Category Archives: TAHUKAH ANDA

Imam Besar Al-Azhar berduka atas pemergian Paus Francis

Imam Besar Al-Azhar Dr Ahmed Al-Tayeb telah melahirkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian Paus Francis, ketua Gereja Roman Katolik, yang disifatkannya sebagai “tokoh kemanusiaan terbilang dan sahabat yang dikasihi”, lapor Agensi Berita Emirates (WAM). Dalam satu kenyataan, Dr Ahmed Al-Tayeb memuji Paus atas dedikasinya yang tidak berbelah bahagi kepada kemanusiaan, menggambarkannya sebagai seorang tokoh […]

Isu mengundi lebih penting dari haji dan umrah… Menteri Agama kata tunggu kenyataan mufti

Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai umat Islam mengutamakan kemenangan politik daripada pergi menunaikan haji dan umrah menimbulkan kontroversi di dalam masyarakat. Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta orang ramai tidak terburu-buru mengeluarkan pandangan berkaitan hukum menunaikan ibadah haji semasa musim pilihan […]

Awas mesej palsu STR..anda klik, anda hilang akses aplikasi WhatsApp- Fahmi

ORANG ramai diingatkan agar tidak mudah terperdaya dengan mesej palsu berkaitan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata mesej mengandungi pautan tidak sahih itu berpotensi digunakan oleh pengendali pelaburan dalam talian yang tidak wujud atau scammer untuk mencuri akses ke aplikasi WhatsApp milik pengguna. “Hati-hati dengan […]

Johari Ghani nak ‘cerita semua’ pasal isu Kampong Sungai Baru

Harinya belum ditetapkan lagi tetapi yang pasti minggu depan. Kalau kita rajin ikuti kontroversi isu projek pembangunan yang cetuskan keresahan orang Melayu di Kampong Sungai Baru,Kampong Baru,Kuala Lumpur macam macam cerita berlegar. Nampaknya Ahli Parlimen Titiwangsa (dimana Kampong Sungai Baru terletak dalamnya) Datuk Seri Johari Abdul Ghani berhajat untuk ‘cerita semua’ agar isu ini difahami […]

Anwar jemput kapten industri Thailand melabur di Malaysia

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin industri Thailand sempena lawatannya ke negara tersebut pada Khamis. Sebelum itu, Anwar mengetuai delegasi Malaysia dalam mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra di Government House. Anggota delegasi beliau termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri […]

Sin Chew Daily gantung tugas Ketua Pengarang dan Timbalan Ketua Subeditor

Seperti yang diduga petugas akhbar Sin Chew Daily yang dikaitkan dengan kesilapan mencetak ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap dikenakan tindakan. Satu kenyataan akhbar berkenaan pada Khamis memberitahu Ketua Pengarang Chan Aun Kuang dan Timbalan Ketua Subeditor akhbar berkenaan digantung tugas. Katanya “pihak pengurusan Sin Chew Daily mengumumkan bahawa keputusan ini berkuat kuasa serta-merta dan […]

NGO kesal kesilapan Sin Chew, permohonan maaf sahaja tidak cukup…

Berbagai pihak menyatakan kekecewaan dan kesal dengan kesilapan akhbar berbahasa Cina terbesar di Malaysia Sin Chew Daily yang menerbitkan gambar muka depan bendera Jalur Gemilang yang salah. Antaranya adalah NGO Gerakan Media Merdeka (GERAMM) yang menjelaskan organisasi media memikul tanggungjawab besar dalam memelihara kepercayaan awam dan menghormati simbol negara. Walaupun kesilapan boleh berlaku, tambahnya, ia […]

Siar foto Jalur Gemilang tak lengkap: Kwong Wah Yit Poh pula disiasat MCMC

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanggil akhbar Kwong Wah Yit Poh susulan penyiaran gambar Jalur Gemilang yang tidak lengkap di akaun Facebook rasminya, hari ini. MCMC melalui kenyataan Rabu malam memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kerana kandungan terbabit dimuat naik secara dalam talian. “MCMC memandang serius […]

Kerajaan bakal terbitkan dokumentari khas pencapaian dan legasi Tun Abdullah

Beberapa agensi kerajaan akan berkerjasama untuk menerbitkan dokumentari khas mengenai Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi menunjukkan profil pencapaian semasa menjadi perdana menteri serta mengenang jasa dan legasi Allahyarham. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata bagi tujuan itu, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bersama-sama Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), akan menyediakan bahan […]

Tun Abdullah selamat disemadikan ikut Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan

SUASANA pilu menyelubungi Istiadat Pengebumian Negara bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini di Makam Pahlawan di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada kira-kira 2.30 petang. Cuaca redup berlatarkan kibaran Jalur Gemilang separuh tiang di sekitar bangunan berhampiran Masjid Negara hari ini mengiringi perjalanan terakhir Tun Abdullah, yang disahkan meninggal dunia di Institut Jantung […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.