Category Archives: FOKUS

PM arah siasatan telus tanpa lindungi sesiapa dalam kes Zara Qairina…

“Arahan kita jelas tiada tolak ansur, tidak kira anak siapa sekalipun, anak menteri atau sesiapa sahaja, saya tidak peduli.” Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pihak yang terlibat dalam insiden trajis kes kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir. Beliau menegaskan siasatan berhubung kes di Papar,Sabah itu perlu dilakukan secara telus tanpa […]

Himpunan tuntut kebenaran dan keadilan bagi Zara Qairina

Ini pertama kali satu senario seperti ini pernah berlaku. Dari rasa simpati dan hasrat untuk menuntut kebenaran serta keadilan keatas kejadian trajis yang menimpa pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir yang ‘jatuh’ dari tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai lalu telah mencetuskan gelombangan himpunan rakyat. Ribuan orang berhimpun di Sandakan,Tawau dan […]

Tengku Zafrul sah sertai PKR, jadi ahli Cabang Ampang

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan permohonan beliau untuk menyertai parti PKR sudah diterima dua minggu lalu. Tengku Zafrul berkata beliau kini adalah ahli PKR bagi Cabang Ampang. “Saya tidak ingat tarikh (penerimaan permohonan) tapi ia adalah ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, dua minggu lepas,” katanya kepada […]

Jabatan Peguam Negara arah gali semula jenazah Zara Qairina…

Tiga minggu selepas pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir dikebumikan ekoran ‘terjatuh’ dari bangunan asrama di Papar,Sabah… Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan pihak berkuasa menggali semula jenazahnya. Jenazah itu dikebumikan di Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang yakni kampong asal Zara pada 17 Julai sehari selepas kejadian tragis yang menimpa Allahyarham. Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan […]

Kenyataan MCMC mengenai siasatan kes dakwaan Anwar terhadap Muhyiddin

Ketika ramai tertanya pasal perkembangan kes bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa mempertahankan hak warga asing dalam penyasaran subsidi RON95… Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Khamis keluarkan satu kenyataan. Siasatan ini dikendalikan oleh MCMC atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah Muhyiddin menafikan beliau pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seumpama […]

Apakah ada berita besar pada 13 Ogos ini?

Tandatanya ini berlegar kerana pada hari berkenaan Mahkamah Persekutuan menetapkan sebagai tarikh keputusan rayuan pihak pendakwaan berhubung permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani hukuman penjara secara tahanan di rumah. Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan majoriti 2-1 oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Januari lalu, yang telah memutuskan […]

Proses damai krisis Thailand – Kemboja yang diterajui Malaysia jalan terus…

Suasana ceria terpancar di pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra,Putrajaya pagi Khamis semasa beliau menerima kunjungan hormat delegasi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja, Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Nattaphon Narkphanit. Kedua delegasi berada di sini dalam rangka rundingan damai yang dipelopori Malaysia terhadap krisis di […]

Ini Kerajaan MADANI saja berani buat…- PM

“Perbelanjaan untuk Bumiputera adalah antara yang tertinggi diperuntukkan kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke 13 (RMK13). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan demikian pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat,Selasa sebagai menjawab dakwaan pembangkang. Katanya RM13 harus ditelaah oleh semua pihak. “Jika tidak, (didakwa peruntukan) untuk Kampung Baru Cina kita beri, tapi Bumiputera tidak ada. […]

KEMASKINI: MCMC sita telefon dan sim kad pempengaruh beri sisa makanan pada gelandangan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh berhubung penyebaran video yang memaparkan mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan. Dalam kenyataannya, MCMC berkata, sesi rakaman keterangan serta siasatan lanjut telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor, hari ini. “Sebanyak tiga unit telefon bimbit dan tiga keping […]

Dr Akmal mahu tindakan tegas tetap diambil jika benar pemasang bendera Jalur Gemilang terbalik di Port Dickson orang OKU…

Polimek tentang kejadian tidak wajar melibatkan Jalur Gemilang sudah berulang kali berlaku.Terbaru bendera negara itu dipasang secara terbalik di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Port Dickson, Jumaat lalu. Maka seperti biasa pelbagai kenyataan dibuat termasuk minta isu ini jangan dipolitikan. Kejadian dikatakan berpunca dari seorang pekerja OKU yang memasang bendera itu. Ketua Pergerakan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.