Category Archives: FOKUS

Kerajaan bagi ‘buah tangan’ kepada 1 juta pekerja sempena Hari Pekerja 2025

Seramai 1 juta ahli kesatuan sekerja seluruh negara dapat buah tangan dari kerajaan sempena sambutan Hari Pekerja 2025. Buah tangan itu adalah dalam bentuk Kad Pekerja MADANI yang memberi akses diskaun sehingga 30 peratus di lebih 100 syarikat yang menawarkan barangan keperluan dan perkhidmatan. Antaranya ia boleh digunakan di Mydin, Jakel, Marrybrown, Genting, Old Town […]

Khabar gembira untuk mangsa letupan Putra Heights…kerajaan bagi RM40 juta baik pulih rumah terjejas

Pemilik rumah-rumah yang berdepan mimpi ngeri alami pelbagai kerosakan akibat insiden letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 Mac lalu mendapat khabar gembira pada Rabu. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kata proses baik pulih akan bermula seawal minggu ini bagi mempercepatkan fasa pemulihan kepada penduduk yang berkenaan. Beliau umum Kerajaan […]

Setakat ini baru 15 hingga 20 peratus proses siasatan kes Ismail Sabri

Kalau ada yang menjangka hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat diketahui dalam masa terdekat bolehlah buat tafsiran sendiri dari kenyataan terbaru Tan Sri Azam Baki. Nampak gaya macam panjang lagi proses yang kelak akan membolehkan SPRM buat penentuan bagi langkah selanjutnya. Senang cakap cuba teka berapa lama […]

Gamat depan mahkamah KL…bekas MB Pahang bertengkar dengan peguam Siti Kassim

Suasana di depan komplek Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur gamat seketika pada Isnin. Situasi ini tercetus bila berlaku pertengkaran terbuka antara bekas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dengan peguam terkenal dan aktivis hak asasi manusia Siti Kassim. Ia berlaku semasa kedua mereka sedang menunggu kenderaan masing masing untuk beredar dari situ. Mereka dipercayai ada […]

Titah adendum: Mahkamah Persekutuan izin Peguam Negara buat rayuan

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk merayu berkaitan kewujudan dokumen tambahan dalam kes membabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak. Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Hasnah Mohammed Hashim, dalam keputusan sebulat suara berkata persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh AG memenuhi syarat ambang untuk kebenaran diberikan mengikut Seksyen 96 Akta […]

Cerita disebalik kejayaan BN pertahan kerusi DUN Ayer Kuning…

Sudah menjadi kebiasaan jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihanraya kecil (PRK) adalah jauh kurang dari waktu pilihanraya umum atau negeri. Kesan faktor ini jelas dapat dilihat pada PRK kawasan Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning di Tapah yang berlangsung pada Sabtu. Pada pilihanraya negeri tahun 2022 peratusan yang keluar mengundi ialah 74.85% manakala pada PRK […]

Maruah UMNO jadi taruhan di PRK Ayer Kuning…

Kalau tak percaya cuba tanya orang di sana sini.Siapa yang tahu dimana lokasi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning? Kita akan dapati ramai yang garu kepala tidak tahu kawasan yang terletak tidak jauh dari Tapah,Perak ini. Cuba tengok pada peta negeri Perak.Antara jalan mudah ke situ ialah menerusi bandar kecil Kampar selain ikut jalan […]

Kesilapan pada Jalur Gemilang : Sengaja atau tidak, apa yang berlaku tidak boleh dipandang ringan – PM

Entahlah bagaimana hendak disimpulkan hal ini dalam prespektif yang betul.Bukan sekali tetapi sudah tiga kali berlaku insiden kesilapan melibatkan Jalur Gemilang dalam tempoh terdekat. Sebelum ini paparan tidak lengkap berlaku di akhbar berbahasa Cina,Sin Chew Daily yang berpengaruh,kemudian di pameran makanan bayi dan terbaru di Kementerian Pendidikan (KPM). Pada Khamis Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar […]

KEMASKINI: Menteri Kesihatan sahkan tiada bayaran pada selebriti buat persembahan di rumah terbuka…

Setelah dua selebriti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Jamal Abdillah menjelaskan kedudukan sebenar mereka buat persembahan di rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Kesihatan (KKM) pada Selasa,menteri berkenaan Datuk Seri Dr Dzukefly Ahmad sendiri mengesahkan tiada bayaran dibuat pada mereka. Pada Khamis beliau mengulas dakwaan kononnya KKM bermewah mewah adakan rumah terbuka termasuk mengundang selebriti yang […]

Anthony Loke jelaskan isu bagi cenderahati di pintu belakang kepada Presiden China

Siapa saja yang tidak tahu kisah sebenarnya tentu pelik melihat gambar Menteri Pengangkutan Anthony Loke serahkan cenderahati berupa plak Royal Selangor kepada Presiden China Xi Jingping. Gambar itu dirakam di lorong pintu belakang tempat letak kereta bawah tanah hotel penginapan Presiden China itu sebelum beliau berlepas ke Kemboja mengakhiri lawatan tiga hari ke Malaysia pada […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.