumah pelacuran, sekurang-kurangnya mereka pergi bayar di sana,” katanya.

Bagaimanapun, Rosyam menegaskan itu hanya pandangan peribadi dan meminta penonton untuk menilai sendiri.

Pandangan Rosyam telah mengundang rekasi dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Moktar sendiri.

Menerusi satu kenyataan pada Selasa beliau berkata tidak ada sesiapa pun sepatutnya mengeluarkan kenyataan sehingga menimbulkan polemik yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Katanya kegiatan pelacuran adalah jenayah berat di sisi undang-undang Islam dan ia termasuk dalam kategori hudud, manakala ia juga dianggap salah oleh Kanun Keseksaan.

Justeru, cadangan yang diberikan (oleh Rosyam) adalah bertentangan dengan peruntukan undang-undang sivil dan syariah, bahkan secara jelas bertentangan dengan prinsip ajaran Islam dan maqasid al-syariah.

“Berdasarkan kedudukan ini, cadangan untuk membuka rumah pelacuran seperti yang diutarakan itu tidak boleh diterima sama sekali dan sewajarnya ditolak oleh segenap lapisan masyarakat.

“Dalam mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi, kaedah fikah berikut sewajarnya dijadikan panduan: kemudaratan itu tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lain,” katanya.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor kata beliau terkejut dengan cadangan Rosyam kerana seolah-olah menggalakkan maksiat di negara ini.

Katanya ramai dalam kalangan pekerja asing di negara ini juga terdiri daripada mereka yang beragama Islam.

“Kita yakin semua masyarakat Islam tahu zina adalah satu jenayah yang amat jelik kerana boleh mengakibatkan kerosakan yang besar kepada individu, keluarga dan masyarakat.

“Malah, pekerja bukan beragama Islam sekalipun tidak sepatutnya digalakkan kepada perbuatan yang hina itu.

“Sesungguhnya tiada agama yang menyukai penganutnya terjerumus ke dalam jurang yang keji dan merosakkan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Wan Salim berkata, semua pihak sepatutnya bersama-sama membantu ke arah kebaikan dan keluhuran budi pekerti setiap penduduk di negara ini.

”Kita juga sepatutnya mengingatkan pekerja-pekerja asing tentang bahaya melibatkan diri di dalam perlakuan yang keji ini serta kesan buruknya ke atas semua pihak,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan, mewujudkan rumah pelacuran di negara ini juga amat bercanggah dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang menobatkan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam Perlembagaannya.

“Para pekerja asing perlu dimaklumkan tentang hakikat ini dan mereka mestilah menghormati Perlembagaan dan undang-undang negara yang memberi peluang kepada mereka mencari rezeki di sini,” katanya.

Dr Wan Salim juga berpendapat tiada siapa boleh menjamin rakyat negara ini termasuk penganut agama Islam tidak akan menjadi pelanggan rumah pelacuran yang dicadangkan terbabit.

“Amat sukar untuk mengawal atau mencegah umat Islam daripada ikut terlibat di dalam kancah maksiat tersebut.

”Kita setuju cadangan ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya akan mengundang lebih banyak masalah kepada Malaysia,” katanya.

Seorang pendakwah bebas PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak juga menolak cadangan Rosyam.

“Umat Islam tak sepatutnya mengeluarkan pandangan sedemikian kerana kita hidup berlandaskan hukum,” katanya.

Dia menegaskan saranan itu tidak relevan, apatah lagi dalam konteks negara Islam.

“Saya tak setuju pandangan Rosyam mengenai perlu wujudnya pusat pelacuran bagi menampung keinginan warga asing.

“Pandangan ini tidak selari dengan apa yang agama Islam terapkan, apatah lagi dalam negara Islam.

“Jadi pandangan seperti ini tak sesuai. Di luar negara mereka menganggap golongan terbabit dengan pelacuran adalah kelompok paling rendah martabat,” katanya.

Tambah PU Syed, pendapat Rosyam yang mengatakan saranan itu boleh mengurangkan dan mengelakkan kes rogol adalah salah.

“Ia boleh berlaku lebih dahsyat lagi sekiranya pusat pelacuran diwujudkan di mana perbuatan zina akan berleluasa.

