Category Archives: FOKUS

Apa cerita…siasatan SPRM keatas dakwaan skandal rasuah ADUN Sabah ?

Isu dakwaan skandal rasuah projek perlombongan mineral yang melibatkan sebilangan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam blok kerajaan negeri Sabah masih berliku. Bunyinya memang bergegar sehingga ada yang menduga kerajaan negeri Sabah Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor boleh tumbang. Ini ekoran berlegarnya pendedahan sensasi menerusi sebuah portal berita rakaman perbualan sebilangan […]

Azmin jawab pasal seruan siap sedia hadapi pilihanraya umum mengejut

Setiausaha Agung parti Bersatu yang baru, Datuk Seri Azmin Ali menafikan dakwaan beliau nak buat gimik gempak bila meminta jentera parti itu siap sedia bagi hadapi pilihanraya umum mengejut pada hujung tahun 2025 ini. Isunya siapa yang tidak terkejut kerana setakat ini tidak berlegar spekulasi atau cakap cakap dalam arina politik tentang kemungkinan pilihanraya umum […]

PRR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja

DATUK Seri Anwar Ibrahim mahu Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni MADANI Bestari Jaya dijadikan model kerjasama antara estet dan kerajaan dalam membangunkan perumahan pekerja. Perdana Menteri berkata kerjasama itu boleh diterjemah dengan pengurusan estet menyediakan tanah bagi membolehkan kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang pembangunan perumahan untuk kesejahteraan pekerja ladang. Beliau berkata, […]

Kerajaan akan teliti semula SOSMA… – Fahmi

Kerajaan akan meneliti semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) susulan kes melibatkan tahanan SOSMA baru-baru ini. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan secara dasarnya telah bersetuju mengenai beberapa perkara termasuk aspek penambahbaikan. Jelasnya lagi, perincian berhubung perkara itu juga bakal diperincikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Parlimen […]

Hapus rasuah… tekad kerajaan Madani bukan hanya jaminan kata-kata

Perubahan bagi membina Malaysia sebagai sebuah negara yang berwibawa dan bersih tidak boleh dengan jaminan kata-kata sahaja. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan tersebut mesti dilaksanakan dengan amalan dan tindakan. “Tekad Kerajaan Madani membina sebuah negara wibawa yang bersih dan ke arah memperkasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi […]

Akta Perhimpunan Aman 2012 akan dipinda…hapus syarat wajib dapat kebenaran pemilik tempat

Ini adalah satu lagi langkah baru dari kerajaan yang beri kemudahan dalam menganjur perhimpunan aman. Tidak lama lagi mereka yang hendak anjur perhimpunan tidak perlu dapatkan kebenaran pemilik tempat perhimpunan diadakan. Kebelakangan ini syarat perlu mendapat kebenaran pemilik tempat perhimpunan yang biasanya agak sulit merupakan antara isu utama yang menjadi rungutan penganjur perhimpunan. Perdana Menteri […]

PM umum subsidi RM150 juta kepada pengilang padi…Syed Mokthar sumbang tambahan RM30 juta bela nasib pesawah

Kerajaan MADANI memperuntukkan subsidi sekitar RM150 juta kepada pengilang padi, sekali gus memastikan harga jualan maksima beras putih tempatan kekal RM2.60 sekilogram. Langkah ini adalah bagi memastikan penyelarasan harga lantai belian padi tidak menjejaskan rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim buat pengumuman itu menerusi facebook susulan pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri […]

Beras : Berita gembira untuk pesawah dan pengguna

Kerajaan telah bersetuju untuk menyelaraskan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per metrik tan berkuatkuasa 16 Februari 2025. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu beritahu demikian dalam Sesi Penerangan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Katanya penyelarasan ini dapat membantu para pesawah menyerap kenaikan kos pengeluaran padi dan seterusnya […]

Ekoran ribuan catat kerugian besar….agensi kerajaan tidak lagi dibenar tubuh syarikat tanpa kelulusan – PM

Agensi kerajaan tidak lagi dibenar untuk mewujudkan syarikat tanpa kelulusan peringkat tertinggi susulan terdapat ribuan syarikat yang mencatat kerugian besar. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beritahu beliau telah beri arahan itu. “Saya telah memberi arahan supaya tidak boleh diwujudkan syarikat di bawah agensi tanpa kelulusan peringkat tetinggi kerana ribuan syarikat itu mencatat kerugian besar. […]

Langkah besar kerajaan lindungi rakyat dari ancaman menerusi internet bermula…

11 Februari 2025 boleh dicatat sebagai satu tarikh penting bagi negara berikutan bermulanya penguatkuasaan pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta 588. Ia adalah usaha kerajaan memperkukuh keselamatan dalam talian dan menyediakan ruang digital yang lebih selamat untuk seluruh rakyat Malaysia. Ini dikira satu langkah amat besar dalam landskap era internet di negara […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.