Category Archives: FOKUS

“Jangan bakar apa-apa…” Amaran polis KL kepada peserta perhimpunan pembangkang Sabtu depan

Orang ramai bercadang menyertai himpunan pembangkang ‘Turun Anwar’ minggu depan perlu berkumpul secara aman dan mengelakkan sebarang bentuk provokasi, gesa Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad. “Nasihat saya, berkumpullah secara aman, jaga kelakuan masing-masing dan elakkan sebarang provokasi atau tindakan yang boleh mencetuskan keadaan tidak diingini. “Kalau boleh, jangan bakar apa-apa,” […]

Menanti pengumuman lantikan hakim…

Tunggu punya tunggu sehingga berita ini ditulis jam 10 malam Rabu…tiada khabar mengenai lantikan hakim muncul dari Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269, yang berlangsung di Istana Negara pada Rabu. Dengar cerita kemungkinan isu yang kini mencuri perhatian ramai akan terjawab esok,Khamis. Asalnya ramai menduga pengumuman mengenainya akan dibuat hari ini (Rabu) setelah Perdana Menteri Datuk Seri […]

PM Anwar cetus tanda tanya apa yang akan diumumkan…

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri tumpuan malam tadi selepas memuat naik satu hantaran misteri yang mengundang pelbagai persoalan di media sosial. Dalam hantaran itu, Anwar sekadar berkongsi poster dengan mesej yang cukup ringkas namun penuh tanda tanya: “Akan Datang, Suatu Penghargaan Luar Biasa Buat Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku.” Tiada penjelasan lanjut diberikan, kecuali […]

Himpunan pertahan kebebasan badan kehakiman : Nurul Izzah pun ada…

Di luar dugaan banyak pihak…Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar muncul di perhimpunan peguam mempertahankan kebebasan badan kehakiman di Putrajaya pada petang Isnin. Turut serta ialah suaminya.Menurut Nurul Izzah, beliau turun menyertai himpunan itu kerana perlembagaan melindungi hak rakyat untuk berhimpun secara aman. Sekitar lebih 1,000 orang hadir terdiri dari pimpinan NGO,aktivis masyarakat dan politik […]

Apa cerita ribut isu lantikan jawatan badan kehakiman?

Sekalipun di luar sana bunyi isu lantikan jawatan dalam badan kehakiman macam guruh dilangit namun senario dalaman gabungan kerajaan perpaduan tenang tenang sahaja. Malah setakat ini tiada tanda tanda pergeseran atau keretakan dikalangan parti gabungan dikesan mengenai hal itu itu. Di pihak Barisan Nasional yang menjadi salah satu tunjang kerajaan…pendirian tegas telah disuarakan oleh Pengerusi […]

PM pengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-146

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-146, di Putrajaya. Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata mesyuarat berkenaan menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, khususnya dalam menyelaras dasar serta inisiatif pembangunan secara bersama. “Melalui sinergi ini, kita dapat memastikan pelaksanaan […]

Tarif Amerika: Pintu perbincangan dengan ASEAN masih terbuka – Rubio

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marcoc Rubio memaklumkan pintu rundingan berhubung pelarasan tarif oleh negara itu masih terbuka. Jelas beliau, ketika ini perbincangan aktif sedang dijalankan bersama beberapa negara, termasuk dari rantau Asia Tenggara. ”Kami ingin memaklumkan kadar tarif balas akan bermula pada 1 Ogos. Namun, perbincangan akan diteruskan minggu hadapan bersama Jepun dan rundingan sedang […]

Proses pelantikan hakim jangan dipolitikkan tegas Istana Negara

Istana Negara mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan, susulan kritikan kelewatan dalam pelantikan berkaitan yang disifatkan mencetuskan krisis perlembagaan melalui satu kenyataan, pada Khamis. “Pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan adalah urusan kenegaraan yang penting serta perlu ditangani secara cermat dan integriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” menurut kenyataan berkenaan. Menurut Istana Negara, hal […]

Bank Negara turunkan OPR kepada 2.75 peratus… Langkah proaktif hadapi ketidaktentuan global

Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus merupakan satu langkah yang berhemah dan proaktif di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM tersebut berpandukan unjuran ekonomi dan inflasi semasa yang teliti. “Walaupun […]

100 tahun Tun Mahathir: Anwar doakan kesejahteraan dan ketenangan jiwa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan ketenangan buat negarawan ulung itu. Menerusi hantaran di media sosial, Anwar turut menyatakan harapannya agar bekas perdana menteri itu terus dikurniakan kekuatan tubuh dan ketenangan jiwa dalam menjalani kehidupan yang penuh […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.