“Zina antara dosa besar dan balasannya cukup keras bagi mereka yang melakukan zina. Walaupun kita boleh katakan warga asing bukan Islam, tapi ada antaranya beragama Islam.

“Bila cadangan seperti ini diberikan, ia memang tidak bersesuaian. Ia akan merosakkan keturunan dan punca pembunuhan kerana benih dikeluarkan ditumpahkan kepada tempat tidak sepatutnya.

“Sekiranya mengatakan ia boleh mengurangkan kes rogol, ada ulama berkata perkara mudarat tak boleh ditolak dengan mudarat yang sama.

“Kita buat sebegitu seolah-olah nak menghalalkan perzinaan. Itu tidak boleh kerana kedua-duanya mudarat,” katanya.

PU Syed berkata, kewujudan pusat pelacuran juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya.

“Jadi, kemudaratan ini kena buang, bukanlah nak jemput kemudaratan lebih teruk lagi. Kalau rogol berlaku secara paksaan, tapi perzinaan berlaku secara rela, ia lebih dahsyat, jadi tak boleh ukur kedua-duanya.”- 9/1/2024

lhdn500

LHDN kutip cukai RM7 billion lebihi sasaran…

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah berjaya membuat kutipan cukai RM7 billion melebihi sasaran pada tahun lalu.

Sasaran yang ditetapkan ialah RM176 billion namun LHDN berjaya kutip hasil RM183 bilion.

Kejayaan sama dicapai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berjaya mengutip hasil RM55 billion yakni RM2 billion melepasi sasaran 53 billion.

Butiran ini diberitahu Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya Selasa.

“Terima kasih kepada kastam (JKDM) kerana akhirnya capai unjuran yang tidak selalu kita capai. Kalau kastam (JKDM) memang lebih daripada yang diunjurkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Anwar juga ucap penghargaan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana berjaya mengutip hasil tertinggi.

Pada masa sama beliau mahu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) supaya mengurangkan pelaburan di luar negara dan memberi fokus kepada pelaburan domestik.

“Apa kemunasabahan kita mengadakan kempen menarik pelaburan asing ke Malaysia kalau syarikat utama kita tidak ada keupayaan untuk memastikan jenis pelaburan yang menarik dan memberi keuntungan.

Katanya mulai hari ini, GLIC dan GLC turut dijemput ke perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan selepas mengambil kira peranan besar dua badan itu dalam merealisasikan hasrat Ekonomi Madani.

Anwar berkata, GLIC dan GLC tidak boleh lagi hanya menumpukan kepada keuntungan semata-mata tanpa berperanan dan mengambil tanggungjawab korporat yang lebih besar dalam pembinaan negara. – 9/1/2024

petasempadan

Indonesia sasar selesai isu sempadan darat dengan Malaysia tahun ini

SELEPAS 24 tahun rundingan, Indonesia menyasarkan penyelesaian tiga segmen sempadan darat dengan Malaysia pada hujung tahun ini, kata Menteri Luar Retno Marsudi.

Tiga segmen yang terletak di wilayah Kalimantan-Sabah adalah Pulau Sebatik, Sinapad-Sesai dan West Pillar-AA 2, katanya di sesi pembentangan laporan pencapaian diplomasi Indonesia di Bandung Jawa Barat pada Isnin.

Tambahnya, tiga segmen batas darat dengan Malaysia di Kalimantan-Sabah telah berjaya disepakati sejak 2017 sehingga 2019.

Menurut Retno, perjanjian Indonesia-Malaysia mengenai dua segmen sempadan maritim Laut Sulawesi dan bahagian selatan Selat Melaka dimeterai pada Jun tahun lalu selepas 18 tahun rundingan.

Terdahulu, beliau berkata, diplomasi kedaulatan adalah satu daripada keutamaan kementerian kerana menghormati kedaulatan dan integriti wilayah negara lain adalah prinsip yang harus dihormati oleh semua negara tanpa kecuali.

“Batas negara penting untuk segera diselesaikan. Perundingan batas negara baik darat mahupun laut, bukan hal yang mudah.

