Category Archives: KEMBARA

Rakyat Malaysia dilarang kunjungi kawasan sempadan Thailand-Kemboja

Wisma Putra mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat Malaysia yang berada di Thailand dan Kemboja susulan peningkatan ketegangan di kawasan sempadan kedua-dua negara berkenaan. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin terutama di kawasan dikenal pasti berisiko. Bagaimanapun, beliau memberi jaminan ahli keluarga atlet […]

Malaysia fokus mantapkan sektor pelancongan perubatan

Tourism Malaysia dan Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) untuk memperkukuh sektor pelancongan perubatan global menerusi pemeteraian sebagai persediaan strategik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy berkata, kerjasama itu mencerminkan komitmen kedua-dua agensi untuk mengangkat Malaysia sebagai destinasi utama yang menggabungkan pengalaman pelancongan dengan perkhidmatan […]

Rancakkan MADANI di Putrajaya lebih meriah daripada jangkaan – KSN

Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku yang berakhir pada Ahad menerima sambutan luar biasa dengan kehadiran hampir 400,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya, melebihi sasaran awal 300,000 orang. Program berskala nasional anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) itu menampilkan lebih 300 perkhidmatan sentuhan rakyat, karnival kerjaya, pameran interaktif, hiburan keluarga serta pelbagai […]

RTS Link kurangkan kesesakan Tambak Johor, siap tahun depan – PM Anwar

Lebih 100,000 ribu pekerja yang berulang alik secara harian antara Malaysia dan Singapura boleh menarik nafas lega selepas Projek Sistem Transit Aliran Johor Bahru-Singapura (RTS Link) siap menjelang Disember tahun depan. RTS Link bakal mengurangkan kesesakan di Tambak Johor secara signifikan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyelesaian masalah kesesakan di pintu sempadan Johor–Singapura […]

Tengku Permaisuri Selangor serikan Selangor Halalvibe Fest 2025

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, berkenan mencemar duli Selangor Halalvibe Fest 2025 untuk menyampaikan hadiah Pertandingan Meowdel Si Comel dan melawat pelbagai gerai jualan sepanjang festival empat hari itu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Halal International Selangor (HIS), Muhammad Khushairi Mat Lasar, festival ini menarik lebih 22,000 pengunjung dengan catatan penjualan mencecah 60 peratus. “Setakat […]

Malaysia raih dua anugerah utama pelancongan Asia

Malaysia terus mengukuhkan reputasinya sebagai destinasi pelancongan utama Asia selepas meraih dua pengiktirafan besar pada Top Asia Corporate Ball 2025. Pada acara itu, Malaysia menerima anugerah “Asia’s Ultimate Shopping Paradise” dan “Asia’s Street-Food Capital”. Pengiktirafan tersebut disampaikan kepada Tourism Malaysia yang diwakili Ketua Pengarah, Datuk Manoharan Periasamy. Manoharan berkata, anugerah itu hadir tepat pada masanya […]

KL tersenarai dalam 50 bandar terbaik dunia

Kuala Lumpur disenaraikan di kedudukan ke-50 Bandar Terbaik Dunia 2026, dalam laporan baharu oleh Resonance Consultancy, yang menonjolkan kekuatan ekonomi dan kemunculan mercu tanda serta pengembangan hab perniagaan. Laporan itu menampilkan 270 bandar di seluruh dunia yang dinilai menerusi 34 indikator utama. Kedudukan ke-50 itu didorong pencapaiannya dalam Top 5 Labour Force Participation, pengembangan hab […]

Tiada pelancong Malaysia terlibat dalam letupan gunung berapi di Indonesia

Tidak dinafikan gunung berapi yang tiba-tiba meletup di Indonesia baru-baru ini, Gunung Semeru merupakan destginasi pilihan rakyat Malaysia terutama yang minat ‘hiking’. Bagaimanapun Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan bahawa tiada warganegara Malaysia dilaporkan terjejas susulan letusan tersebut yang berlaku pada Rabu lepas di wilayah Lumajang, Jawa Timur. Menurut kenyataan Kedutaan Malaysia, pihaknya terus memantau […]

Banjir: Konsulat Malaysia di Songkhla saran rakyat Malaysia tangguh perjalanan

SONGKHLA – Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pada Sabtu menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke wilayah selatan Thailand susulan bencana banjir yang melanda kawasan itu. Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi dalam satu kenyataan berkata, kebanyakan wilayah di selatan Thailand kini dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan. “Pihak Konsulat Jeneral Malaysia […]

Pasangan panda gergasi Chen Xing, Xiao Yue selamat tiba di Malaysia

Pasangan panda gergasi baharu, Chen Xing (jantan) dan Xiao Yue (betina), selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 malam pada Selasa. Ketibaan pasangan panda tersebut menjadi simbol persahabatan erat dan hubungan diplomatik yang terus kukuh antara Malaysia dengan China. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) memaklumkan, kedatangan panda […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.