Category Archives: TAHUKAH ANDA

Kepakaran Fadlun perkukuh pelaksanaan pembangunan KL mampan

Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kepakaran dimiliki Datuk Bandar Kuala Lumpur (KL) baharu, Datuk Fadlun Mak Ujud mampu memperkukuh pelaksanaan pembangunan bandar yang lebih mampan. Perdana Menteri berkata, pengalaman bekas Presiden Perbadanan Putrajaya itu akan dapat memastikan KL terus melangkah sebagai ibu kota antarabangsa yang berdaya saing, berdaya huni dan selaras dengan nilai-nilai MADANI. Jelasnya, […]

LRT3 dijangka mula beroperasi 31 Dis

Satu lagi berita baik untuk penduduk Lembah Klang selepas kerajaan mengumumkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekitarnya dijangka mula beroperasi pada 31 Dis ini. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata projek itu kini dalam fasa akhir ujian dan pentauliahan untuk menjamin keandalan dan keselamatan pengangkutan berkenaan. “Kementerian bersama […]

Punca air Sungai Perak berubah warna biru di Gerik masih disiasat

Punca sebenar air Sungai Perak berhampiran Kampung Sungai Papan, Gerik yang bertukar warna biru masih belum dapat dikenal pasti. Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Teh Kok Lim berkata, siasatan yang dijalankan setakat ini masih belum menemukan bukti jelas mengenai sumber pencemaran tersebut. “Untuk air sungai menjadi biru itu, siasatan masih dijalankan. Jadi buat […]

KPKT nafi hidang minuman alkohol pada majlis rasmi

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial kononnya majlis kementerian itu menghidangkan minuman beralkohol menggunakan gelas berkaki pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Menteri pada 8 November lalu. Menurut KPKT, minuman “Cucumber Apple Slider” yang disajikan kepada tetamu adalah minuman ringan berkarbonat dan tidak mengandungi sebarang unsur alkohol. “Penyediaan minuman dalam […]

Polis tangkap warga asing liwat kucing di Shah Alam

Polis menahan seorang lelaki warganegara Nepal berusia 33 tahun yang meliwat seekor kucing sebelum mencampaknya dari aras empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, Shah Alam. Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan Ramsay Embol berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 12.30 tengah malam semalam. Ramsay berkata, seorang pengadu bersama suaminya yang […]

Anwar berang isu kartel dadah terkait ahli politik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berang dengan isu kartel dadah yang masih tidak berkesudahan sejak 20 tahun lalu sehingga kini. Begitupun, katanya, beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai kartel besar yang membawa dadah menerusi kontena selepas menjadi Perdana Menteri dan menunggu selama setahun. Anwar berkata, beliau sendiri telah mengambil tindakan untuk membangkitkan persoalan berkenaan […]

Tengku Zafrul jelaskan sebab sebenar pilih PKR dan ulangi pandangan UMNO Selangor perlu buat banyak penambahbaikan…

Ramai yang bertanya kenapa Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz memilih sertai PKR sedangkan UMNO yang asalnya bagi tempat dan lonjak namanya dalam arina politik. Beliau bukan sahaja dapat tempat sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Ketua UMNO Bahagian,Senator dan dapat jawatan Menteri. Sebenarnya ada pemerhati politik yang sudah mencium petanda beliau ‘tidak selesa’ duduk dalam UMNO bila […]

MCMC kunjung 359 premis, tingkat kesedaran kelulusan peranti komunikasi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan lawatan ke 359 premis peranti komunikasi di seluruh negara bagi memberi penerangan kepada pemilik serta petugas kedai mengenai keperluan pemerakuan dan label MCMC pada setiap peranti. Menurut MCMC, ia membantu mereka memahami langkah yang diambil bertujuan untuk memastikan peranti adalah selamat, asli, mematuhi standard serta serasi dengan rangkaian […]

Fahmi garis tiga agenda utama sasar profesional PR dan komunikasi

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, hari ini menggariskan tiga agenda utama kepada komuniti perhubungan awam dan komunikasi, iaitu meningkatkan standard profesional, mengamalkan ketelusan serta mengangkat imej Malaysia di peringkat global. Berucap pada majlis perasmian Persidangan dan Festival Perhubungan Awam Global (GPRCF) Malaysia 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, beliau berkata seruan pertama adalah untuk […]

55 rakyat Malaysia ditahan kerana jadi ‘keldai dadah’… di Indonesia paling ramai

Tahukah anda… sebanyak 55 warganegara Malaysia ditahan di luar negara sejak Januari hingga September lepas kerana disyaki terlibat sebagai “keldai dadah”. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata 50 daripadanya ialah lelaki manakala bakinya wanita. “Mereka ditahan di 16 negara iaitu 10 individu di Indonesia; Singapura (sembilan); Kemboja dan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.