“Oleh kerana itu, diperlukan komitmen yang tinggi untuk menyelesaikannya. Penyelesaian juga harus dilakukan berdasarkan hukum internasional yang berlaku, misalnya UNCLOS 1982 jika berkaitan dengan sempadan laut,” jelas Retno.

stampa

Aset kerajaan dan Petronas RM62 bilion selamat… Penimbang tara Sepanyol dipenjara

KES ini bikin heboh tidak lama dulu selepas ancaman untuk menyita dan merampas aset strategik Petronas dan kerajaan Malaysia bernilai lebih RM60 bilion untuk diserahkan kepada ‘pewaris’ kerajaan Sulu.

Bagaimanapun hari ini kebenaran kembali ditegakkan selepas penimbang tara ‘penyangak’ Gonzalo Stampa telah didapati bersalah menghina mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Sepanyol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata mahkamah sama turut melarang Stampa daripada menjalankan tugasnya sebagai penimbang tara selama setahun.

“Usaha Kerajaan MADANI dalam menangani dan menghentikan Penipuan Kumpulan Sulu adalah tidak sia-sia.

“Kami bertungkus-lumus memperjuangkan kes ini demi menegakkan keadilan, dan akan meneruskan usaha untuk membatalkan Award Akhir,” katanya dalam akaun X.

Pada 25 Mei 2020, Stampa telah mengeluarkan Award Akhir berjumlah US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) kepada lapan individu mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu yang tidak lagi wujud.

Bagi menguatkuasakan award itu, mereka dilaporkan telah cuba menyita aset syarikat minyak negara Petronas di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis.

Pada Disember 2021, selepas pemindahan prosiding timbang tara dari Sepanyol ke Perancis yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Malaysia yang mempunyai keyakinan penuh dan tidak berbelah bagi terhadap sistem keadilan Sepanyol, telah memfailkan aduan terhadap Stampa bersama-sama Pendakwa Raya Sepanyol atas alasan beliau telah menghina mahkamah apabila berulang kali mengingkari perintah Mahkamah Tinggi Sepanyol dan meneruskan tindakannya untuk membeli forum di negara lain.

Pada 11 Dis tahun lepas, mahkamah mendengar hujah kedua-dua pihak dan Kerajaan Malaysia telah menggesa Mahkamah Madrid agar menjatuhi hukuman penjara ke atas Stampa.

Azalina dalam kenyataan pada hari sama berkata Pejabat Pendakwa Raya Sepanyol dan Malaysia telah menuduh Stampa melakukan jenayah menghina mahkamah yang serius serta melakukan amalan profesional tanpa kelayakan.

“Kesemua pertuduhan ini adalah berdasarkan kepada fakta bahawa Stampa secara terbuka dan dengan sengaja mengingkari beberapa perintah yang mengikat daripada Mahkamah Tinggi Madrid,“ katanya.

Azalina juga berkata susulan pembatalan pelantikan Stampa itu, Mahkamah Tinggi Madrid berulang kali memerintahkan beliau secara bertulis agar segera menamatkan timbang tara berkenaan.

“Bagaimanapun, Stampa enggan mematuhi perintah mahkamah dan bertindak mengingkarinya secara terang-terangan yang sekali gus menjejaskan kedaulatan undang-undang.

Sebelum ini, lapan warga Filipina telah memfailkan prosiding timbang tara di Sepanyol bagi menuntut berbilion-bilion dolar daripada Malaysia berhubung isu Sabah dan sebuah mahkamah di Madrid pada Mac 2019 telah melantik Stampa sebagai penimbang tara dalam kes itu.

Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah secara agresif membuat tuntutan balas terhadap kelapan-lapan individu.

Malaysia telah melakar kejayaan bersejarah dalam pertikaian berpanjangan itu apabila mahkamah di Luxembourg, Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda dan Mahkamah Rayuan di Perancis serta Mahkamah Sepanyol membuat keputusan yang memihak kepada negara ini.

sam-pm

Langkah Dubai: Setiausaha Politik Kanan PM buat laporan polis

PUTRAJAYA – Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Isnin membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap gerakan “Langkah Dubai” yang dikatakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di Putrajaya, beliau berkata laporan polis itu juga sebagai isyarat kepada pihak bertanggungjawab agar menghentikan usaha sia-sia tersebut kerana ia bukan sahaja menganggu sistem demokrasi berparlimen malah mewujudkan ketidakstabilan politik negara.

“Kita mahu gerakan ini ditamatkan sebab tak nak rakyat kata kerajaan tak ambil tindakan. Saya harap pihak polis segera siasat agar mereka yang terlibat dihukum,” katanya.

