Category Archives: YANG VIRAL

Malaysia catat pertumbuhan 4.4 peratus, atasi Singapura, Thailand – MOF

Kementerian Kewangan (MOF) berkata prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, lebih baik berbanding beberapa negara ASEAN antaranya Singapura dan Thailand pada suku kedua tahun ini meskipun berhadapan ketidaktentuan geopolitik dan perdagangan global. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia menurut MOF, bagi tempoh tersebut mencatat sebanyak 4.4%, disokong oleh permintaan domestik yang kekal mampan, […]

Trump sah hadiri Sidang Kemuncak ASEAN di KL Oktober ini

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan dijangka menjadi medan diplomasi paling berprofil tinggi tahun ini apabila pemimpin kuasa besar dunia bakal hadir serentak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika pertemuan di Beijing, menyatakan hasrat untuk hadir ke negata ini, sementara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump […]

35 kematian akibat penyakit TB di Kelantan dalam masa tujuh bulan

Sebanyak 35 kematian akibat penyakit Tuberkulosis (TB) dicatatkan di Kelantan sejak Januari hingga Julai tahun ini, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin. Beliau berkata sebanyak 636 kes TB dilaporkan dari Januari hingga Julai tahun ini dengan Kota Bharu kekal di kedudukan pertama iaitu 178 kes, diikuti Pasir Mas (80) dan […]

Anutin sahabat susah dan senang – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Anutin Charnvirakul atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu. Ucapan itu dizahirkan Anwar menerusi satu hantaran di Facebook rasmi beliau lewat petang tadi, yang turut menyentuh hubungan persahabatan jangka panjang antara kedua-dua pemimpin. “Lewat petang tadi saya telah menghubungi Anutin Charnvirakul bagi mengucapkan […]

Rashid Hussain,Khairul Aming dan Angeline Tan terima anugerah sempena Maulidur Rasul 2025

Tan Sri Abdul Rashid Hussain cukup dikenali sebagai seorang tokoh perbankan dan usahawan. Pengasas Kumpulan RHB ini sekarang turut berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji. Sempena Maulidur Rasul tahun ini beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2025. Ini sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam pembinaan beberapa buah masjid. Anugerah disampaikan oleh Yang […]

41 siasatan jenayah ahli politik telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA)

Dewan Negara pada Khamis diberitahu bahawa dari tahun 2020 hingga Julai lalu sebanyak 41 daripada 60 kertas siasatan jenayah membabitkan ahli politik telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA). Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Azalina Othman Said beritahu demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Senator Hussin Ismail yang ingin mengetahui peratusan kes jenayah ahli […]

RM100 SARA bukan penyelesaian tunggal, tambahan kepada STR dan MySARA – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 secara sekali beri kepada individu berumur 18 tahun ke atas, bukanlah penyelesaian tunggal, sebaliknya antara langkah kerajaan untuk membantu rakyat berdepan tekanan kos sara hidup. Anwar berkata, bantuan yang disalurkan pada 31 Ogos lepas, merupakan tambahan kepada program MySARA dan Sumbangan Tunai […]

Johari Ghani dilantik ketuai pasukan khas UMNO teliti penambahbaikan RUU Pembaharuan Semula Bandar

UMNO telah ambil langkah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang telah menjadi isu kontrovesial. Naib Presidennya Johari Abdul Ghani untuk mengetuai pasukan itu yang bertanggungjawab meneliti dan memperhalusi setiap aspek RUU PSB secara terperinci. Ia kemudian akan dibentangkan dalam Konvensyen Melayu Bandar. Konvensyen Melayu Bandar ini bakal melibatkan […]

Hubungan China-Malaysia erat dan berterusan – Xi Jinping

Presiden China, Xi Jinping menyifatkan hubungan rapat antara China dan Malaysia sebagai erat, ibarat air yang sentiasa mengalir. Beliau berkata, hubungan China-Malaysia yang terjalin sejak lebih 50 tahun lalu, menyaksikan kedua-dua negara bekerjasama menuju pemodenan. Jinping juga mengakui kehangatan sambutan rakyat Malaysia ketika lawatan beliau ke Kuala Lumpur meninggalkan kesan mendalam kepadanya. “China dan Malaysia […]

Siti tersanjung dipilih Kementerian Komunikasi nyanyi lagu Hari Kebangsaan

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur dan terharu apabila diberi kepercayaan menyanyikan lagu rasmi Hari Kebangsaan 2025. Menurut Siti, tawaran itu sesuatu yang tidak pernah dijangka sepanjang lebih tiga dekad beliau berada dalam industri seni. “Pada usia 46 tahun dan selepas 30 tahun dalam industri muzik, saya tidak pernah menyangka akan menerima […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.