Category Archives: TAHUKAH ANDA

Langkah MCMC sebar pengetahuan dunia digital pada komuniti Orang Asli

Dalam usaha untuk memastikan segenap lapisan rakyat mendapat manafaat dari dunia digital…Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak lupakan komuniti orang asli. Untuk tujuan berkenaan MCMC melaksanakan satu kempen advokasi di Sungai Tonggang, Perak dalam usaha memperkasa komuniti Orang Asli terhadap keselamatan dalam talian. Satu kenyataan MCMC memberitahu Kampung Sungai Tonggang telah dipilih sebagai lokasi […]

Malaysia putuskan terus atau tidak HSR paling lewat Jan 2025

Malaysia akan membuat keputusan sama ada menghidupkan semula atau tidak projek Kereta Api Kelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura menjelang akhir 2024 atau awal Januari 2025. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, bagaimanapun berkata kertas dasar mengenai projek itu, yang bertujuan mengurangkan masa perjalanan antara kededua bandar itu kepada 90 minit, tidak akan menentukan sama ada projek tersebut […]

PM akui situasi keselamatan siber semakin kompleks

Semakin maju negara dan semakin semuanya ‘online’ menyebabkan cabaran baru kepada keselamatan siber negara yang semakin kompleks. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata situasi tersebut mendorong kerajaan memperkenalkan peraturan baharu dan menggubal rang undang-undang (RUU) keselamatan siber bagi mengawal isu yang semakin mencabar. Menurut Anwar, Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) menyokong usaha Agensi Keselamatan […]

Lebih 52 peratus pengguna nikmati akses 5G – Fahmi

Malaysia mencatatkan perkembangan yang amat positif dalam pelaksanaan teknologi 5G dengan lebih 52 peratus pengguna kini menikmati akses kepada rangkaian itu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau berkata ia peningkatan signifikan berbanding dengan angka tahun lepas, yang mencerminkan usaha berterusan daripada pelbagai pihak untuk memperkukuh infrastruktur digital negara. Dilaporkan pada Oktober 2023, penerimagunaan 5G berada […]

Musa Aman dilantik TYT Sabah

Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari 2025. Beliau menggantikan Tun Juhar Mahiruddin sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah. Tun Juhar akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember ini selepas memegang jawatan berkenaan sejak 2011, menjadikannya TYT paling lama berkhidmat […]

Anwar umum bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dilantik penasihat peribadinya…

Thaksin Shinawatra adalah satu nama yang tidak asing di Thailand. Beliau merupakan Perdana Menteri Thailand ke-23 antara tahun 2001 hingga 2006. Sebelum itu Thaksin dikenali sebagai ahli perniagan dan tokoh koprat yang berjaya di negara itu. Sempena lawatan anaknya Paetongtarn Shinawatra yang kini Perdana Menteri Thailand salah satu khabar menarik ialah pengumuman perlantikan Thaksin sebagai […]

Fahmi harap kes fitnah YDP Agong dan PM makan restoran tak halal di JB jadi pengajaran…MCMC sedang siasat beberapa kes lain

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berharap kes seorang individu yang telah memohon maaf setelah memfitnah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menjadi satu pengajaran. Dalam kes berkenaan individu itu mendakwa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri menikmati santapan tengah hari di sebuah restoran tidak halal di Johor Bharu […]

UMNO ‘pandang serius’ kenyataan Anwar sahkan ada perbincangan awal Tengku Zafrul masuk PKR…tak benar ahli ‘lompat parti’

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada petang Ahad dengan segera mengeluarkan satu kenyataan mengenai pendirian parti itu berhubung pengesahan Presiden PKR Datuk Sri Anwar Ibrahimbahawa ada perbincangan awal dengan Tengku Datuk Sri Zafrul Aziz untuk sertai PKR. Kenyataan empat perenggan itu tegaskan UMNO ‘ pandangan serius’ hal berkenaan. Berikut ialah kenyataan itu […]

Isu Zafrul : Kenapa MB Selangor perlu keluar kenyataan ?

Ini pun dikira langkah yang agak mengejutkan. Kenapa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari perlu mengeluarkan satu kenyataan yang ada kaitan dengan spekulasi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz akan keluar UMNO untuk menyertai PKR. Dah itu pula ia berkait kedudukannya sebagai Menteri Besar. Kalangan pemerhati politik setakat tidak nampak isu Zafrul […]

SAPP keluar dari Perikatan Nasional

Perikatan Nasional (PN) kini hanya mempunyai empat parti politik bernaung bawah gabungan berkenaan iaitu PAS, Bersatu, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP). Ini ekoran pengumuman Parti Maju Sabah (SAPP) pada Sabtu keluar dari PN. Presidennya, Datuk Seri Yong Teck Lee memberitahu keputusan itu dibuat pada 23 November lalu dalam mesyuarat tertinggi SAPP dan ia […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.