Beliau berkata laporan polis sama turut dibuat Angkatan Muda Keadilan di seluruh negara hari ini.

Ditanya tentang kesahihan kewujudan gerakan itu, Shamsul Iskandar yang juga Pengerusi Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan MADANI berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Pada 30 Dis lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa “Langkah Dubai” timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh dari pihak kerajaan, di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya akan menjalankan siasatan. – BERNAMA – 8/1/2024

Kaabah-7

Kuota Haji Malaysia 2024 seramai 31, 600 jemaah

Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota 31, 600 jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah semasa pertemuan sempena majlis menandatangani Memorandum Aturan Urusan Haji 1445H/2024 di Jeddah, Arab Saudi.

Kuota haji pada tahun lepas adalah seramai 31,600 jemaah haji.

“Dalam pertemuan tersebut antara perbincangan adalah kandungan memorandum berkaitan aturan pengurusan jemaah haji meliputi urusan penerbangan, penginapan serta penyediaan makan minum jemaah haji sepanjang urusan menunaikan ibadat haji di Tanah Suci,” kata Mohd Na’im dalam satu kenyataan Isnin.

Mohd Na’im berkata turut dibincangkan ialah berkaitan urusan di Masyair termasuk pengangkutan bagi jemaah haji dan para petugas haji.

“Pada masa sama diperbincangkan juga persediaan pengurusan aspek kesihatan jemaah haji,” katanya.

Mohd Na’im kini berada di Jeddah, Arab Saudi bagi menyertai Persidangan Haji dan Umrah 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. – BERNAMA- 8/1/2024

Asyraf-Wajdi-Dusuki-Pemuda-PAU22-14

Asyraf Wajdi bagi 3 faktor Langkah Dubai ‘karut’

Tak sangka tahap Menteri Besar (Datuk Seri Sanusi Muhammad Nor) pun sanggup bermain dengan persepsi seolah-olah Kerajaan akan tumbang dalam masa terdekat.

Apakah kenyataan seperti ini bertanggung-jawab sedangkan kepimpinan PN pun menafikan ada sebarang gerakan seumpama itu?

Apakah YAB MB Kedah mahu mensabotaj ekonomi negara yang hari ini sudah melalui fasa pemulihan selepas mendapat keyakinan dan kepercayaan pelabur bahawa politik tanah air sudah stabil?

Apakah YAB MB Kedah mahu membiarkan rakyat terus menderita selama bertahun-tahun selepas kejatuhan BN 2018 sehingga menyebabkan ekonomi merudum teruk hingga kos sara hidup meningkat lantaran pelabur yang keluar akibat politik tidak stabil?

Bagi saya, semua dakwaan kewujudan SD ini hanyalah mainan persepsi kerana 3 faktor berikut:

  1. DYMM Yang DiPertuan Agong sudah berkali-kali menitahkan baginda tidak akan melayani sebarang persembahan SD untuk menukar Kerajaan.
  2. Pembangkang yang hanya tinggal 69 orang memerlukan 43 orang lagi untuk mencukupkan 112. GPS terutamanya Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam sudah menyatakan dengan tegas tidak akan menyokong PN kerana dalamnya ada parti ekstrim PAS.

Ahli-Ahli Parlimen BN pula terikat dengan kontrak RM100 juta bon yang harus dibayar jika beralih sokongan.

  1. Peluang terakhir untuk menukar Kerajaan adalah hanya melalui Usul Tidak Percaya di Parlimen. Kalaupun ada Ahli-ahli Parlimen yang menanda-tangani SD, bermakna mereka sendiri takut untuk menzahirkan sokongan terbuka.

    Mungkin sebab itulah Pembangkang tidak berani mencadangkan usul tidak percaya walaupun berkali-kali YAB PM mencabar mereka melakukannya.
    Maka titik noktahkan sahaja polemik SD yang tidak menguntungkan ini.

Tunggulah 4 tahun sahaja lagi untuk Pilihanraya Umum diadakan bagi memenuhi nafsu pembangkang menjadi kerajaan.

