Category Archives: YANG VIRAL

DBKL diarah perkemas SOP, tutup ruang jenayah rasuah

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan memperbaiki kelemahan dalam prosedur operasi standard (SOP) yang dikenal pasti berpotensi membuka ruang kepada berlakunya jenayah rasuah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, kelemahan tersebut dikesan hasil semakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa SOP DBKL, yang mendapati terdapat aspek tertentu perlu diperbetulkan dengan […]

SPRM cadang kuasa Datuk Bandar Kuala Lumpur dihadkan

Buat julung kali, kuasa eksekutif Datuk Bandar Kuala Lumpur akan dihadkan sebagai sebahagian usaha penambahbaikan tadbir urus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Selain itu, prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi pengurusan tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri turut diperketatkan bagi meningkatkan tahap ketelusan serta integriti. Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman, sebanyak […]

Kerajaan MADANI peruntuk RM2 juta perkasa seni bela diri negara

Kerajaan MADANI mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi memperkasa pembangunan seni mempertahankan diri negara, khususnya silat, sebagai warisan bangsa yang strategik dalam membentuk jati diri anak muda dan menyokong aspirasi sukan negara ke peringkat antarabangsa. Peruntukan berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan akan disalurkan kepada Pertubuhan Lima Generasi Malaysia sebagai badan pelaksana […]

PM arah ambil tindakan tegas terhadap warga asing langgar syarat pas sosial

Tindakan tegas terhadap warga asing yang melanggar syarat pas sosial perlu dilaksanakan secara berterusan, bagi membendung penyalahgunaannya untuk tujuan bekerja. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneruskan operasi penguatkuasaan terhadap pelancong asing yang bekerja secara tidak sah di Malaysia. “Perdana Menteri telah meminta supaya […]

Integriti teras kepercayaan rakyat terhadap ATM

Kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara tidak boleh dibina dengan slogan semata-mata, sebaliknya mesti diperkukuh melalui profesionalisme, akauntabiliti dan integriti yang tegas serta konsisten dalam setiap lapisan pentadbiran dan operasi, demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menerusi hantaran Facebook, menegaskan perkara itu ketika menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat yang baharu, Jeneral […]

MCMC terbit laporan siasatan awam berkaitan pendaftaran sim prabayar

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerbitkan Laporan Siasatan Awam berhubung cadangan Standard Mandatori Pendaftaran Pengguna Perkhidmatan Selular Awam Prabayar, selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Siasatan awam itu dilaksanakan susulan penerbitan Kertas Siasatan Awam pada 14 Oktober 2025, dengan tempoh rundingan selama 45 hari sehingga 28 November 2025. MCMC menerima 15 penghujahan melibatkan […]

Anwar bimbang ketegangan Amerika – Iran jadi konflik terbuka

Malaysia menggesa dua pihak bertelagah iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Iran mengutamakan pertimbangan keamanan dalam sebarang tindakan mereka. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggesa semua pihak untuk berundur daripada ambang kehancuran dan komited semula kepada usaha diplomasi dengan serius serta segera. “Saya memandang dengan penuh kebimbangan terhadap ketegangan yang semakin meningkat antara AS […]

Kerajaan berjaya kutip dana tambahan RM15.5 bilion… ini sebabnya

Kerajaan berjaya mengutip dana tambahan sebanyak RM15.5 bilion dalam tempoh lebih dua tahun hasil pengukuhan sistem, disiplin penguatkuasaan serta kerjasama antara agensi. Sehubungan itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan sikap serta peningkatan kecekapan perlu dijadikan keutamaan, khususnya dalam pengurusan ekonomi dan tadbir urus. Jelas beliau ini bagi memastikan negara mencatat pertumbuhan yang […]

Malaysia hebat tanpa melupakan warisan Melayu – PM

Kemajuan pesat negara dalam bidang teknologi, digital dan kecerdasan buatan (AI) tidak seharusnya menyebabkan rakyat melupakan sejarah, budaya dannilai yang menjadi asas pembentukan negara bangsa. Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan terus memacu Malaysia menjadi sebuah negara yang hebat dan berjaya di rantau Asia tanpa mengabaikan jati diri bangsa Melayu. […]

Terima kasih rakyat Kinabatangan, Lamag – Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag atas mandat yang diberikan kepada calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag. Beliau menerusi hantaran Facebook menyifatkan keputusan itu mencerminkan keyakinan rakyat […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.