Category Archives: FOKUS

SPRM sahkan sedang siasat Ismail Sabri…terbaru sita wang RM170 juta dan RM17 juta jongkong emas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang Ahad mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengesahkan ia sedang menjalankan siasatan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob. Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara. Katanya siasatan ini dijalankan […]

Dividen KWSP: Insya-Allah kita akan mara dengan penuh iltizam…- PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat sinar positif ekoran pengagihan kadar dividen 6.3 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Beliau yang juga Menteri Kewangan kata pencapaian KWSP itu menunjukkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur. Anwar menyuarakan pandangan itu dalam komentar menerusi laman […]

Laluan berduri BN Perak pada pilihanraya kecil DUN Air Kuning…

Seperti diduga PAS akan mewakili Perikatan Nasional (PN) untuk berentap dengan calon UMNO di pihak kerajaan perpaduan dalam pilihanraya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri Air Kuning di Tapah,Perak. Pada Jumaat,Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PAS akan bertanding sekali lagi kerusi DUN itu. “Walaupun kita kalah sebelum ini, kita tidak akan buat sebarang […]

Henti bahas titah adendum – Sultan Pahang

Tidak perlu lagi membahaskan titah adendum kerana perkara itu kini berada di bawah proses undang-undang dan semua pihak perlu menghormatinya. Itu titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada semua pihak yang tidak berkaitan. “Dalam soal titah adendum, bahawasanya perkara ini adalah berada dalam bidang kuasa pihak yang bertanggungjawab dan berintegriti. “Oleh itu, […]

Berbagai pihak sokong penubuhan Majlis Media… suara rakyat bertambah kuat

Dengan lulusnya Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 oleh Dewan Rakyat pada Rabu menjadi titik perubahan yang lebih rancak dari aspek undang-undang media. Bagi anggota pengasas Malaysiakini yang juga Pengerusi Jawatankuasa Protem Majlis Media Premesh Chandran kelulusan rang undang-undang itu merupakan pencapaian membanggakan kepada industri media. “Kita berterima kasih kepada ahli-ahli Jawatankuasa Protem […]

Jawapan ringkas Zahid tentang harapan Nazri agar Anwar PM ke 11

Siapa lagi PM kesebelas jika bukan Anwar? Itu kata Datuk Seri Nazri Aziz bekas menteri dan terbaru bekas Duta Malaysia ke Amerika. Apa yang pasti bekas Ahli Parlimen kawasan Padang Rengas,Perak selama enam penggal ini bukan ‘main tembak’ cakap begitu. Pada temu bual bersama Malaysiakini baru baru ini, Nazri berkata sokongan terhadap Datuk Seri Anwar […]

Kerjasama PETRONAS – Petrovietnam dimuktamad Mei ini

Perjanjian kerjasama antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Vietnam Oil and Gas Group (Petrovietnam) dijangka dimuktamadkan Mei ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama itu melibatkan pelaburan puluhan bilion ringgit dan bakal memberi manfaat besar kepada Malaysia. Perdana Menteri menjelaskan, kehadiran Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik dalam […]

MCMC turunkan 18,192 kandungan jelik, 5,026 laman web judi online disekat

Kerajaan terus bertindak tegas terhadap kandungan internet yang bersifat jelik kerana dari tahun 2022 sehingga Januari lalu hampir 20,000 kandungan jelik sudah diturunkan. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah bertindak terhadap 18,192 kandungan jelik termasuk 40 laman sesawang juga sudah disekat hasil maklumat dan aduan yang diterima daripada orang […]

SPRM bebaskan dengan jaminan empat pegawai bekas PM9…siasatan masih berjalan

Apa sebenarnya kes empat pegawai kepada bekas bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditahan SPRM masih menjadi tandatanya. Seperti biasa dalam kes panas seperti ini apa lagi melibatkan pegawai bekas Perdana Menteri pelbagai spekulasi akan berlegar. Yang paling hangat tentunya kisah SPRM sita lebih RM100 juta yang ditemui di rumah salah seorang […]

Gempar…RM100 juta dikatakan ditemui di rumah seorang bekas pegawai PM9

Wow..ini tentu satu hal yang gempar. Kita boleh merasa kes ini bergegar begitu bila melihat pada jumlah wang yang dikatakan ditemui. Dalam siasatan keatas kes pegawai kepada bekas Perdana Menteri ke 9 ,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pihak SPRM telah sita lebih RM100 juta di kediaman salah seorang mereka. Ikut laporan wang tersebut disyaki mempunyai […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.