FOKUS

Anwar jawab di Dewan Rakyat pasal perbelanjaan lawatan kerja terbaru ke lima negara

Sejak jadi Perdana Menteri ini kali pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat lawatan kerja paling lama ke luar negara meliputi lima buah negara.

Bermula 4 hingga 7 November lalu beliau ke China.Beliau pulang sekejap kemudian pada 9 November sehingga kelmarin ke Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil.

Beliau ke China atas jemputan daripada rakan sejawatnya Li Qiang,ke Mesir untuk lawatan kerja,ke Riyadh,Arab Saudi hadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam,ke Lima ,Peru hadiri Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 dan Rio De Jenerio,Brazil hadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20).

Oleh kerana lama dan banyak negara Perdana Menteri lawati maka sudah pasti ramai yang hendak tahu berapa banyak perbelanjaan yang habis.

Ketika hadir sidang Dewan Rakyat pada Khamis timbul soalan berkenaan sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).

Anwar menjelaskan semasa lawatan baru baru ini kaedah yang digunakan cara lain kerana beliau lihat kos perjalanan selalunya agak tinggi.

Ia adalah pendekatan lain di bawah pentadbirannya untuk memastikan perbelanjaan bagi membiayai lawatan rasmi ke luar negara diuruskan dengan secekap mungkin.

“Jumlah sebenarnya belum ada (perincian) sebab saya baru tiba semalam, tetapi kos itu memang tinggi.”

“Jadi, kali ini apa yang kita lakukan adalah dengan kerjasama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz).”katanya.

Beliau memberitahu kos sekitar 70 hingga 80 peratus yang dibelanjakan membabitkan perjalanan dan lawatan rasmi berkenaan ke lima negara ditanggung oleh syarikat swasta yang turut mengikuti urusan itu.

Katanya syarikat yang membantu membiayai kos perjalanannya adalah mereka yang mempunyai kepentingan perniagaan dan pelaburan di negara ini.

“Kita undang syarikat-syarikat terbabit umpamanya PETRONAS, Sapura Energy, Yinson, PROTON dan (syarikat semikonduktor) yang datang mengikuti dalam rombongan (negara). Mereka bayar tambang dan kos.

“Jadi, maknanya tak salah saya sekitar 70, 80 peratus kos penerbangan itu ditanggung oleh syarikat yang ada kepentingan perniagaan pelaburan. Kerajaan bantu syarikat ini sama ada import dan eksport.

“Memang setengah dunia, tiga benua. Tetapi (sekitar) 75 peratus kos ditampung oleh syarikat berkenaan,” katanya.- 21/11/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button