Category Archives: TAHUKAH ANDA

Platform media sosial gagal tangani penipuan berasaskan AI

Kementerian Komunikasi mengakui beberapa penyedia platform media sosial gagal mematuhi sepenuhnya arahan penurunan kandungan manipulasi dan penipuan yang dijana menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI). Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil, berkata ini dilihat menerusi siri kandungan janaan AI membabitkan individu kenamaan di negara ini, termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. […]

Hukuman khidmat masyarakat untuk kesalahan buang sampah diluluskan

Awas… selepas ini jika anda ditangkap kerana membuang sampah di tempat awam, anda diwajibkan menjalani khidmat masyarakat tidak lebih 12 jam dengan memakai jaket khas. Tiga Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diluluskan Dewan Negara pada Isnin, termasuk pindaan yang memperkenalkan hukuman khidmat masyarakat bagi kesalahan membuang sampah di tempat […]

PM hulur sumbangan kepada anggota PDRM hidap diabetes

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Yasotharan Nadaraja yang menghidap diabetes kronik. Sumbangan berbentuk tunai dan bakul makanan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi Yasotharan di kediamannya di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Ahmad Farhan berkata, pemberian tersebut sebagai tanda penghargaan […]

Prabowo rombak kabinet, Menteri Kewangan antara yang dipecat

Hampir dua minggu selepas demonstrasi ganas di seluruh Indonesia yang menyebabkan 10 kematian, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto pada Isnin melakukan rombakan kabinet dengan menggantikan lima menteri dalam barisan Kabinet Merah Putih. Perkara itu diumumkan Menteri Sekretaris Negara, Prasetyo Hadi, di Kompleks Istana Kepresidenan hari ini. Menurut Prasetyo, keputusan itu diambil berdasarkan pelbagai pertimbangan, cadangan, dan […]

Fahmi lancar PRIME Sabah, perkasakan komunikasi semasa bencana

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil melancarkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) peringkat negeri Sabah sempena program Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Kampung Sungai Imam pada Ahad. PRIME merupakan sistem komunikasi bergerak berasaskan kenderaan yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Menurut MCMC dalam satu kenyataan media, […]

Diari peribadi Zara jadi tumpuan keterangan pakar kimia

Prosiding inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir bersambung hari ini dengan saksi kedua dari Jabatan Kimia Malaysia dijangka memberi keterangan berhubung diari peribadi milik pelajar berusia 13 tahun itu. Selain saksi tersebut, doktor perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (QEH) juga dijangka tampil memberi keterangan. Perkembangan ini menyusul selepas saksi pertama, pakar patologi forensik QEH, Dr […]

Kerajaan siasat aduan kenaikan harga barang berikutan SARA – Amir Hamzah

Kerajaan siasat aduan orang ramai berikutan segelintir peniaga yang didakwa menaikkan harga susulan pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, siasatan boleh dijalankan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang cuba menjejaskan manfaat rakyat. “Kerajaan akan menyiasat aduan berhubung […]

Menara JENDELA Kuala Merotai pulih, gangguan elektik jadi punca

Lebih 1200 penduduk Kampung Kuala Merotai, Tawau kini boleh menarik nafas lega selepas masalah gangguan perkhidmatan telekomunikasi yang membelenggu mereka selama ini berjaya dipulihkan sepenuhnya. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, siasatan mendapati gangguan berpunca daripada masalah bekalan elektrik yang menjejaskan pengoperasian menara JENDELA di kampung berkenaan. “Alhamdulillah, aduan tersebut telah berjaya diselesaikan oleh penyedia […]

Anutin Charnvirakul PM baru Thailand

Ketua Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul dipilih sebagai perdana menteri baharu Thailand selepas memperoleh undi majoriti di Parlimen pada Jumaat. Ahli politik veteran berusia 58 tahun itu, yang mendapat sokongan oleh gabungan pimpinan Bhumjaithai dan parti pembangkang Parti Rakyat, menewaskan calon Parti Pheu Thai, Chaikasem Nitisiri dalam undian melibatkan 490 ahli, dengan memperoleh 311 undi berbanding […]

Hayati ajaran Rasulullah bentuk masyarakat unggul – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam menjadikan teladan Rasulullah SAW sebagai panduan dalam usaha membina bangsa dan negara yang berteraskan nilai kemanusiaan serta keadilan. Menurutnya, sosok Rasulullah SAW bukan sekadar peribadi unggul, malah simbol perpaduan dan kepimpinan, khususnya ketika membangunkan masyarakat di Madinah yang berasaskan nilai tauhid, keilmuan, akhlak dan kedaulatan hukum. […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.