Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya insiden gangguan teknikal yang berlaku di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor baru-baru ini tidak berulang di mana-mana pintu masuk negara. Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata arahan berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution […]
Category Archives: YANG VIRAL
Kerajaan akan terus bekerja keras bagi memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada peluang pekerjaan yang lebih baik, pendapatan bermaruah dan masa depan lebih terjamin untuk rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan dalam Facebook memaklumkan, kadar pengangguran negara menurun ke paras terendah dalam tempoh 11 tahun, setakat akhir tahun lepas. “Pasaran buruh di pelbagai […]
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita aset mewah bernilai lebih RM2.2 juta susulan penggeledahan di sebuah kediaman di Pantai Timur dipercayai milik isteri kedua kepada seorang bekas pegawai tertinggi Tentera Darat Malaysia (TDM). Menurut sumber, penggeledahan yang dijalankan pagi tadi itu turut menemukan dua bagasi yang dipercayai digunakan untuk menyimpan barangan mewah berkenaan. “Hasil pemeriksaan […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menzahirkan keprihatinan terhadap kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pertemuan mereka bersempena lawatan rasmi beliau ke negara itu. Anwar berkata, Erdogan bertanyakan perkembangan kesihatan Dr Mahathir yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Selasa lalu selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya. Menurut beliau, […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan Order of the Republic, darjah kebesaran tertinggi Turkiye. Penganugerahan itu sebagai pengiktirafan terhadap peranan beliau dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkiye. Anugerah berkenaan disampaikan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam satu majlis rasmi di Kompleks Presiden, bersempena lawatan rasmi tiga hari Datuk Seri Anwar ke […]
Di depan 200 diaspora Malaysia di Turkiye, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan MADANI dibangunkan berteraskan semangat kebersamaan dan kerjasama erat antara parti komponen tanpa sikap mendabik dada. Menurut beliau kekuatan kerajaan terletak pada kesepakatan jitu dalam melaksanakan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat. Jelasnya, pelaksanaan program kerajaan perlu diperkasakan dengan lebih berkesan […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Turkiye selama tiga hari sehingga Khamis ini. Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah dalam Taklimat Pejabat Perdana Menteri, pada Isnin. Menurut Tunku Nashrul, lawatan rasmi Perdana Menteri itu adalah sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memulakan siasatan terhadap pengguna yang disyaki menyalahgunakan kecerdasan buatan (AI) di platform X. Menerusi satu kenyataan memaklumkan, ia termasuk penggunaan teknologi itu bagi memanipulasi imej wanita dan kanak-kanak bagi menghasilkan kandungan tidak senonoh, jelik melampau atau memudaratkan. “Penghasilan atau penyebaran kandungan sedemikian merupakan suatu kesalahan bawah Seksyen 233 […]
Apakah ONSA atau Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) undang-undang yang mula terlaksana di negara ini sejak 1 Januari 2026? ONSA adalah jawapan kerajaan terhadap masalah baharu yang dihadapi seluruh dunia ketika ini, iaitu ancaman siber khususnya kepada kanak-kanak. Ini merupakan langkah proaktif kerajaan dalam memperkukuh keselamatan digital negara serta melindungi pengguna daripada pelbagai ancaman di […]
Kerajaan MADANI tetap dengan pendirian tegas tidak akan bertolak ansur terhadap amalan rasuah sama ada melibatkan rakan atau lawan politik. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembanterasan rasuah kekal sebagai teras utama pentadbiran kerajaan walaupun masih wujud saki-baki budaya lama yang menjejaskan sistem tadbir urus negara. “Meskipun kerajaan MADANI telah menegaskan bahawa di antara […]










