Category Archives: SUARA PEMBACA

Masalah teknikal libat panggilan kecemasan NG999 selesai

Masalah teknikal membabitkan sistem Next Generation Emergency Services 999 (NG999) disahkan selesai sepenuhnya, selepas sesi perbincangan melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Telekom Malaysia Berhad (TM). Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata pertemuan yang diadakan bersama Menteri Kesihatan di ibu pejabat TM baru-baru ini berjaya menyelesaikan isu pelaksanaan sistem tersebut. “Beberapa isu telah diuruskan […]

Dewan Negara diberitahu Kempen Internet Selamat libat 8,585 sekolah

Program Kempen Internet Selamat yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dilaksanakan di 8,585 sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) melibatkan 394,477 pelajar pada tahun ini. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, seramai 288,852 peserta turut menyertai 472 program yang dianjurkan untuk masyarakat umum di seluruh negara sebagai sebahagian usaha dalam […]

369,005 pelajar sertai Kempen Internet Selamat anjuran MCMC

Seramai 369,005 orang pelajar telah menyertai Kempen Internet Selamat (KIS) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) setakat 30 November lalu. MCMC dalam kenyataannya berkata, secara keseluruhannya sebanyak 8,462 sekolah di seluruh negara telah terlibat dalam kempen tersebut. “Melalui pelaksanaan ini, mesej keselamatan KIS berjaya menjangkau lebih 80 peratus sekolah di seluruh negara merangkumi sekolah rendah, […]

Pindaan Akta FINAS mantapkan kawal selia, kebajikan kru industri

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2025, sekali gus membuka lembaran baharu dalam usaha kerajaan memperkukuh tadbir urus, kawal selia dan kesejahteraan warga industri perfileman negara. Menurut kenyataan rasmi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), RUU yang dibentangkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil itu, menjadi langkah penting memastikan FINAS […]

MCMC kesan 957 kes kandungan jelik kanak-kanak sejak 2024

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengesan sebanyak 957 kes kandungan jelik kanak-kanak di media sosial dalam tempoh 1 Jan 2024 hingga 30 Nov 2025. Daripada jumlah itu, 899 kandungan berjaya diturunkan oleh platform media sosial, mencatatkan kadar pematuhan 94 peratus, dengan platform paling responsif ialah Tumblr, TikTok, dan Facebook. Dalam usaha mengutamakan keselamatan […]

UNITEN lancar Dana Warisan perkukuh kewangan universiti

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) melalui Yayasan Canselor Universiti Tenaga Nasional (YCU) mencatat pencapaian cemerlang apabila kutipan dana mencecah RM360 juta sejak penubuhannya pada tahun 2009 sehingga November 2025. Naib Canselor UNITEN, Prof. Dr Khairul Salleh Mohamed Sahari berkata, kejayaan kutipan itu hasil sokongan konsisten syarikat korporat, rakan industri dan individu yang komited memperkasakan agenda pendidikan […]

Media berperanan penting jayakan Kempen Internet Selamat

Media memainkan peranan penting dalam membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggerakkan Kempen Internet Selamat. Pengarah Penerangan Pulau Pinang Hazmiza Hussin berkata, bagi membantu menjayakan kempen tersebut, semua agensi media di negeri itu diberi penerangan, antaranya mengenai cara menangani kesan buruk yang berpunca daripada ledakan informasi tidak sahih. Buat permulaan, satu sesi dialog diadakan […]

Lebih 900 ribu peminjam STR selesai bayar pinjaman PTPTN

Sebanyak RM13.89 bilion melibatkan seramai 911,788 peminjam daripada keluarga penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berjaya melangsaikan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Manakala, bagi keluarga bukan penerima STR dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM8 ribu iaitu seramai 58,921 peminjam telah menjelaskan pinjaman dengan jumlah RM703.45 juta. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk […]

Malaysia teroka potensi tenaga nuklear untuk jana sumber tenaga jangka panjang negara

Dalam menghadapi situasi keperluan tenaga yang semakin mendesak bagi menyokong pertumbuhan ekonomi digital, pusat data dan peralihan industri hijau, Malaysia kini berada di persimpangan penting dalam menentukan hala tuju masa depan sumber tenaganya. Melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof dilihat mengambil pendekatan strategik yang lebih seimbang […]

Kerajaan usaha selamat rakyat Malaysia terkandas di Hat-Yai

Usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Hat-Yai, Thailand susulan banjir terus dipergiat. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, setakat pagi ini, Konsul Jeneral Malaysia melaporkan sebanyak 177 rakyat Malaysia berjaya diselamatkan. Mereka yang diselamatkan termasuk sekumpulan pensyarah dan penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terperangkap di kawasan Old Hatyai City, iaitu […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.