DATO DR ASYRAF WAJDI

SETIAUSAHA AGUNG UMNO

8/1/2024

Nadzir2-696x522

Kenyataan Harakahdaily pasal tiga staf didakwa ceroboh kediaman MB Selangor

  1. Harakah ingin membuat pencerahan bahawa cerita yang tersebar menerusi medial sosial dan akhbar berkenaan penangkapan tiga orang staf Harakah yang kononnya dikatakan menceroboh kediaman Menteri Besar Selangor adalah tidak tepat serta tidak menggambarkan realiti sebenar yang telah berlaku.
  2. Sebelum itu, perlu diketahui oleh semua pihak bahawa isu yang berlaku kali ini amat berkait rapat dengan isu Taman Sungai Sireh di Klang yang berdepan dengan usaha pengambilan tanah oleh pihak kerajaan dalam pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Namun begitu, berlaku polemik dalam isu ini ekoran cara dan layanan kerajaan negeri terhadap penduduk Kg Sungai Sireh yang dilaporkan tidak adil terhadap kebajikan penduduk.

  1. Mesyuarat bagi membincangkan isu ini bersama rakyat telah dilakukan di kediaman rasmi MB Selangor pada 5 Januari 2024 setelah mendapat tekanan hebat oleh rakyat. Antara individu yang sejak awal menjadi suara rakyat adalah Suffi Kamari yang juga merupakan staf Harakah.


  2. Apa yang berlaku pada hari tersebut adalah, Suffi Kamari serta dua orang lagi staf Harakah telah hadir ke mesyuarat tersebut atas jemputan penduduk Kg Sungai Sireh itu sendiri serta atas kapasiti Gerakan Pertubuhan Ummah (UMMAH) yang merupakan antara badan bukan kerajaan (NGO) paling tegas memperjuangkan hak penduduk Kg Sungai Sireh. Mereka sebenarnya tidak menceroboh tanpa izin, sebaliknya telah dibenarkan masuk ke kediaman rasmi MB.
  3. Bahkan, mereka sempat menghadiri mesyuarat tersebut bersama Menteri Besar. Namun, isu hanya berlaku setelah pertemuan dengan MB Selangor selesai apabila mereka telah ditahan atas alasan menceroboh kediaman rasmi MB Selangor.
  4. Lebih mengecewakan, wajah mereka telah diviralkan di platform media sosial secara tidak bertanggungjawab dengan cerita dan gambaran tidak tepat sekali sehingga telah menjatuhkan air muka dan maruah mereka. Harakah sebagai syarikat akhbar sendiri telah cuba dipalitkan dengan kisah tidak tepat tersebut disyaki atas niat untuk merosakkan imej syarikat ini.
  5. Laporan balas telah dibuat hari ini oleh tiga staf Harakah ini sebagai tindakan undang-undang untuk mempertahankan kebenaran dan cerita yang sebenar. Kami menegaskan bahawa maruah dan kredibiliti mereka dan juga Harakah akan terus dipertahankan berdasarkan jalan undang-undang. Kami juga akan terus memberikan kerjasama kepada pihak mahkamah sepanjang proses ini berjalan.

NADZIR HELMI
Ketua Pegawai Operasi Harakah – HARAKAHDAILY 8/1/2024

Pelik…apa cerita kes tiga ditahan cuba ceroboh kediaman MB Selangor…?

Agak pelik kes tiga lelaki yang ditahan kerana disyaki menceroboh masuk ke kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam petang Jumaat.

Ini lebih lebih lagi salah seorang yang ditahan dikatakan wartawan sebuah portal berita milik sebuah parti politik.

Lebih mencuri perhatian wartawan itu ditahan ketika dia bersembunyi di bahagian belakang sebuah kereta Proton Waja dibawa oleh dua lelaki berkenaan.

Soalnya apa motif mereka bertindak pelik begitu.

Kenapa wartawan berkenaan sampai perlu bersembunyi belakang kereta untuk curi masuk.

Kalau setakat nak jumpa Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Shaari ada banyak cara lain.

Selain memohon temu janji ikut proses biasa …mereka boleh pergi ke berbagai acara sekitar Selangor yang Menteri Besar hadir untuk berjumpa beliau.

Selama ini belum pernah dengar ada wartawan yang buat perangai pelik macam itu.

Ikut laporan polis yang dibuat pengawal kediaman rasmi Menteri Besar kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat.

Wartawan itu asalnya cuba masuk kediaman itu tetapi dihalang polis pengawal.

