Category Archives: TAHUKAH ANDA

Op Pedo… Penyedia platform perlu lebih proaktif sekat pornografi kanak-kanak

Pornografi kanak-kanak memang tidak ada maaf… apatah lagi di era semua digital ini, bahan pornografi termasuk melibatkan kanak-kanak di media sosial boleh diekses dengan mudah. Tindakan polis bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Isnin melakukan serbuan menyeluruh di belasan lokasi seluruh negara mendapat pujian Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Kerajaan MADANI akan terus menyokong […]

Dividen ASB kali ini paling tinggi dalam 5 tahun…

Seramai 11.1 juta pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) di seluruh negara tentu gembira mendapat khabar ini. Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran agihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. Pada tahun lalu, agihan pendapatan dana ASB untuk tahun lalu adalah sebanyak […]

Tinjauan Merdeka Center dapati rating PM naik 4 peratus…

Tinjauan terbaru Merdeka Center keatas 1,207 responden berbilang kaum dapati rating penerimaan terhadap pentabiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meningkat 4 peratus. Menurut badan bebas berkenaan ini bermakna rating pentabiran yang berusia dua tahun itu naik jadi 54 peratus berbanding 50 peratus pada tahun lalu. Menerusi tinjauan yang dijalankan antara 27 November hingga […]

KDN kumpul 55,000 Al-Quran rosak akibat banjir…

Tahukah anda… naskah Al-Quran yang rosak akibat banjir perlu dilupuskan mengikut syarak? Sehingga kini 55,000 naskhah telah dikumpulkan dengan hampir separuh daripadanya di negeri ini khususnya di daerah Tumpat, Pasir Mas dan Bachok yang mempunyai lima pusat pengumpulan. Menurut Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Nik Yusaimi Yussof, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira […]

Ditanya lagi pasal pembebasan Rosmah…ini jawapan Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengunakan istilah dicemari “racun dan permusuhan ” ketika menyifatkan beberapa pendakwaan berprofil tinggi semasa 2018 dilakukan secara “tergesa-gesa”. Ini berbangkit semasa beliau diminta ulas kritikan terhadap pembebasan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri […]

Khabar gembira…PM umum pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara diteruskan

Kalangan pesara mendapat khabar gembira dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu. Beliau umum pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi mana-mana pesara dan penerima pencen terbitan akan diteruskan. Katanya ketetapan itu dibuat melalui keputusan Jemaah Menteri pada Jumaat, semalam. Anwar menjelaskan langkah itu adalah inisiatif Kerajaan MADANI selaras dengan konsep Ihsan bagi […]

Kerajaan tidak campur tangan keputusan mahkamah bebas Rosmah

Kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Khamis lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua pihak perlu menghormati keputusan institusi kehakiman negara ini dengan tidak menjadikannya […]

Kerajaan sambung pencarian MH370…

Kabinet bersetuju menerima cadangan Ocean Infinity yang berpangkalan di United Kingdom untuk melaksanakan misi baharu pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 10 tahun lalu. Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata pencarian dasar laut bangkai pesawat itu akan dilakukan di kawasan baharu berkeluasan 15,000 kilometer persegi di Lautan Hindi. Menurutnya, kerajaan hanya akan membayar kepada […]

Mulai 1 Januari… kanak-kanak tak boleh miliki akaun media sosial

13 tahun… itu usia yang ditetapkan sendiri oleh pengendali media sosial di Malaysia untuk layak mendaftar dan memiliki akaun media sosial secara sah. Manakala kerajaan akan mempertimbangkan langkah susulan jika pengendali platform media sosial di negara ini tidak serius menghalang kanak-kanak bawah 13 tahun daripada memiliki dan menggunakan akaun media sosial. Ia berikutan keperluan pengendali […]

Gaji baharu ikut SSPA… Penjawat awam jadi ‘OKB’ hari ini

Kira-kira 1.6 juta kakitangan awam menerima gaji baharu hari ini di bawah pelaksanaan sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos lalu. Berdasarkan pelarasan gaji baharu itu, kumpulan pelaksana, pengurusan dan profesional menerima kenaikan sebanyak 15 peratus, manakala tujuh peratus bagi pegawai kumpulan pengurusan tertinggi. Bagi mereka yang […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.