Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Mohd Kurniawan Naim Moktar serta Mohd Ismail Ayob atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, semalam. Beliau juga mendoakan agar legasi khidmat dan kepemimpinan Allahyarham Bung Moktar Radin terus dipelihara sebaiknya dengan kemenangan tersebut. “Saya merakamkan ucapan tahniah […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Jemaah Menteri bersetuju secara dasar untuk menarik balik Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUUPSB) bagi tujuan penambahbaikan sebelum dibentangkan semula di Parlimen. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat selepas Kabinet meneliti keperluan menggubal rangka undang-undang yang lebih menyeluruh, adil dan berkesan. Beliau yang juga jurucakap kerajaan MADANI memaklumkan, penambahbaikan itu penting bagi […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menarik semula sekatan akses sementara ke atas penggunaan aplikasi Grok di platform X berkuat kuasa hari ini. MCMC menerusi kenyataan memaklumkan, ia susulan pengesahan pelaksanaan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan tambahan pihak platform berkenaan. “Pada 21 Januari 2026, satu mesyuarat telah diadakan antara Kementerian Komunikasi, MCMC serta wakil platform […]
Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia–Indonesia (ISWAMI) menggesa media di kedua-dua negara melaporkan isu penyelesaian sempadan darat bagi sektor Sabah-Kalimantan Utara (KALTARA) secara tepat, berimbang dan beretika. Presiden ISWAMI Malaysia, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dalam kenyataan memaklumkan, rundingan penandaan dan pengukuran sempadan di kawasan Masalah Sempadan Tertangguh (OBP) melibatkan Sabah dan Kalimantan Utara telah dilaksanakan secara harmoni, […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan ketua editor dan pengarang dalam talian akhbar berbahasa cina, berhubung satu kandungan terbitan media itu yang dipercayai melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. MCMC dalam kenyataan memaklumkan, siasatan dijalankan, susulan laporan yang diterima terhadap kandungan berkenaan yang disiarkan melalui akaun rasmi di platform media […]
Pelik tapi benar… tahukah anda anugerah Malaysia Car of the Year (MCOTY) 2025 dimenangi oleh MPV mewah elektrik Zeekr 009 Ultra Luxury sekaligus mencerminkan peralihan jelas industri automotif negara ke arah kenderaan elektrik. Anugerah MCOTY dimenangi oleh Zeekr 009 Ultra Luxury, yang menonjol menerusi teknologi rangkaian kuasa elektrik canggih, tahap keselamatan tinggi, serta ciri kemewahan […]
Kementerian Komunikasi memberi tumpuan kepada tiga fokus utama pada tahun ini, iaitu pengukuhan infrastruktur digital, pembangunan industri kreatif serta pemantapan maklumat dan komunikasi kerajaan. Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil, berkata ketiga-tiga fokus tersebut merupakan amanat utama kementerian bagi memastikan segala dasar, usaha dan pencapaian kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta difahami dan dirasai oleh rakyat. Beliau […]
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk pembangkang sebelum Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) diratifikasi secara muktamad. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata langkah itu penting bagi menangani kebimbangan, khususnya berkaitan isu kedaulatan negara. “Perkara ini perlu dibincangkan secara terbuka dan kolektif termasuk pada peringkat Parlimen untuk memastikan […]
Platform media sosial X hari ini mengesahkan ciri penyuntingan imej dan penjanaan video melalui chatbot kecerdasan buatan (AI) Grok melibatkan kandungan memudaratkan berunsur lucah, seksual dan sumbang telah dikawal selia dan tidak lagi boleh disalahgunakan. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata pengesahan itu disampaikan kepada beliau oleh wakil platform X bagi rantau Asia Pasifik dalam […]
Sembilan individu termasuk seorang anggota pengurusan tertinggi yang bergelar Tan Sri hadir dirakam percakapan pada Selasa berhubung dakwaan skim pengubahan wang haram membabitkan syarikat IJM Corporation Bhd mencecah RM2.5 bilion. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua individu terbabit hadir ke pejabat suruhanjaya itu pukul 10 pagi Selasa. “Kita […]










