Jabatan Peguam Negara (AGC) berpendapat pelantikan Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa 13 Jun 2023 adalah teratur, maka tiada keperluan untuk beliau dibersarakan. Katanya berdasarkan Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan subperenggan 1(1) Jadual Pertama kepada Akta Audit 1957 (Akta 62), Ketua Audit Negara boleh dilantik dalam […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil maklum mengenai perhimpunan aman yang dirancang berlangsung pada esok di Dataran Merdeka. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, selaku agensi penguatkuasaan yang sentiasa menjunjung Perlembagaan Persekutuan, PDRM menghormati hak rakyat untuk menyuarakan pandangan serta berhimpun secara aman. “Sejajar dengan semangat tersebut, PDRM berperanan sebagai pemudah cara bagi […]
Ketegangan sempadan antara Thailand dan Kemboja semakin memuncak apabila sebuah jet pejuang F-16 milik Thailand mengebom sasaran di wilayah Kemboja pada 24 Julai. Sejauh ini pertempuran antara kedua-dua pihak telah mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang awam termasuk seorang kanak-kanak. Kedua-dua negara saling menuduh satu sama lain sebagai pencetus pertempuran. Tentera Thailand berkata daripada enam jet F-16 […]
Johor menggesa Kerajaan Persekutuan agar memulangkan sekurang-kurangnya 25 peratus daripada hasil kutipan cukai pendapatan yang disumbangkan oleh negeri itu bagi membolehkannya mempercepat pelaksanaan pelbagai projek asas untuk rakyat. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata nilai besar yang disumbangkan Johor kepada ekonomi negara itu seharusnya disertai dengan pulangan setimpal. “Johor terus mencatat pencapaian luar […]
Kebakaran hutan simpan di Jalan Genting, Kuala Kubu Bharu semalam dilaporkan merebak sehingga melibatkan kawasan seluas 56 ekar, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor. Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Adnan Firdaus Abdul Jamil, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.24 petang dan tiba di lokasi pada pukul […]
Pengumuman khas Perdana Menteri berhubung bantuan dan inisiatif baharu disifatkan bukti kerajaan cakna serta prihatin terhadap keperluan rakyat, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata ini termasuk memperluas lokasi Jualan Rahmah MADANI yang meliputi 600 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara. “Ini (dilaksanakan) setelah maklumat diberi kepada Perdana Menteri dalam beberapa perbincangan dengan […]
Seramai 35,446 individu di Malaysia hilang pekerjaan sepanjang tempoh Januari hingga 4 Julai lalu, susulan penutupan operasi kilang dan syarikat di seluruh negara itu. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata jumlah itu adalah berdasarkan data direkodkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Bagaimanapun dalam tempoh sama, beliau berkata Perkeso berjaya melaksanakan 94,262 penempatan pekerjaan membabitkan mereka […]
Sebanyak 42 permohonan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada syarikat produksi Sabah dan Sarawak bernilai RM7.43 juta telah diluluskan sejak 2022 hingga Julai ini. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, permohonan DKK yang diluluskan itu melibatkan pelbagai kategori termasuk filem cereka, filem pendek, dokumentari, pemasaran, skrip dan pascaproduksi serta mewujudkan lebih 1,245 peluang pekerjaan. Mengulas lanjut, beliau […]
Johor boleh berdiri dengan kaki sendiri sekiranya hasil cukai pendapatan negeri sebanyak 25 peratus diberikan semula kepada Johor. Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah, menerusi pulangan cukai tersebut negeri ini tidak perlu membebankan Kerajaan Persekutuan. “Atau meminta permohonan daripada kerajaan Persekutuan dan terpaksa menunggu sekian lama untuk mendapatkan kelulusan,” titah Tunku Mahkota Ismail dalam […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap satu komen berunsur jelik melampau di Facebook melibatkan institusi diraja berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara. Bagi membantu siasatan, MCMC dalam kenyataan memberitahu telah merakam keterangan individu terbabit hari ini di Balai Polis Kg Melayu Subang, Selangor. “Turut disita satu unit telefon bimbit dan satu kad […]










