Category Archives: TAHUKAH ANDA

Prasarana, MRT, KTMB dan JKSB catat kerugian… Ini penjelasan MOF

Tahukah anda… laporan kewangan beraudit 2023 mendedahkan, Prasarana Sdn Bhd (Prasarana), Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) adalah antara syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) yang mengalami kerugian. Kementerian Kewangan menjelaskan, syarikat terbabit yang melaksanakan projek infrastruktur awam, terutama pengangkutan rel dan infrastruktur jambatan, […]

Kematian misteri pelatih PALAPES: Kubur digali semula

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan penggalian semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin dijalankan bagi membolehkan bedah siasat kedua dibuat dalam tempoh 14 hari. Hakim, Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan ibu Allahyarham Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45. Semasa […]

Laporan kesihatan anak Rafizi perlukan masa untuk dilengkapkan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan laporan kesihatan anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang diserang pada 13 Ogos lalu memerlukan sedikit masa untuk dilengkapkan. Menurut beliau, siasatan dan pemantauan masih dijalankan ketika ini untuk mengenal pasti kandungan bahan cecair yang disuntik oleh penyerang. “Saya ingin tekankan seperti yang disebutkan oleh […]

Himpunan Malaysia Bersama Gaza berlangsung aman, 20 ribu hadir – Polis KL

Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza bersempena Karnival Sumud Nusantara di Dataran Merdeka di sini, malam tadi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, seramai 180 anggota dan pegawai polis ditugaskan mengawal keselamatan orang ramai yang menghadiri program itu. “Setakat ini tiada laporan polis berhubung apa-apa […]

Tumbuk jurulatih: FAM bakal kenakan tindakan tegas

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit dalam insiden kecoh di Arena Futsal Negeri Sembilan semalam membabitkan ketua jurulatih Sabah, Roger Filipe, yang ditumbuk penolong jurulatihnya sendiri. Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, pihaknya sudah meminta laporan penuh daripada pegawai perlawanan dan pengadil sebelum kes berkenaan dibawa ke Jawatankuasa […]

AI bantu wanita bisu 25 tahun kembali bersuara…

Seorang wanita Britain yang menghidap penyakit neuron motor (MND) dan kehilangan keupayaan untuk bercakap, kini kembali bersuara dengan suara asalnya kerana kecerdasan buatan (AI) serta rakaman lapan saat yang hampir tidak kedengaran daripada video lama di rumah. Sarah Ezekiel telah disahkan menghidap penyakit tersebut pada usia 34 tahun ketika hamil anak keduanya, 25 tahun lalu. […]

Minum ketum, hisap gam kini masuk skop rawatan wajib – AADK

Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283) berkuat kuasa secara rasmi hari ini dengan peruntukan yang diperluas bagi membolehkan penangkapan, akses rawatan dan pemulihan diambil terhadap penyalahgunaan bahan larangan selain dadah termasuk gam dan ketum. Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata, langkah itu dilihat […]

Himpunan JusticeForZara di Kedah… ribuan hadir, polis puji tiada provokasi

Himpunan Aman Justice For Zara Qairina yang berlangsung secara aman di Dataran Medan Bandar Alor Setar Kedah malam tadi, dihadiri ribuan orang yang mahukan keadilan untuk mangsa buli, Zara Qairina Mahathir, 13. Himpunan yang bermula 6 petang hingga 11 malam itu turut bergema dengan laungan takbir ‘Allahuakbar’ serta #Justice for Zara. Sebahagian peserta yang hadir […]

Selepas lapan hari berbahas… Dewan Rakyat lulus RMK13

Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang merupakan rancangan serta hala tuju pembangunan negara untuk tempoh 2026 hingga 2030. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng berkata usul itu diluluskan selepas lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju. Terdahulu, usul RMK13 itu dibahaskan selama lapan hari bermula 4 Ogos oleh 161 […]

Ada pihak takutkan pelabur ke Johor – Onn Hafiz

Terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menakutkan pelabur dengan mengatakan Johor tidak mampu menyediakan bekalan air dan elektrik yang mencukupi buat syarikat yang ingin membuat pelaburan. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, dakwaan berkenaan adalah fitnah dan tohmahan yang berniat jahat terhadap usaha kerajaan negeri menarik masuk pelaburan antarabangsa khususnya di Zon Ekonomi […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.