Inisiatif sekolah bertingkat dengan kerjasama sektor korporat akan diperkenal bagi membantu menangani masalah kepadatan sekolah di kawasan bandar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata inisiatif ini bukan sahaja dapat mengoptimumkan penggunaan sumber dan infrastruktur pendidikan tetapi juga memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif untuk murid serta guru. “Inisiatif seperti sekolah angkat […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Diskaun tol 50 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut umat Islam tidak lama lagi, dijangka diumumkan dalam masa terdekat. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, bagaimanapun beliau tidak mendedahkan secara terperinci berkenaan pengumuman tersebut. “Memang kita akan ada, sebab kita dah buat untuk Tahun Baharu Cina. Takkan […]
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan, setiap langkah yang diambil berkaitan pembinaan rumah ibadat di tanah milik syarikat swasta adalah selaras dengan prinsip kebebasan beragama seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif berkata, DBKL telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan penyelesaian terbaik dapat dicapai tanpa […]
Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu tidak membincangkan mengenai Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, bagaimanapun berkata, masih ada masa sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan berhubung perkara terbabit. “Masih ada masa tapi (isu BKK Aidilfitri) tak dibincangkan hari ini, kita belum nak beraya lagi,” katanya pada sidang media […]
“Apa gunanya kita bicara soal Islam serta keindahannya, terutama di bulan Ramadan, sekiranya ia tidak membina kekuatan dalaman dan menjauhkan kita dari sikap yang bengis dan mengancam keamanan dan kerukunan. Itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam insiden baru-baru ini yang menyaksikan seorang bukan Muslim ditampar kerana makan di khalayak ramai pada siang […]
Tindak tanduk kejam rejim zionis Israel lakukan serangan udara di Beit Lahiya, utara Gaza,Sabtu lalu telah mengorbankan lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Pada Selasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia juga mengeluarkan bantahan keras secara rasmi susulan kezaliman yang berterusan dilakukan Israel di bumi Palestin. “Kita mengutuk keras pembunuhan […]
Ini lain macam…seramai lebih 17,500 pencalonan diterima untuk bertanding pelbagai jawatan di 222 bahagian dan peringkat pusat parti PKR. PKR dijadual mengadakan pemilihan peringkat bahagian dari 11 hingga 20 April manakala bagi pusat pada 24 Mei. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).Dr Zaliha Mustafa kata penyertaan luar biasa pemilihan kali ini mencerminkan komitmen tinggi ahli parti […]
Maklumat separuh masak di media sosial kononnya ada pengganas serang sekolah menyebabkan ramai tersentak di pagi Isnin ini… siap ada video lagi lelaki bersenjata di koridor bangunan sekolah. Siasat punya siasat rupa-rupanya letupan dan serangan oleh sekumpulan individu bersenjata di Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh disahkan sebahagian daripada latihan pengurusan dan pengendalian krisis keganasan […]
Menteri Digital Gobind Singh Deo yang dapat undi terbanyak dalam pemilihan 30 angggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah dilantik sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan ganti kedudukan Lim Guan Eng. Guan Eng yang dapat nombor 26 sebaliknya dilantik sebagai penasihat parti. Jawatan itu dikatakan tidak ada impak politik. Anthony Loke yang dapat nombor lima telah dipilih […]
Pelaburan kerajaan sebanyak RM1.1 bilion dalam Sapura Energy Bhd (SEB) disifatkan memberi harapan yang amat penting bagi vendor-vendor yang bergelut dengan masalah aliran tunai serius disebabkan bayaran tertunggak berjumlah lebih RM10 juta. Ketua Pegawai Operasi Keyfield International Bhd, Mohd Erwan Ahmad berkata hutang tertunggak itu telah menyebabkan masalah aliran tunai yang teruk bagi syarikat, terutamanya […]