Apabila cubaan itu gagal maka wartawan itu menyelinap bersembunyi di dalam sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki dua lelaki lain yang mendakwa hendak masuk rumah Menteri Besar untuk bermesyuarat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan tiga orang berkenaan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan menceroboh.

Katanya, pihak polis telah memohon perintah reman terhadap mereka.- 6/1/2024

anwar-sanusi1

Anwar tak makan umpan Sanusi…

Kalau dengar dakwaan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bunyinya macam kerajaan perpaduan tunggu masa saja nak runtuh.

Namun Datuk Seri Anwar Ibrahim belum makan umpan Menteri Besar Kedah itu.

Perdana Menteri nampaknya menilai dakwaan Sanusi bahawa blok pembangkang sudah ada cukup surat akuan bersumpah Ahli Parlimen dan cuma tunggu hari saja ‘benda kecil’.

“Tidak apalah. Tak perlu komen. Saya kerja. Kalau ada kes…isu besar saya jawab,” katanya ketika ditemui wartawan semasa program Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024 di Sepang Isnin.

Sebelum itu semasa majlis himpunan bulanan dengan kakitangan dan pegawai Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya beliau membayangkan kerajaan pimpinanya stabil.

Beliau juga sebelum ini enggan ulas kenyataan bekas Perdaan Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beliau tidak terlibat dalam Langkah Dubai.

Anwar sebaliknya nasihatkan Dr Mahathir jaga kesihatan.

Dalam perkembangan berkaitan Menteri Besar Pahang Datuk Wan Rosdy Ismail menyifatkan sebagai fitnah dakwaan konon semua ahli parlimen BN diarahkan berkumpul di Cameron Highlands pada Ahad.

Beliau mengulas dakwaan blogger Raja Petra melalui video 30 ahli parlimen BN “dititahkan” ke Cameron Highlands bagi mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Dakwanya Anwar akan sertai pertemuan itu.

Raja Petra juga dakwa akaun bersumpah (SD) oleh 120 ahli parlimen sudah dihantar kepada Yang Dipertuan Agong pada Isnin lalu.

“Maka saya menasihatkan rakyat Malaysia tidak percaya dengan fitnah murahan seperti ini,”kata Wan Rosdy.

Pada Sabtu Zahid dan Wan Rosdy berada di Cameron Highlands bagi melakukan lawatan pasca bencana di Kampung Orang Asli Sungai Ruil, dekat kawasan peranginan itu susulan kejadian tanah runtuh pada Oktober tahun lalu.

Ia kemudiannya disusuli program Jelajah Akar Umbi Presiden Umno bersama Umno Bahagian Cameron Highlands.

Program itu dihadiri pimpinan Umno di peringkat bahagian dan negeri.

Selepas program di situ Zahid telah terbang ke Sabah untuk urusan berkaitan UMNO.- 8/1/2024

anwar-jpm333

PM mahu laporan kemajuan projek kerajaan setiap bulan…

Mulai sekarang…semua laporan kemajuan projek kementerian, jabatan, dan agensi perlu dihantar setiap bulan.

Arahan ini dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di Putrajaya Isnin.

Katanya, kaedah itu merupakan pendekatan baharu diperkenalkan tahun ini.

Beliau berkata, laporan terbabit perlu melalui ketua pengarah dan ketua setiausaha kementerian kepada ketua setiausaha negara (KSN untuk dimaklumkan kepadanya.

“Selalunya, apabila ketua jabatan, KSU jumpa dalam perbincangan (dengan) saya, dalam mesyuarat jawatankuasa Kabinet, semua mencadangkan minta peruntukan, tambah projek…ya memang dibolehkan.

Beliau berkata kerajaan akan meneruskan dasar lama yang memberi manfaat kepada semua, bagaimanapun pendekatan yang digunakan perlu berubah.

“Sebab itu umpamanya, kita tidak meneruskan cara rundingan terus untuk elak kecelaruan dan salah guna,” kata Anwar.

Pada majlis itu Anwar turut menzahirkan keyakinannya bahawa Kerajaan Perpaduan adalah stabil, walaupun terdapat pelbagai desas-desus yang berlegar ketika ini.

“Oleh kerana stabil ini, kita nak gunakan sepenuhnya untuk laksanakan program untuk mengangkat martabat negara kita,” katanya. 8/1/2024